Jumaat, 30 Januari 2009

PERANAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi ". Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenek moyangnya. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibu - bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya

yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan - perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh -pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran. Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang baru lahir hanya tidur , bangun

untuk menyusu dan mula mengenal persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga tahun dia sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.

Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak, mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan. Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit -penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati.

Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Kunci kepada perkembangan dan tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak mereka.

Anak yang menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang penyakit juga perlu dijalankan.

Amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri.

Keperluan dan citarasa seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya, jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya. Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan serta kaedah modifikasi tingkahlaku.

Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi keperluannya.

Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman - pengalaman positif yang meninggalkan kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya.

Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi , melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan , pengalaman - pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang berguna dalam hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan perhatian serta memberi nasihat - nasihat dan pandangan -pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar. Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya.

Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap kemajuan - kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan - latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan -pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan , swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan -keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Rumusan

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini , ciri -ciri positif

yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.


petikan dari hamidarshat.com

Persahabatan antara lelaki dan wanita

Saya adalah seorang yang agak negatif dengan pernyataan bahawa, wujudnya persahabatan antara lelaki dan wanita. Namun seiring dengan perkembangan semasa dunia, membuatkan saya berfikir kembali bahawa relevankah persahabatan antara lelaki dan wanita.

Bagi saya tidak wujud persahabatn antara lelaki dan wanita kerana bagi saya jika lelaki dan wanita berkawan hanyalah dengan satu matlamat iaitu ingin bersama. Namun saya faham bahawa kenyataan saya ini mungkin tidak disenangi oleh ramai orang. Oleh yang demikian, saya ingin rajan-rakan memberikan sedikit pandangan dan komen tentang topik ini.

Wanita untuk lelaki

Sepanjang saya melalui kehidupan ini ada satu perkara yang saya dapat lihat dan ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan tentang wanita yang mudah disukai oleh lelaki. Mungkin ini adalah pandangan peribadi saya dan tiada kaitan dengan sebarang teori atau kajian yang sah.

Lelaki mudah menyukai wanita yang berdikari dan tidak terlau bergantung pada lelaki. Selaindari itu bijak menguruskan diri dan berkerjaya. Mungkin kerana pada zaman ini kita sibuk mencari kebendaan sehingga hal-hal remeh seperti ke pasar, menghantar anak dan membeli belah adalah perkara yang lelaki tak mahu masuk campur. Disinilah sifat berdikari wanita itu diperlukan. Tambahan pula bagi lelaki yang mempunyai kerjaya yang mengekang masa dan kurang punya masa yang banyak untuk semua itu.

Selain dari penampilan diri, jujur dan sifat keibuan, lelaki juga mudah suka pada wanita yang ceria dan ada unsur jenaka. Tapi jarang daripada wanita memiliki sifat istimewa tersebut. Apapun kepada wanita diluar sana, jadilah diri anda sebenarnya. Tak perlu menjadi orang lain kerana setiap lelaki adalah untuk seorang wanita.

Selasa, 20 Januari 2009

Gerhana Matahari pada 26 Januari 2009

Gerhana matahari akan terjadi pada jam 4.30 petang hingga 7.00 malam pada 26 Jan 2009, Isnin (Tahun Baru Cina)

Gerhana matahari atau bulan adalah tanda kebesaran Allah & kekuasaaanNya, maka apabila kita melihat gerhana2 tersebut hendaklah kita berdoa & melakukan solat sahingga habis gerhana itu serta memperbanyakkan taubat.

SOLAT GERHANA

Hukum solat gerhana adalah sunat muakkad (sangat2 dituntut)

Melakukan solat gerhana adalah di saat timbulnya gerhana hingga habis gerhana

Niat Ussali sunnatal kusuuphi raka'taini lillahi taala (sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari kerana Allah)


Baca Fatiha & Qul Ya Aiyuhal Kafirun

Rukuk

Berdiri lagi (jangan tidal ie sami Allahuliman hamidah)

Baca Fatiha & surah ikhlas

Rukuk, baru tidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa


Berdiri baca Fatiha & Qul auzubil falaq

Rukuk

Berdiri lagi (jangan iktidal)

Baca fatiha & Qul auzubirabbinnas

Rukuk, baru iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa.

Ini bermakna dlm 2 rakaat ada 4 fatihah & 4 surah (4 Qul) & 4 kali sujud

Kalau solat berjemaah imam sunat beri khutbah menasihati kepada umum tentang kepentingan kejadian alam ciptaan Allah pada saat itu.

Rahsia Hari Lahir Wanita

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Selasa, 13 Januari 2009

How Do You Feel about Yourself?

This questionnaire is designed to measure how you feel about yourself. It is not a test, so there are no right or wrong answers.

Please answer each item as carefully and accurately as you can by placing a number by each one as follows:


1 = Never
2 = Rarely
3 = A little of the time
4 = Some of the time
5 = A good part of the time
6 = Most of the time
7 = Always


1. I feel that people would not like me if they really knew
me well.
2. I feel that others do things much better than I do.
3. I feel that I am an attractive person.
4. I feel confident in my ability to deal with other people.
5. I feel that I am likely to fail at things I do.
6. I feel that people really like to talk with me.
7. I feel that I am a very competent person.
8. When I am with other people I feel that they are glad I
am with them.
9. I feel that I make a good impression on others.
10. I feel confident that I can begin new relationships if I
want to.
11. I feel that I am ugly.
12. I feel that I am a boring person.
13. I feel very nervous when I am with strangers.
14. I feel confident in my ability to learn new things.
15. I feel good about myself.
16. I feel ashamed about myself.
17. I feel inferior to other people.
18. I feel that my friends find me interesting.
19. I feel that I have a good sense of humor.
20. I get angry at myself over the way I am.
21. I feel relaxed meeting new people.
22. I feel that other people are smarter than myself.
23. I do not like myself.
24. I feel confident in my ability to cope with difficult situations.
25. I feel that I am not very likable.
26. My friends value me a lot.
27. I am afraid I will appear stupid to others.
28. I feel that I am an okay person.
29. I feel that I can count on myself to manage things well.
30. I wish I could just disappear when I am around other
people.
31. I feel embarrassed to let others hear my ideas.
32. I feel that I am a nice person.
33. I feel that if I could be more like other people then I
would feel better about myself.
34. I feel that I get pushed around more than others.
35. I feel that people like me.
36. I feel that people have a good time when they are with
me.
37. I feel confident that I can do well in whatever I do.
38. I trust the competence of others more than I trust my
own abilities.
39. I feel that I mess things up.
40. I wish that I were someone else.


SCORING
The following items must be reversed (1 = 7, 2 = 6, 3 = 5, 4 = 4,5 = 3, 6 = 2, and 7 = 1): 1, 2, 5, 11, 13, 16, 17, 20, 22, 23, 25, 27, 30,31, 33, 34, 38, 39, and 40.


After reversing these items, add your responses together to obtain your final score.


NORMS

SCORE PERCENTILE
260 85
244 70
227 50
210 30
194 15


About the Self-Esteem Rating Scale

Over the past decade or so, there has been an interesting turnabout
regarding how people view self-esteem. Twenty years ago,
the evidence seemed clear that high self-esteem was crucial if
people were to have happy, productive lives. Nowhere was this
belief more influential than in the school system. Research conducted
in the 1960s appeared to prove that school achievement
was influenced more by children’s self-esteem than by their intellectual
ability. These studies inspired educators to do everything
they could to help children feel better about themselves in
the belief that this would help them become better students. As
everyone knows, these programs have become the target of numerous
vitriolic critics.

Research in psychology is always difficult. A typical study may
focus on a handful of variables while, because of practical limitations,
it ignores countless other variables that are potentially important.
This means that virtually any research study is open to
alternative interpretations, and it is up to subsequent researchers
to untangle the myriad possibilities that account for the results
of any one study. I believe this is what happened to the research
regarding the relationship between self-esteem and school
achievement in the 1960s. People were too quick to accept the
results at face value. Before designing school programs that focused
on increasing children’s self-esteem, they would have been
well advised to wait for further research to provide a clearer picture
as to how things really worked.

Had they waited a few years, the educational gurus who
wanted “I am a wonderful person” to be every child’s mantra
would have realized that high self-esteem in a vacuum is not necessarily
a good thing. Children who are praised for their ability
regardless of their work are likely to learn that not much is expected
of them; they would have every reason to feel good about
themselves even if they produce mediocre results. We know that
children are more likely to master difficult material if we comment
on their efforts rather than on their ability. Indeed, psychologist
Carol Dweck found that the performance of students
who were given tasks that were too difficult to complete and were
told that they failed because they did not try hard enough improved
more than students who were given easy tasks in order to
encourage them to feel good about their ability. The moral of
the story is clear—self-esteem should be earned, not provided
unconditionally.

Indeed, extremely high self-esteem may be a sign of maladjustment.
We have all known people who think they are the most
wonderful human beings alive, even though their flaws and limitations
are obvious to all who care to take even a cursory look.
Sometimes called defensive high self-esteem, the people with
this quality seem to be capable of putting a positive spin on even
the worst failures. It appears to be the case that people with moderately
high self-esteem are the best adjusted. They generally feel
good about themselves, but they are capable of acknowledging
their flaws and doing something about them.

Now that I’ve vented my frustrations about the view that all
children should be praised unconditionally, let me say that I
have seen a number of clients who suffered terribly from poor
self-esteem. Perhaps one of the most poignant examples was a
graduate student I’ll call Doug. He suffered from intense anxiety
and depression even though his life was going pretty well. Doug
had had a successful academic career, was married to a woman
who loved him, and was a doting, caring father. Yet he was incapable
of articulating anything good about himself. During one
therapy session, I told him I was going no further until he could
say one positive thing about himself. He spent five agitated minutes
mulling over possibilities before he said, “I used to play the
piano well.” When I told him that he had to tell me something
good about himself in the present, he was completely stumped. I
finally gave in and asked him to tell me what his wife would say
about his good qualities. He was able to list several qualities she
would point to, but then immediately dismissed them as unreliable.
After all, Doug’s wife loved him and consequently she could
not be objective. Just as people with defensive high self-esteem
cannot acknowledge any negative information about themselves,
people such as Doug cannot recognize anything positive about
themselves.

If you scored below the 30th percentile on the Self-Esteem
Rating Scale, you undoubtedly deserve to feel better about yourself.
I do not believe that people should have unequivocally positive
feelings about themselves, but I do believe that almost
everyone deserves to feel generally good about the kind of person
they are. The first piece of evidence that you deserve to feel
better about yourself is that you are reading these words. That
means that you care about becoming a better person, and you
care about how others react to you. And people with modest selfesteem
often make caring, loyal friends. Because they are convinced
of their own inadequacies, they are more than happy to
shift the focus of attention away from themselves onto those
around them. Unless your poor self-esteem has caused you to cut
yourself off from others completely, you probably have several
people in your life who care about you and value the time they
spend with you. That alone shows you have reason to feel good
about yourself.

A second key to feeling better about yourself is to accept that
you do not have to be perfect in order to feel good about yourself.
Poor self-esteem was one of my struggles when I was
younger, and this was a lesson I learned only over time. No, I had
to admit, I was not brilliant, but I came to accept that I was smart
enough to get a Ph.D. and to do my job reasonably well. No, I was
not a Robert Redford clone, but I was presentable enough to entice
an attractive, vivacious woman to marry me. And no, I was
not the most outgoing, entertaining guy around, but I was interesting
enough to develop a valued circle of friends.
It took me many years before I felt generally comfortable with
myself, but you can speed up the process by making a concerted
effort. Make a list of your strengths. Ask your family and friends
for their suggestions. When you find yourself obsessing about
your limitations, get out your list and read it out loud. You can
also use your self-doubts to your advantage. If you are convinced
your negative self-evaluation is justified, do something about it. I
have known students who have a low opinion of their academic
abilities who use their feelings as an excuse for giving up. They
skip class, fail to prepare for tests, and then complain, “See, I just
can’t hack it.” Your self-doubts should motivate you to do your
best. And if your best is still not good enough, you can be sure
that there is something else you can do where your best will be
more than good enough. As long as you do not give up, you can
feel good about yourself. It’s up to you.

Kesilapan Yang Terindah

Pagi ini saya mendengar radio di dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Sememangnya itulah yang saya selalu lakukan setiap hari bekerja kerana selain dapat menghiburkan saya dengan lagu-lagu, saya juga dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dari penyampai dan pendengar yang sudi menembusi bilik siaran untuk berkongsi pendapat, pandangan mahupun masaalah.

Topik hari ini telah membuka minda saya tentang satu perkara yang kita pernah lakukan iaitu "kesilapan dalam hidup". Saya harap kesilapan ini bukanlah yang selalu dilakukan kerana jika kita selalu tersilap, kita adalah orang yang bersalah.

Adalah mustahil untuk mengundurkan masa demi untuk memperbaiki kesilapan lalu. Tetapi apa yang kita bopleh lakukan adalah, melihat kembali kesilapan kita dan memperbaikinya demi kepentingan diri dan orang lain. Menangis boleh, tetapi bukan selamanya kita menangis. Menyesal tidak salah, tetapi mesti disusuli dengan usaha untuk memperbaiki diri.

Anggaplah ia adalah satu ketentuan Illahi kepada kita. Bukakan hati dan minda kita, terimalah seadanya. kesilapan itu mungkin berpunca dari diri kita ataupun orang lain, maka maafkanlah diri kita kerana melaluinya kita akan dapat memaafkan orang lain. Perasaan dendam hanya akan memakan diri sendiri dan mendatangkan penyakit. Jadi bersikap terbukalah dan pasrah.

Namun dari kepasrahan itu, kumpullah kekuatan untuk terus melangkah tanpa menoleh perkara di belakang. Teruskan melangkah dan carilah seberapa ramai kawan yang boleh membantu. Ambil lah pelbagai peluang walaupun kita tidak yakin, tapi melaluinya kita akan mendapat kekuatan dan rakan.

Semoga coretan saya ini dapat menenangkan hati dan memberi inspirasi kepada anda. Semua orang pernah melakukan kesilapan, namun orang yang berjaya adalah orang yang pernah melakukan kesilapan dan bangkit semula dari kesilapan tersebut. Orang yang paling berjaya adalah orang yang pernah membuat kesilapan pada zaman silamnya.

5 DONT'S when you are sleeping

A man can go two weeks without eating. But if he doesn't rest at all, he can only survive for one week. Sleeping provides us the time to rest our internal organs, eyes and brains. Poor sleep quality can cause internal damage to our internal organs and brains. Therefore, sleeping is very important to us. If you wish to have a long life and stay healthy, please take note of the advice below.


1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on
your health.

2 - DON'T SLEEP WITH BRA / UNDERWEAR
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. Well the same goes down there for guys..... imagine having a prostectic part. So go to bed without it.

3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE OR HUSBAND
You may never wake up again.

Jumaat, 9 Januari 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru semua....walaupun saya agak lewat untuk mengucapkannya tapi semangat tahun baru masih membara dalam hati kita semua.

Permulaan tahun baru saya pada tahun ini agak sedih kerana saya terkena chicken pox. semenjak 25 Disember 2008 saya cuti sakit hingga 8 Januari 2009.Walaupun demikian saya tetap ingin meneruskan azam tahun baru saya dan saya amat berharap agar segalanya akan tercapai.

Pada tahun 2008 saya telah dapat mencapaisegala azam saya dengan jayanya walaupun ada yang belum kesampaian, tapi bagi saya 80% daripadanya telah dapat saya capai.

Saya berharap agar kita semua dapat mencapai segala yang kita impikan pada tahun 2009 ini. Semoga lembaran baru ini akan dapat menjadikan kita insan yang lebih berjaya pada masa akan datang.

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...