Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Mimpi dalam konteks islam

>> Oleh Mohd Fadly Samsudin


MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.

Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.

“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.

“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.

“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.

“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.

“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.

“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.

Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.

Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.

“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi.
Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau
baring di tempat tidurmu, maka
bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.

“Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,
muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya.




Metro

Isnin, 22 Mac 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis
Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam
perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh
kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian
dan terbitan para
kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak
tambah darah kita
kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya
Nabi kita tidak
menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak
ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb
hati merupakan
organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan
dineutralkan. so kepekatan
toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin
tersebut serta
bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains
keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk
kesihatan. Namun
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita
selain susu dan
madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang
Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun
kambing juga adalah
makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak
merendahkan pemakanan Nabi
kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang
kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun
sebenarnya
McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan
kolesterolnya dan
paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan
makanan yang
langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu
sangatlah
beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula
tinggi, berasid, pH
dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para
Melayu kita juga
yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak
mengwar-warkan kebaikan
minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya
soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan
kesuburan lelaki
dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan
risiko kanser
payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan
otak dan tulang
sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen
kat wanita. pastu
soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc
yang penting untuk badan kita terjejas.



Artikel ini datangnya dari emel saya. Saya copy dan paste kan di sini. Mungkin ada sesetengah emel yang kita ignore kerana kesahihannya diragui, tapi saya sebenarnya dah lama sedar tentang ini. Sebenarnya orang yahudi sangat menjaga pemakanan mereka. Mereka makan makanan yang sihat, halal dan penuh kebaikan contohnya minyak zaitun, buah delima, anggur, daging kambing, susu kambing.... dan lagi satu perkara rupanya kopi tu juga minuman kegemaran mereka rupanya...tapi kopi yang mcm mana ek?

Lagi satu tentang makan organ dalaman haiwan....sebenarnya memang tak baik utk kesihatan. Untuk menambah kepekatan darah, makan lah buah delima. Begitu juga dengan susu kambing yang memang lebih baik dari susu lembu. Orang yahudi menjual susu lembu untk dunia tetapi memberi rakyatnya minum susu kambing.

Sebenarnya banyak pembohongan yang dilakukan ke atas ummat islam. Kita sangat malas untuk menyelidik dan mengkaji. Itulah kelemahan kita. Kita sangat kolot dan suka mengikut-ngikut sahaja. Buka minda dan fikirkan sedalam-dalamnya....pasti anda akan dapat menerimanya.

Jumaat, 12 Mac 2010

Urus wang cara mudah



Nazril menunjukkan Buku Wang Saku bagi menguruskan wang sambil diperhatikan Marx Aidit Samani (kiri).


KENAPA kita sukar menyimpan? Setiap kali pendapatan bulanan masuk akaun, habis digunakan untuk membayar sewa rumah, ansuran bulanan, bil, hutang, dihulur kepada orang tua, petrol dan makan setiap hari.
Bagaimanakah caranya untuk menyimpan dan adakah logik memperoleh amaun mencukupi bagi memulakan tabung simpanan jika tidak dipotong terus dari gaji?
Pengasas dan Presiden LVG Consultants, Nazril Idrus berkata, belum terlewat untuk golongan dewasa mula belajar cara-cara menyimpan dan menguruskan wang dengan betul.
"Saya sendiri merupakan akauntan bertauliah tapi pernah terperangkap hutang kad kredit sebanyak RM25,000 sampai kad kena potong depan mata!
"Rasa sungguh malu dan marah kepada diri sendiri kerana sepatutnya sebagai pengurus wang profesional (akauntan) tahu menguruskan wang sendiri," katanya.
Nazril kemudiannya mengikuti latihan bersama sebahagian penceramah dan pelatih terkemuka termasuk Blair Singer, Tharv Eker (penulis Secrets of a Millionaire Mind) dan Phil Town (Rule No. 1).
Menggunakan teknologi terkini, tenaga dan latihan berimpak tinggi beliau meliputi bidang kewangan, jualan dan pemasaran bagi lebih 1,000 peserta melibatkan selebriti, sektor korporat, perbankan dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut Nazril, golongan berusia 20 hingga 30-an merasakan masih terlalu awal untuk membina kubu kewangan. Mereka di kalangan usia 30 hingga 40-an pula percaya memiliki simpanan mencukupi sehingga hari tua.
Tetapi apabila mencecah 50-an, baru mereka sedari segala-galanya sudah terlewat dan sepatutnya simpanan untuk hari tua itu dibina 20 tahun lebih awal.
"Ramai mengalami kesukaran dari segi menguruskan wang. Malah tidak kurang juga terbabit dengan hutang, penalti caj lewat dan pelbagai bebanan kewangan," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar bengkel Kuasai Minda, Kuasai Wang Anda atau dikenali sebagai Buku Wang Saku di Harbour Place, Klang, baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Bahagian Pembangunan Profesional dan Peribadi LVG Consultants, Al-Jazzura Khan dan Pengarah Pemasaran Harbour Place, Marx Aidit Samani.
Bengkel berkenaan dikendalikan oleh jurulatih kewangan profesional termasuk Nazril sendiri dengan penampilan tetamu jemputan khas, Sazzy Falak yang juga isteri beliau.
Buku Wang Saku merupakan pendekatan praktikal dan efektif dalam usaha membantu individu membina 'kubu kewangan' tanpa mengira usia.
Ditujukan kepada golongan dewasa termasuk ibu bapa, guru, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah menengah dan rendah, kaedah tersebut merupakan titik permulaan menguruskan kewangan secara bijak dan mudah.
Menerusi bengkel tersebut, peserta dapat mengetahui kategori psikologi wang yang terbentuk sejak kecil dan cara mengubahnya dan mengenal pasti perbezaan antara keperluan dan kehendak untuk mengelak pembaziran.
Selain itu, ia memberikan aplikasi kaedah yang terbukti paling mudah dan terbaik dalam menguruskan kewangan, membentuk keyakinan mengurus duit dan aset serta memahami minda yang diperlukan untuk menguasai hidup dan wang anda.
Lokasi pertama bengkel bertempat di Harbour Place Lot 6683, Persiaran Raja Muda Musa, Klang (bersebelahan Pusat Perubatan Pantai Klang) bermula 10 pagi hingga 5 petang pada 14 Mac ini.
Bengkel kedua diadakan di Auditorium Sekolah Muzik Bentley (berhadapan The Curve Mutiara Damansara) pada 28 Mac juga bermula waktu sama.
Ingin mengetahui lebih lanjut? Kunjungi laman web www.lvgconsultants.com atau www.nazrilidrus.com dan klik butang SEMINARS.
Anda juga boleh hubungi ibu pejabat LVG di talian 03-77241889 dan bercakap dengan Mahafiz Yaakob.

utusan

Rabu, 17 Februari 2010

Because I Love You, I Can Tell You...

  


2010 Campaign: "Cancer can be prevented too" 

Woman_en_LR_small.jpg
World Cancer Day 2010, led by UICC, its members and with the support of the World Health Organization (WHO), will raise awareness of cancer prevention.  

Each year, over 12 million people receive a cancer diagnosis and 7.6 million die of the disease.
The good news is that approximately 40% of cancers are potentially preventable. We invite you to join us in marking World Cancer Day on 4 February by promoting our exciting new campaign and spreading the message that cancer can be prevented too. 
 
This coming February, UICC will launch the campaign “Cancer can be prevented too”, focussing on how the risk of developing cancer can significantly be reduced through simple measures:
  • Stop tobacco use and avoid exposure to second-hand smoke
  • Limit alcohol consumption
  • Avoid excessive sun exposure
  • Maintain a healthy weight, through eating healthily and exercising regularly
  • Protect against cancer-causing infections



childhood-obesity-prevention.jpgThe fact that obesity is directly correlated to health issues is not a new discovery. Excess body fat is known to cause of cancer, diabetes, heart disease, high blood pressure and strokes. However in a recent report issued by the American Institute for Cancer Research, there is now concrete statistical evidence between cancer and being overweight. The study proves that over 100,000 cases of cancer are caused by obesity annually.
"This is the first time that we've put real, quantifiable case numbers on obesity-related cancers," Glen Weldon, the American Institute for Cancer Research educational director, told CNN news. According to the World Health Organization, 1 billion adults are overweight, and at least 300 million of these are clinically obese. It’s not just causing cancer that’s an issue. Weldon went on to say, "Obesity not only raises the risk for getting cancer; it also has a negative effect on survival and can make treatment more difficult."
 
Actual case counts were calculated by researchers, who focused the study on the seven cancers with known links to excess body fat. The report concluded that 9% of colorectal cancer cases, 17% of breast cancer cases, 21% of cases of gallbladder cancer, 24% of kidney cancer cases, 28% of pancreatic cancer cases, 35% of esophageal cancer cases and an overwhelming 49% of endometrial cancer cases were all likely caused by obesity.
 
There is no concrete science determining the reason why cancer risks are increased by obesity, researchers believe the answer could be excess estrogen that is released in cases of overweight patients with cancers such as estrogen-receptor positive breast cancer. Studies have also shown increased levels of oxidative stress and inflammatory compounds in the blood, which are linked to DNA mutation and diseased cell growth as seen in many cancers, are also linked to an increase in body fat.
 
The recent report “helps to communicate the magnitude of the problem,” according to Dr. Michael Thun, vice president emeritus at the American Cancer society, but it is only the first step in solving the issue. The prevalence of obesity is rising dramatically among adults and children around the world, and people must learn “to try to balance the calories you take in with those your body expends every day." UICC aims to raise awareness of the link between overweight and cancer, setting people around the world on the right path to reducing their own risk.


Fitness Centres Severely Lack Healthy Food Options 

junk_food.jpgIn a recent study of 35 leisure centres in the United Kingdom, the British Heart Foundation discovered a shocking amount of unhealthy snacks and foods being offered. Despite a ban on junk food from schools and children’s TV programmes, there is an overwhelming availability of unhealthy options where children exercise and play. The Food Commission’s survey included leisure facilities, bowling alleys, ice skating rinks and park cafes. 

Judy Hargadon, chief executive of the School Food Trust, said, "Convenience doesn't have to mean unhealthy. Many schools are using vending to offer pupils extra choice and independence whilst still keeping their options well-balanced and consistent." However, the study found vending machines were stocked full of crisps and chocolate. Experts warn that this severely increases the risk of fuelling childhood obesity. The Foundation reported that fresh fruit was displayed at less than half of the centres visited and children’s menu options were dominated by chips, nuggets, sausages and burgers. Furthermore, nutritional information was only displayed at two venues, severely limiting the ability to assess the products parents and children are buying. 

The British Heart Foundation is calling for new regulations on the choices of food available in public facilities in the UK. Stricter guidelines would provide healthier options and allow parents and children to properly identify and asses the nutritional values of snacks. CEO of the Foundation, Peter Hollins told BBC News, "It's fantastic that these kids are getting fit and having fun at the same time but this is being undermined by venues peddling junk food at them. Councils and leisure providers need to rigorously reconsider the food options they are providing and make it easier for parents and children to make healthier choices." Unhealthy snacks and fizzy drinks have been banned from school vending machines in the UK since 2007, and the charity hopes that leaders in the public and private sectors will lead the way to ensuring this expands to other public venues.


source youthsays

Rabu, 20 Januari 2010

Amalan harian untuk panjangkan usia

ARKIB : 19/01/2010

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.
Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.
Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.
Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?
Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.
Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.
Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.
Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.
Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.
Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari kesakitan dan penyakit kanser.
Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.
Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.
Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.
Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.
Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.
Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.

sumber - utusan

Selasa, 29 Disember 2009

Kurus dengan cara murah




Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Dr. Nurhalinaazly Minhat berjaya menguruskan badan setelah menjalani program ciptaan mereka.





Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling murah.

Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan kerana inilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan.
Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapai berat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yang ideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat (kilogram) dengan tinggi (m2).
BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti.

Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yang mengalami masalah berat berlebihan dan ingin memulakan sebarang program diet atau menguruskan badan.

Katanya, setelah tahu apakah berat badan ideal yang ingin dicapai, maka ujian darah harus dilakukan.
Ini bagi mendapatkan profil mengenai kandungan darah, fungsi buah pinggang atau ginjal, fungsi hati, kolestrol, kandungan gula dalam darah semasa berpuasa dan analisis air kencing.

''Ujian hormon turut akan dilakukan kerana ketidakseimbangan hormon juga berkemungkinan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan.

"Selalunya pakar menentukan ujian hormon yang perlu diambil oleh seseorang bergantung kepada sejarah dan ujian fizikal.

''Ujian profail hormon tiroid sebagai contoh, penting bagi mengetahui ketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan.

"Hormon lain yang memain peranan dalam pengurangan berat badan dan pengekalan termasuklah hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron, testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin,'' katanya ditemui di Klinik Mempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Menurut Dr. Mahathir, kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahap yang optimum bagi memastikan kejayaan.

''Satu lagi yang menentukan kejayaan pengurusan berat badan ialah diet. Diet mudah yang perlu diikuti ialah menghapuskan pengambilan gula, makanan manis termasuk coklat.

"Setiap kali membeli makanan baca dulu label tentang kandungan bahannya. Jika ada kandungan gula di dalamnya, dinasihatkan tidak membelinya dan setiap makanan harus mempunyai ketiga-tiga kumpulan makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak.

''Dapatkan glycemic yang rendah daripada buah-buahan seperti epal, pir, jambu batu, aprikot dan kiwi, sayur-sayuran dan kekacang.

''Sebaliknya, ambil protein daripada ikan, ayam, daging, telur dan taufu. Lemak yang baik pula daripada minyak zaitun manakala omega-3 pula boleh diperoleh daripada minyak ikan dan minyak kelapa dara yang mengandungi medium chain triglycerides,'' jelasnya yang turut mengalami penurunan berat badan dari 104 kilogram ke 80 kilogram manakala isterinya turun dari 68 kilogram ke 55 kilogram setelah mengubah cara hidup dan mengikuti program yang dicipta olehnya.

Menurut Dr. Mahathir, diet yang sesuai ialah diet yang berkalori rendah. Sebagai contoh, program 500 hingga 800 kalori yang lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh badan untuk bertenaga dan sihat.

Dua minggu fasa intensif

Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.

Makan tengah hari: Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air (kira-kira 250 kalori)

Makan malam: Tom yam, banyakkan sayur.

''Ingat, minum banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.

''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.

''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.
Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripada sayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.
Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.

''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemic rendah setiap kali makan seperti epal. Juga, makan ayam tanpa kulit.

''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukan perkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon.

Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi 03-78808486.

sumber : utusan

Isnin, 28 Disember 2009

Lima serangan terhadap rangkaian sosial

Oleh GUILLAUME LOVET

lmelayari laman web sosial kini semakin popular di seluruh dunia.




Kini laman web rangkaian sosial seperti Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.
Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah.

Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai.
Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi.

Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware - cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini.
Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian - Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya.
Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.
Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan.
Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.
Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang.
e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) - Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing) . Ia
Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman - Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.
Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian.
Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan.
Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui.
Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 - Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.
Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian?
Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik.
Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.
Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?
Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video).
Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian - bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

Penulis adalah Pengurus Kanan, Pasukan Respons Ancaman, EMEA Fortinet Technologies.

Khamis, 10 Disember 2009

Rahsia keju

Oleh Nor Affizar Ibrahim



KEJU yang sudah siap diproses dan disimpan sehingga matang.

Pembuatan keju Swiss melalui proses teliti bagi hasilkan produk bermutu tinggi

KEJU memang istimewa. Selain terkenal dengan pelbagai khasiat, ia juga digemari kerana keunikan tekstur dan rasanya. Faktor itulah juga antara yang menyebabkan makanan pejal berasaskan produk tenusu itu digemari meskipun berbau kurang sedap.

Khasiat keju juga didapati jauh lebih tinggi daripada susu biasa dalam jumlah sama. Kandungan protein misalnya, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg), tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan.

Keju turut bermanfaat kerana biasanya tahan lama dan mempunyai khasiat lain seperti kandungan lemak, mineral dan fosfor yang tinggi. Beberapa kajian pernah dilakukan terhadap keju mendapati ia mampu membantu seseorang memperkuatkan tulangnya, malah kehadiran pelbagai jenis mineral yang tinggi turut menjadikan makanan itu sangat baik bagi melindungi gigi daripada ancaman karies kerana mempunyai sumber kalsium yang bagus dan umumnya menyediakan lebih kurang 25 peratus kalsium dalam pembekalan makanan.

Hasil kajian menunjukkan, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju. Statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.

Lawatan penulis ke kilang pembuatan keju di La Maison du Gruyere (Demonstration Cheese-Dairy), di Gruyere, Switzerland, baru-baru ini menambahkan lagi rasa kagum terhadap makanan pejal berkenaan, khususnya rahsia proses pembuatannya.
Gruyere, daerah di Wilayah Fribourg di Swityzerland terkenal dengan pembuatan keju, sekali gus dijadikan nama keju terkenal itu. Perjalanan ke situ mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Berne atau dua jam dari Zurich.

Jika dari Gruyere, bertentangan dengan stesen kereta api, Pringy-Gryuere, La Maison du Gruyere terletak betul-betul di hujung jalan. Di situ pengunjung akan dapat melihat rumah di antara bangunan besar dan moden, kilang keju, muzium, restoran serta kedai.

Untuk masuk ke dalam La Maison du Gruyere, pengunjung perlu membayar tiket berharga 7 CHF (Swiss Frank) atau lebih kurang RM23. Di dalamnya, pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana keju Gruyere AOC dihasilkan dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut cara moden sehingga siap untuk dipasarkan. Menariknya, pameran yang dipaparkan membawa konsep pengembaraan penggunaan pancaindera seperti mendengar, bau, sentuhan, melihat dan merasa sendiri keju yang sudah siap diproses.

Pegawai Pemasaran, La Maison Du Gruyere, Fabienee Porchet, berkata keju dari Switzerland barat, lembut dan terkenal dengan rasa sedapnya.
Pembuatannya sekurang-kurangnya sejak 1115 Sebelum Masihi yang bermula dari pekan kecil di Gruyeres dan kini ia masih dihasilkan oleh perkampungan tenusu keju di Switzerland barat mengikut resipi tradisional.

Fabienee berkata, untuk menghasilkan keju Swiss yang enak dan bermutu tinggi ia mestilah bermula daripada penjagaan lembu yang terbaik termasuk cara penggembalaan seperti persekitaran dan makanan dimakannya sama ada ketika musim panas atau sejuk serta kemahiran pembuat keju itu sendiri. Inilah yang menjadi asas utama bagi proses pembuatan keju di Gruyere, sekali gus menghasilkan produk yang terjamin mutunya.

Justeru, tidak hairanlah jika penggembalaan lembu di Gruyere sangat teliti bagi memastikan ternakan berkenaan dapat menghasilkan susu yang banyak, segar dan sedap mutunya untuk diproses bagi membuat keju. Antara diet makanan semula jadi bagi lembu yang diternak di daerah itu ialah herba, vanila, thym, cumin dan gandum. Malah, seekor lembu memerlukan 100kg rumput segar untuk dimakan setiap hari dan 85 liter air. Lazimnya, susu mula diperah ketika lembu itu berusia setahun.

“Dengan penjagaan yang baik, seekor lembu akan menghasilkan sekurang-kurangnya 24 liter susu sehari. Susu itu akan diperah setiap pagi dan petang. Jumlah susu lembu yang diproses di Gruyere ialah 5.7 juta liter setiap tahun. Susu yang sudah diperah akan dihantar peladang ke kilang dan ia dilakukan dua kali sehari. Di kilang, tugas seterusnya diserahkan kepada pembuat keju untuk menghasilkan keju,” katanya.

Fabienee berkata, pengalaman dan kepakaran pembuat keju adalah penting bagi memastikan keju yang berkualiti dapat dihasilkan. Malah, untuk menjadi pembuat keju sekurang-kurangnya memerlukan latihan selama empat tahun. Justeru, tidak hairanlah jika pembuat keju Gruyere adalah antara yang terbaik di Switzerland.

Sebelum kerja proses membuat keju dimulakan, pembuat keju akan mengambil contoh susu yang dihantar peladang untuk dianalisis di makmal. Selepas itu barulah kerja lain dimulakan dan antara proses awal untuk menghasilkan keju ialah pempasteuran iaitu memanaskan susu sehingga 32 darjah. Tekstur keju akan menjadi lembut apabila suhunya mencapai 57 darjah.

Apabila susu berkenaan bersatu antara satu sama lain, pembuat keju akan menambah agen penapai yang lain dan menuangkan zat pembantu penggumpalan atau rennet sejenis enzim penggumpal. Rennet itu akan membuat susu itu bertukar menjadi dadih. Perubahan daripada peringkat cecair kepada padat mengambil masa sekurang-kurangnya 50 minit. Pada tiga atau empat minit proses terakhir adalah penting bagi kualiti dihasilkan.

Dalam tempoh singkat itulah pembuat keju perlu menunjukkan kepakaran sepenuhnya kerana dengan pergerakan pantas dan kepakaran mata, pembuat keju mula memotong gumpalan menjadi bahagian yang sama besar. Semakin kecil potongan, semakin sedikit cairan yang dikandung keju itu sehinggalah ia semakin keras. Beberapa proses lain diteruskan dan terakhir, keju ‘dimatangkan’ dalam keadaan tertentu. Semakin lama dimatangkan, keju akan semakin keras.

“Proses menyiapkannya agak lama dan keju itu akan disimpan sekurang-kurangnya selama tiga hingga lima bulan. Keju yang dihasilkan di Gruyere kemudian di pasarkan untuk pasaran tempatan dan juga di luar negara. Dua pertiga daripada hasil pengeluaran adalah untuk pengguna di Switzerland manakala selebihnya atau satu pertiga di eksport ke Kesatuan Eropah dan Amerika Utara,” kata Fabienee.

FAKTA: Asal-usul keju
  • Sejarah menunjukkan pembuatannya sudah dihasilkan sejak zaman prasejarah. Namun, tiada bukti pasti di mana pembuatan keju pertama kali dilakukan sama ada di Eropah, Asia Tengah, mahupun Asia Barat. Bagaimanapun, kajian dibuat mendapati amalan pembuatan keju sudah tersebar ke Eropah sebelum zaman kuno Romawi.

  • Sementara, perkiraan awal menunjukkan bahawa pembuatan keju bermula antara 8000 hingga 3000 Sebelum Masihi manakala pembuat keju pertama dikatakan, adalah masyarakat di Asia Barat atau suku nomad di Asia Tengah. Bukti arkeologi pertama mengenai pembuatan keju pula ditemukan pada mural di makam Mesir Kuno yang dibuat pada 2000 sebelum masihi.

  • Biar mana sekalipun asal usul dan bila pembuatannya bermula, makanan padat yang dibuat daripada susu haiwan itu antaranya lembu, kambing dan unta ternyata dikenali di seluruh dunia. Malah, kini terdapat ribuan jenis keju di dunia yang menawarkan pelbagai khasiat tersendiri.


INFO: Perkara menarik mengenai keju
  • Terdapat pelbagai jenis keju. Setiap satu menampilkan kelainan sama ada dari segi gaya, rasa dan teksturnya. Keadaan ini bergantung dari mana sumber susu yang digunakan untuk membuat keju berkenaan diperoleh. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh diet yang diambil oleh haiwan terbabit.

  • Walaupun ada beratus-ratu jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia, secara umum cara pembuatannya adalah sama yang mana

  • Jenis keju boleh dibezakan berdasarkan cara pembuatannya. Umumnya, ada dua kelompok besar keju iaitu keju segar dan keju padat.

  • Terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan bahawa keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.

  • Keju popular sebagai antara makanan berkhasiat kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien berguna. Ia juga adalah sumber penting yang membekalkan karbohidrat, kalsium, fosforus, zink, riboflavin, protein dan lemak. Selain itu, ia turut menyediakan vitamin serta mineral seperti vitamin A dan vitamin B12.

  • Walaupun keju berkhasiat, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi.

sumber : Berita Harian

Rabu, 18 November 2009

Jerat Internet



PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.

Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.

Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.

Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan 'online' di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.

"Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat.

"Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita," katanya.

Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna.

"Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet," katanya.

Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.

"Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik," katanya.

Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.

"Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik," kata Husin.

Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.

"Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti," katanya.

Tambahnya,ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau 'malicious' dan gangguan sistem.

Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.

Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya.

"Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan," katanya.

Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa.

"Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori 'cyberstalking' atau 'penghendap siber'," kata Adli.

Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.

Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.

Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks.

"Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam," katanya.

Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.

Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan.

"Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks," katanya.

Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook.

Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, 'melayan mesra' peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan.

Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).

Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.

Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web.

Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi 'lombong' data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil.

Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.

Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.

Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.

Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.

Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.

Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.

Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat.

Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.

Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.

Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.

Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan.

"Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999," katanya.

Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.

Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Sila baca artikel bertajuk "Jerat Internet", di alamat http://www.hmetro. com.my/Current_ News/myMetro/ Wednesday/ itMetro/20091118 102600/Article/ index_html

Isnin, 9 November 2009

Memahami isu penangkapan Dr. Asri

Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Datuk Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang.
Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.

Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil. Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan.

Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan 'pemberani' dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti 'tajdid' atau 'kaum muda' serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti 'Wahhabi'.

Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran 'kaum muda' seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma' para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah 'Ash'aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.

Pegangan

Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran 'kaum muda' sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.

Dalam 'perjuangan' mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.

Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, "Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!", adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.

Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi.

Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?
Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.

Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini.

Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya.

Wallahualam.

Khamis, 1 Oktober 2009

Kawalan Trafik Udara ( ATC) - sambungan

ARKIB : 30/09/2009 UTUSAN

'Bermain' dengan nyawa




Tugas mereka 'bermain' dengan nyawa. Sekiranya berlaku kecuaian di pihak pegawai kawalan trafik udara maka beratus-ratus nyawa akan melayang begitu sahaja.

Walaupun ramai yang menjangkakan tugasnya seperti polis trafik yang menjaga lalu lintas di jalan raya namun di udara tiada lampu trafik yang boleh membenarkan sesuatu pesawat berhenti sekiranya terdapat pesawat yang menuju ke arahnya.

Oleh kerana tanggungjawab besar yang harus digalas, hanya individu yang komited, berani, teliti dan membuat keputusan cepat sahaja yang boleh mengharungi kerjaya ini.
Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur, Balasubramaniam Muttaya berkata, seseorang yang ingin menjadi pegawai kawalan trafik udara harus menjalani tiga kali ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penerbangan Awam.
Ujian tersebut ialah IQ dan matematik, ujian suara dan temuduga di mana jika lulus barulah boleh memasuki Kolej Penerbangan Awam, Subang untuk menjalani kursus hampir tiga tahun.
Semasa di kolej, pelatih harus menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang aerodrome control dan memperoleh Aerodrome Control Rating, Approach Control (Approach Control Rating) dan Area Control (Area Control Rating).
 
Setelah tamat pengajian, pelatih perlu menjalani latihan amali di beberapa lapangan terbang selama tiga bulan, kemudian barulah ditempatkan di sektor penerbangan bagi mengendalikan tugas-tugas sebenar di menara kawalan atau bilik radar.

"Cabarannya cukup banyak kerana setiap sektor mempunyai tanggungjawab yang berlainan kerana perjalanan pesawat bukan mengikut paten yang sama begitu juga jenis pesawat yang sama tidak mendarat setiap hari.

"Satu lagi kewajipan bagi seorang pegawai kawalan trafik udara ialah mempunyai lesen yang membolehkannya bekerja di sesuatu posisi.
"Setiap seorang petugas perlu mempunyai lima lesen dalam tempoh yang ditetapkan. Lesen yang perlu dimiliki ialah dalam sektor aerodrome, approach control, area procedural, area radar dan approach radar.
"Bagi mendapat sesuatu lesen, seseorang pegawai itu juga harus lulus pemeriksaan perubatan. Bagi yang berumur 40 tahun ke bawah harus menjalani pemeriksaan dua tahun sekali manakala 40 tahun ke atas, setahun sekali. Jika berlaku kehilangan lesen itu, maka petugas tidak boleh bertugas,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Balasubramaniam, kefasihan berbahasa Inggeris adalah diwajibkan kepada semua petugas kerana pegawai berinteraksi dengan juruterbang dan pusat kawalan asing.
Sekiranya keputusan peperiksaan mereka berada di tahap enam, maka tidak perlu mengambil peperiksaan itu seumur hidup, jika tahap lima, maka petugas perlu mengambil enam tahun sekali dan tahap empat, tiga tahun sekali manakala jika mendapat tahap 1, 2 dan 3 iaitu tidak lulus maka pegawai itu tidak dibenarkan mengendali tugas, tidak diberi lesen, tidak menunjukkan prestasi dan tidak akan ada elaun insentif.
"Justeru itu, mereka perlu menjalani peperiksaan semula bagi mendapatkan hak yang telah digantung atau ditarik balik
"Jadual kerja juga unik iaitu dua hari bekerja dengan dua hari cuti. Syifnya dari 1 petang hingga 7 malam, kemudian 7 pagi hingga 1 petang dan disambung ke 7 petang hingga 7 pagi. Inilah cabarannya yang bekerja 24 jam.

"Mereka turut dibenarkan berehat selama 30 minit hingga 45 minit. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan dan harus dalam mood senyap kerana bakal mengganggu frekuensi,'' jelasnya yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kawalan trafik udara ini.
Menurutnya, risiko semasa menjalankan tugasan ini cukup banyak, jika berlaku kecuaian, maka kemalangan boleh berlaku. Namun begitu bukan semua kemalangan disebabkan oleh arahan pegawai kawalan trafik udara, ada juga disebabkan oleh kecuaian juruterbang, peralatan dan prosedur tidak diikuti.
"Oleh itu, bagi pegawai kawalan trafik udara sama ada wanita atau lelaki, ketelitian, kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan amat dititikberatkan demi memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat sama ada mendarat atau berlepas,'' katanya yang mengalu-alukan lebih ramai wanita menceburi bidang ini.

- SADATUL MAHIRAN ROSLI

Kawalan Trafik Udara ( ATC) - sambungan

ARKIB : 30/09/2009 UTUSAN

Mengelak tragedi di udara


Bagi Azah Fauziah Arif, tugasnya sebagai area procedural controller perlu berkoordinasi dengan pusat kawalan penerbangan di negara jiran seperti di Bangkok, Jakarta dan lain-lain.


Lesennya cukup besar, tanggungjawabnya juga sungguh berat dan lebih berkuasa daripada seorang juruterbang. Bahkan, arahan mereka harus diikuti dan juruterbang yang ingkar boleh digantung lesen penerbangannya.
Tugasnya termasuk memberi arahan dan kebenaran kepada pesawat-pesawat bagi tujuan mengelakkan perlanggaran di udara dan di bumi serta mengatur trafik udara dengan selamat, teratur dan pantas.
Seberat tugasnya, berat juga kursus yang harus diambil bagi melayakkan seseorang menjadi Pegawai Kawalan Trafik Udara. Kursus yang memakan masa tiga tahun itu benar-benar menguji kesabaran, ketahanan dan komitmen seseorang dalam mengharungi impian bagi menjawat jawatan tersebut. Tidak ramai yang sanggup meredahnya dan ramai hanya sekadar berjaya di separuh jalan.

Begitu juga dengan kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang pegawai itu dibenarkan bekerja di posisi tertentu, kefasihan berbahasa Inggeris dan sihat fizikal dan mental tanpa obesiti, rabun atau gayat.

Maka yang tinggal ialah individu yang terbaik dan sanggup menghadapi cabaran serta mempunyai tahap kecekapan yang tinggi bagi mengendalikan pergerakan penerbangan dengan cekap tanpa mengancam keselamatan sebagai pegawai kawalan trafik udara.

Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur yang terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), merupakan nadi pusat kawalan untuk seluruh negara.
Pusat ini juga telah menjadi rumah kedua bagi empat wanita gigih yang merupakan antara 14 peratus pegawai kawalan trafik udara wanita di seluruh negara yang seolah-olah 'penjaga nyawa' kepada mereka yang berada dalam pesawat.

Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Jabatan Penerbangan Awam yang juga approach radar controller, Wan Fadhilah Wan Zainal Abidin, 42, memberitahu, selain bertugas di unit sumber manusia, beliau turut menjalankan tugas kawalan trafik udara sekiranya terdapat kekurangan kakitangan.
Bertindak sebagai approach radar yang setakat ini hanya disandang oleh lima orang wanita, adalah satu tugas berat dan berbahaya. Tugasnya menjalankan pengawasan radar kepada pesawat-pesawat yang berlepas dari dan akan mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), SAAS dan Sepang atau pesawat-pesawat yang melalui ruang angkasa di bawah jagaan.

"Selain itu, saya juga menentukan slot masa bagi pesawat-pesawat yang ingin berlepas jika keadaan memerlukan dan sentiasa membuat pemeriksaan atau kesesuaian dan perhatian ke atas video map.
"Untuk duduk di approach radar, bukan calang-calang orang, hanya yang berkeyakinan, berani, pemikiran cepat, pandai mengawal situasi dan tidak teragak-agak membuat keputusan. Ini kerana merekalah mengawal pergerakan kapal di kedudukan tengah turun dan naik iaitu di paras 3,000 kaki hingga 14,000 kaki.
"Untuk sampai ke jawatan ini, sekurang-kurangnya mempunyai 10 tahun pengalaman dan telah mendapat kelima-lima lesen pegawai kawalan trafik udara iaitu Aerodrome Control Rating, Approach Control Rating, Area Procedural Rating, Area Radar Rating dan Approach Radar Rating.

"Dahulu saya bercita-cita menjadi juruterbang, tetapi rupa-rupanya jawatan yang disandang ini lebih berkuasa daripada juruterbang.
"Jika juruterbang tidak ikut arahan pegawai kawalan trafik maka laporan akan dibuat dan jika didapati bersalah, lesen juruterbang berkenaan akan ditarik. Ini kerana mereka tidak mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa," kata bekas tutor Universiti Malaya ini.
Tambahnya, seseorang pegawai kawalan trafik jua harus tidak berada dalam keadaan stres. Segala tekanan sama ada dengan keluarga atau lain-lain harus diselesaikan sebelum memulakan kerja.
Ini kerana pekerjaan yang dilakukan melibatkan nyawa orang dan sudah tentu keputusan yang baik tidak dapat dilakukan jika fikiran bercelaru.

Sementara itu seorang lagi area radar controller wanita, Rahayu Ali, 37, menyifatkan jawatan yang disandang sejak 12 tahun lalu itu cukup mencabar.
"Bukan sekadar kursus tetapi kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang itu bertugas serta kefasihan dalam berbahasa Inggeris benar-benar menguji kesungguhan seseorang untuk terus mengabdikan diri dalam kerjaya ini.

"Kemalangan udara adalah risiko utama dalam kerjaya ini sekiranya berlaku kecuaian di peringkat pegawai kawalan trafik udara dan juruterbang. Bukan sekadar satu dua nyawa tetapi ratusan.
"Justeru sebagai area radar controller yang berkomunikasi dengan juruterbang bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertembungan pesawat di udara, percaturan kedudukan pesawat dan komunikasi yang lancar dan tepat sangat penting.

"Bertugas hanya berpandukan video map tanpa melihat sebenarnya kedudukan pesawat seperti mana di menara kawalan, lebih mencabar kerana kami perlu merancang susunan trafik dengan pantas dan cekap tanpa mengancam keselamatan dengan mengambil kira keadaan cuaca dan alat bantu penerbangan yang sedia ada.
"Penyampaian arahan kepada juruterbang juga perlu terang dan tepat malah segala penerangan dan informasi bagi tujuan keselamatan mengendalikan pesawat harus disediakan oleh area radar controller,'' katanya.

Ketangkasan

Menurut graduan pengurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia yang menjaga sektor lima iaitu kawasan Pekan, Pahang dan ke atas, Ho Chin Minh, Bangkok, Manila dan Macau, perebutan untuk mendarat dahulu oleh pesawat sering berlaku.

"Menjadi tugas kami untuk menyelesaikan perkara ini dengan menyusun trafik mengikut jenis dan besarnya sesuatu pesawat. Justeru itu, selain mengawal trafik, pegawai harus tahu setiap ciri pesawat yang dikendalikannya.

"Ketangkasan pegawai harus ada kerana dalam masa setengah atau satu jam sekurang-kurangnya 15 pesawat memerlukan bantuan pegawai sama ada untuk berlepas, mendarat atau melepasi ruang angkasa.
"Cuaca buruk kadangkala menyebabkan juruterbang tidak mengikut arahan. Sehubungan itu, area radar controller perlu fleksibel, kreatif dan mempunyai pelan B dalam membetulkan keadaan.
"Inilah perlunya pengalaman, semakin lama seseorang itu bertugas, semakin pantas dia dapat menyelesaikan masalah tersebut,'' kata wanita kelahiran Batu Pahat, Johor.

Sementara itu Azah Fauziah Ariff, 30, yang bertindak sebagai area procedural controller menganggap tanggungjawab yang diserahkan kepadanya begitu besar dan memerlukan pengorbanan bukan sahaja masa tetapi tenaga bagi melayakkan beliau menyandang jawatan tersebut.

"Sebagai area procedural controller, saya menjalankan koordinasi dengan kawalan penerbangan FIR jiran dalam sektor 1 yang melibatkan Bangkok, Jakarta, Butterworth dan lain-lain.
"Saya harus pastikan kawalan penerbangan yang dituju oleh pesawat, contohnya dari Kuala Lumpur ke Bangkok, menerima perincian mengenai ketibaan pesawat tersebut.
"Justeru ia berbeza dengan area radar controller yang berhubung terus dengan juruterbang sedangkan saya berhubung dengan kawalan penerbangan berdekatan,'' kata graduan Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia ini.

Anak jati Kuala Lumpur yang baru mendirikan rumah tangga ini memberitahu, seseorang yang telah memasuki kerjaya ini harus pandai membahagikan masa dan mempunyai pasangan yang memahami.
"Ini kerana keadaan syif yang sungguh berbeza daripada kerjaya yang lain. Contohnya, mula bekerja 1 petang hingga 7 malam hari Isnin, 7 pagi hingga 1 petang (Selasa) dan bersambung 7 petang (Selasa) hingga 7 pagi (Rabu). Cuti diberi setelah dua hari bekerja, ini bermakna cuti Rabu dan Khamis,'' ujarnya yang tidak menyangka terpilih ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menjawat jawatan ini daripada 10 pilihan yang lain beberapa tahun lalu.

Bagi aerodrome controller yang bertugas di menara kawalan, Rohaya Jemali, 47, tugasnya agak berbeza dengan pegawai di bilik radar.
"Ini kerana bertugas di menara, kita nampak kelibat pesawat dan mengetahui jarak pandangan dan keadaan persekitaran.
"Justeru itu, saya harus menentukan paras bawahan yang boleh digunakan serta membuat jangkaan masa pesawat-pesawat dibenarkan mendarat dan memulakan tindakan mencari ke atas pesawat-pesawat yang terlewat dari jangkaan.

"Misalnya, pesawat latihan yang dijadual tidak tiba atau tidak mengikut arahan. Bahkan kami juga akan menyampaikan maklumat-maklumat kajicuaca yang difikirkan perlu kepada semua pesawat di udara di dalam ruang angkasa di bawah bidang kuasa.
"Kami juga akan meneropong pesawat yang menghadapi masalah seperti masalah teknikal, tayar tidak turun, kehabisan minyak dan lain-lain. Sebaik sahaja pesawat mendarat, pihak bomba, harus dipanggil dan jika ada orang sakit di dalamnya, ambulans akan dikerah datang,'' katanya yang telah hampir 13 tahun bekerja di menara kawalan.

Isnin, 7 September 2009

Apalah nasib kanak-kanak ini....

KUALA LUMPUR: "Emak selalu sibuk, kadangkala tak balik rumah sampai
empat hari. Nasib baik ada orang lain tolong jaga kami," kata Nuraida,
10, yang bersusah-payah membawa tiga adiknya berjalan kaki sejauh dua
kilometer untuk menikmati juadah berbuka puasa percuma pada setiap
Selasa dan Rabu.

Lokasi tujuan mereka ialah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Chow Kit, dekat sini, yang menjaga kebajikan kanak-kanak, kebanyakannya anak pelacur, pelayan pelanggan (GRO) atau penagih dadah di sekitar kawasan itu.

Penyelaras PAKK, Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latiff, 48, berkata pusat yang diusahakannya secara sukarela itu kini menjaga kebajikan kira-kira 40 kanak-kanak berusia empat hingga 16 tahun.

Hampir semua mereka datang daripada keluarga bermasalah berikutan ibu atau bapa masing-masing terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, katanya yang membuka PAKK sejak enam tahun lalu.

Ketika ditemui Metro Ahad, Rabu lalu, Nuraida datang ke PAKK bersama bersama tiga adiknya berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun.

Kata Nuraida, dia anak sulung daripada enam beradik. Seorang lagi adiknya berusia tiga tahun (kembar) ditinggalkan di rumah mereka di Kampung Baru dan dijaga saudara mara ibunya yang tinggal berhampiran.

Seorang lagi adik saya yang bongsu emak serahkan pada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Saya marah dan sedih dengan sikap emak. Saya tak tahu kenapa emak sanggup beri adik kepada orang lain.

Ayah dengan emak sudah bercerai dan kami jarang berjumpa. Bila besar nanti, saya nak ambil balik adik dan mahu cari ayah. Hari raya ni tak berseri kerana saya tak dapat beraya dengan adik bongsu dan ayah,
katanya.

Difahamkan, Nuraida bersama adik kedua dan ketiga adalah satu bapa manakala adik beradik lain, berlainan bapa. Ketika ditanya adakah dia tahu siapa bapa adik-beradiknya lain, gadis comel itu hanya menggelengkan kepala.

Melihatkan wajah Nuraida, riak mukanya menunjukkan dia seakan-akan dapat menerima nasib dan kehidupannya yang malang disebabkan sikap ibu yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah pekerjaan ibunya, kanak-kanak itu bijak berhelah dan cuba menyembunyikan hakikat sebenar, biarpun dia mengetahuinya.

"Emak kerja "housekeeping" (pengemas bilik) di sebuah hotel. Ada masanya tak balik rumah dua hingga empat hari. Nasib baik mak cik ada dan dia tolong jaga kami tetapi bila emak ada, dia akan uruskan
semuanya,"katanya.

Menurut Nuraida, biarpun sering ditinggalkan dan diabaikan ibunya, makan minum serta urusan persekolahan dia serta adiknya terpelihara kerana tugas menjaga mereka diambil alih oleh saudara mara yang tinggal
berhampiran.

"Kalau emak tak ada, mak cik akan tolong jaga, sekolah dan makan. Kalau emak ada, emak uruskan kami seperti beri wang belanja sekolah dan memasak lauk sedap seperti ayam dan ikan," katanya.

Mengenai persiapan raya, Nuraida berkata, dia belum ada baju raya dan seperti kebiasaan saudara mara akan membelikannya termasuk untuk adik menjelang hari raya.

"Biasanya saudara mara akan belikan baju, tetapi ada juga yang emak beli. Hari raya sama seperti hari lain kerana kampung saya di sini (Kampung Baru) dan kami adik-beradik beraya di sini. Selepas sembahyang, saya beraya ke rumah kawan," katanya.

Sementara itu, adik keduanya yang hanya dikenali sebagai Sarah, 9, berkata untuk persiapan hari raya tahun ini dia ada sehelai baju raya yang dibeli ibu saudaranya.

Katanya, meskipun tahun ini dia mendapat pakaian baru, ia masih tidak menggembirakan kerana adik disayangi beraya bersama orang lain.

"Saya sayang dia, tetapi dia dah diberikan kepada orang lain. Bila besar nanti, saya nak ajak dia balik rumah," katanya.

Sebagai anak sulung, Nuraida menggalas tanggungjawab berat untuk menjaga adiknya. Ketika berkunjung ke PAKK untuk berbuka puasa, kematangannya jelas kelihatan apabila dia sibuk menguruskan adiknya,
beratur untuk mengambil makanan serta memastikan mereka duduk bersama.

Hampir waktu berbuka, dia yang bersekolah darjah empat membuka bungkusan makanan untuk adiknya dan selepas doa berbuka puasa, Nuraida memberi makanan kepada adik kecilnya yang berusia tiga tahun.

Setiap Selasa dan Rabu sepanjang Ramadan ini, Nuraida dan adiknya akan ke PAKK kerana ada disediakan jamuan berbuka puasa percuma yang biasanya ditaja oleh organisasi swasta atau orang perseorangan.

Untuk ke PAKK, mereka empat beradik perlu melintasi jalan raya yang sesak dengan kenderaan selain berselisih dengan orang ramai. Dari Kampung Baru, mereka melintasi Jalan Raja Alang sebelum ke Lorong Haji Taib, Chow Kit.

Raja Azizan berkata, PAKK berusaha membantu Nuraida dan adik-beradik melalui kemudahan yang ada antaranya melalui kelas komputer, seni, Bahasa Inggeris dan bimbingan agama.

Katanya, sebagai institusi bantuan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PAKK menjadi tempat perlindungan selain memberi bantuan kepada kanak-kanak tidak bernasib baik di sekitar Chow
Kit.

Ia bertujuan mengelak mereka terjerumus dalam aktiviti tidak sihat. Ini kerana ada antara kanak-kanak itu anak yatim, anak penagih, anak luar nikah dan juga anak pekerja seks.

"ita berusaha memberi ilmu supaya mereka tahu yang mana baik dan buruk. Kami akan memantau perkembangan mereka. Yang mana tidak bersekolah, kita usahakan supaya mereka tidak terus tercicir," katanya.

Metro 2007



Sedang melayari internet tentang Chow Kit, saya terbaca banyak post dan tidak kurang juga komen-komen pembaca tentang kanak-kanak terbiar di jalan Chow Kit. Dalam kesibukan bandar metropolitan Kuala Lumpur itu, pasti ada ceruk-ceruk yang kita sebagai manusia terlepas pandang dan terleka. Saya sangat tersentuh dengan masalah yang melanda masyarakat terutamanya kanak-kanak yang sepatutnya minda mereka hanya tertumpu pada ilmu dan kasih sayang, tetapi terpaksa mengharungi hidup demi sesuap nasi dan kelansungan hidup.

Pada bulan Ramadhan ini kita leka membuat persiapan untuk keluarga berhari raya. tetapi di sudut lain pula, kanak-kanak ini tidak kisah tentang itu kerana apa yang lebih penting adalah perut mereka terisi. Kita sibuk membeli baju raya, tetapi terfikirkah kita tentang insan lain yang mungkin tidak mampu untuk membeli baju raya.

Setelah membaca hingga akhir, rasa lega sedikit kerana adanya PAKK yang sudi mengambil tahu hal kanak-kanak ini. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan kemudahan. Semoga ada lagi insan yang akan membantu dan menyumbang kepada usaha ini agar anak-anak ini akan menjadi manusia yang bahagia pada masa akan datang.

Isnin, 17 Ogos 2009

Di mana penanda aras Melayu pasca merdeka?

DALAM kita menanti detik ulang tahun kemerdekaan negara, ada baiknya kita renung sejenak di manakah penanda aras Melayu dalam konteks era semangat 1Malaysia.

Memang benar, orang Melayu jauh maju dan berubah, jika pencapaian kasar diambil kira. Namun secara keseluruhan, berlandaskan kepada statistik prestasi ekonomi serta pencapaian pendidikan orang Melayu, kita terpaksa menelan hakikat bahawa bangsa Melayu masih jauh ketinggalan. Tentunya bersetuju bahawa kita memerlukan reengineering yang sangat ekstensif.

Kini lebih 35 tahun telah berlalu, namun matlamat serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih jauh daripada jangkauan.

Jadi sudah sampailah masanya untuk kita menerima hakikat bahawa mentaliti Melayu dalam "zon selesa dan selamat" inilah yang telah melemahkan orang Melayu itu sendiri berbanding bangsa lain.

Hakikat inilah yang menjadi kegusaran saya selaku anak Melayu pasca merdeka. Apakah orang Melayu telah bersedia untuk menghadapi era-era mendatang yang hanya akan berlandaskan kesamarataan serta meritokrasi dalam semua bidang yang akan di tempuhi termasuk pendididkan dan ekonomi? Apakah kita boleh lakukan tanpa kuasa di tangan orang Melayu di masa depan?

Dalam keadaan pemimpin Melayu masih berkuasa - 52 tahun - adalah satu jangka yang sudah cukup lama untuk Melayu mengecap peluang. Tetapi kita atau lebih tepat, orang Melayu selalu alpa. Kini zaman sudah berubah. Semangat meritokrasi, globalisasi serta liberalisme mula mendominasi kita. Tetapi mentaliti Melayu masih di takuk lama.

Pada pendapat saya, orang Melayu sudah berada dalam zon berbahaya. Bahaya untuk menerima hakikat bahawa Melayu boleh pupus dan terhapus bukan sahaja pada nama namun pada kuasa serta kegemilangannya sekiranya pemimpin Melayu masih tidak sedar dan bersikap "syok sendiri".

Kealpaan inilah yang akan membunuh bangsa Melayu.

Di mana agaknya orang Melayu 20 tahun akan datang? Masih berkuasakah kita di bumi Malaysia ini? Sudah bersediakah Melayu menerima hakikat bahawa akan sudah tidak ada lagi keistimewaan kepada orang Melayu sedikit masa lagi?

Kini, realiti politik Malaysia yang perlu disedari oleh semua orang termasuk pemimpin UMNO sendiri ialah kuasa politik di negara ini secara tidak langsung ditentukan oleh orang bukan Melayu.

Pemimpin Melayu suka bergaduh sesama Melayu tanpa memikirkan kesan pada anak bangsa. Jati diri pemimpin Melayu terlalu rapuh walaupun mereka ini berlatarbelakangkan Islam.

Fenomena perebutan kuasa serta tamak haloba sesama pemimpin Melayu Islam boleh menghancur dan merobohkan tamadun Melayu. Kita dapat saksikan sendiri, pelbagai gejala dan angkara telah dicetuskan melalui fenomena ini.

Dalam keghairahan serta kemaruk untuk berkuasa, pemimpin-pemimpin Melayu sanggup melakukan apa sahaja sampai ke tahap yang sudah hilang rasionalnya, rakus dan kian menghakis nilai-nilai ketamadunan serta budaya bangsa Melayu untuk terus berkuasa. Soal adab, adat dan akhlak digadai dengan murah sekali. Asalkan cita-cita untuk terus berkuasa dapat dikecapi.

Kata bijak pandai: "Kita tak perlu takut pada orang yang biasa kenyang yang tiba-tiba lapar. Tetapi kita perlu takut pada orang biasa lapar yang tiba-tiba kenyang dan mendapat sumber makanan yang banyak". Apakah iktibar dari kiasan ini dalam konteks politik negara pada hari ini? Sama-samalah kita renungi.

Kita harus belajar daripada sejarah perkembangan politikus Cina di Malaysia. MCA, Gerakan dan DAP yang kelihatan berperang tetapi tidak pernah bertempur. Lain pula perihal politikus Melayu yang bertempur dengan parah.

Justeru kepada pemimpin politik Islam di Malaysia sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, ingatlah sabda Rasulullah SAW: "Janganlah kamu sering bersengketa, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu sering bersengketa lalu mereka binasa".

Utusan

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...