Part 3
Pagi tu akak bangun pukul 5.00 pagi juga, pagi ni kami akan check out dari bilik dan nak balik ke Kota Kinabalu. Malam tadi tak hujan, jadi pukul 6 pagi kami turun untuk melihat gunung kali terakhir. Tak pasti bila nak datang lagi. Dan memang betul harini puncak gunung nampak jelas sangat. Cantiknya pemandangan. Angin punkuat dan sejuk sekali. Kami pun meluangkan masa dalam sejam menikmati pemandangan yang cantik sambil menghirup udara nyaman.
Selesai menikmati pemandangan kami naik ke bilik bersarapan. Menghabiskan baki roti yang ada. Nasi lebihan malam tadi akak goreng dengan baki sardin yang tinggal. Jadilah nasi goreng sardin. Sambil tu mengemas baju-baju dan barang-barang. Akak tak suka tinggalkan bilik bersepah. Sampah akak pack elok-elok dan buang di tong luar bilik. Sampah yang sikit-sikit dalam tong tu tak pelah biarkan housekeeping buat kerja dia. Mesti dia fikir akak ni sampah sikit je padahal 3 beg plastik sampah akak buang kat tong.
Pulang kunci, dapat deposit bilik dan masuk kereta bergerak ke Kota Kinabalu. Perjalanan turun lebih pendek berbanding naik ke atas. Naik ke atas haritu kami ambil masa 2 jam. Tapi turun ni kejap je, tak sampai sejam kami dah sampai bawah. Tapi perjalanan nak ke pesisir pantai Kota Kinabalu tu ambil masa lagi. Jalan tak boleh laju kerana jalan sedang dinaik taraf. Sesampai di bandar kami makan tengahari. Akak tak cari tempat makan nasi berlauk sebab terasa lapar sangat. Setahu akak, kawasan sinsuran ada banyak kedai. Ada satu tempat makan nasi berlauk citarasa kelantan. Tapi sebab lapar sangat, kami makan Mcd je. Korang jangan gelak kenapa jalan jauh-jauh pun cari Mcd. Tapi Mcd je yang akak lalu nak makan. Mcd kat sini, kalau beli ayam spicy pun rasa macam ayam original. Tak pedas. Ni lagi satu bukti orang sabah memang tak makan pedas.
Habis makan, berjalan-jalan ambil angin tepi laut. Bandar Kk ni memang tepi laut aje. Lepas jalan-jalan kami pergi ke pasar Filipina cari ikan bilis dan kerongsang. Akak beli semua barang terus harini sebab rasa dah tak sempat lagi. Lagipun kereta sewa kami akan pulangkan hari ini. Ni pun dah minta extra hours RM10 sejam. Produk-produk ikan bilis, udang kering, amplang akak beli siap packing untuk naik kapal. Diorang packing free je. Masa membeli ni pandai-pandai lah korang tawar harga. Kalau tak dapat tawar korang minta free gift je. Beli tu ikut bajet la. Harga barangan kat sini hampir sama setiap kedai. Diorang mungkin dah pakat bab harga tu tak bagi jual murah sangat. Kalau nak murah juga ko jangan cakap kuat-kuat, ko bisik je. Diorang punya telinga macam radar. Dengar je kita cakap.
Lepas shopping kita pegi hotel check in lagi. Lepastu owner kereta sewa dah sampai, kita pulangkan kereta.
Hotel yang akak ambil ni Hotel 7Suria. Boking kat Agoda je, murah. Kalau walk-in mahal sikit. Masuk hotel ni dia ambil deposit RM100. Mahal pulak, tapi kalau tak ada apa-apa kerosakkan diorang akan pulang semula masa check out. Jadi jagalah anak korang, jangan pecahkan cawan, kalau tak RM100 melayang. Lepas masuk hotel kami rehat sebab malam nanti nak keluar makan seafood kat tepi laut.
Lepas maghrib kami pun keluar. Dari hotel ke tempat seafood depan roundabout ikan todak dengan berjalan kaki kami ambil masa dalam 10 minit. Nanti kamu akan melalui waterfront. Ramai orang sabah lepak kat situ. Kalau siang, ramai orang Filipina. Budak-budak kecil orang filipina pun ramai, diorang minta duit. Kadang-kadang jual barang sikit-sikit. Tak payahlah beli atau layan. Kalau dulu banyak orang filipina minta sedekah. Siap bawa baby. Korang jangan bagi. Kalau bagi ramai nanti budak-budak datang minta. Dulu pun ada ramai budak-budak bawa plastik ambil upah angkat barang. Korang jangan layan juga, Diorang nak cari duit, tapi masalahnya kalau kita layan nanti menderu ramai-ramai budak kat kita. Tak payah lah. Korang doakan aje budak-budak tu. Memang kesian.
Tapi masa akak pergi kalini dah kurang sangat dah, kalau ada pun sikit je budak-budak. Maybe kerajaan dah bendung sikit. Diorang datang naik sampan atau bot. Memang dekat je. Kadang-kadang time gelap la diorang sampai dan balik.
Ok berbalik pasal akak berjalan kat waterfront tadi, korang akan nampak ada geng busking. Orang sabah ni tak taulah memang keturunan suara sedap. Asal nyanyi je sedap. Akak pernah tengok sorang budak remaja lelaki lepak-lepak main gitar sambil nyanyi je pun sedap suara dia. Kami teruskan berjalan sampai tempat makan seafood tu.
Bila ko masuk je kawasan seafood tu, korang memang akan diserang sekali lagi oleh peniaga atau peraih yang nak suruh korang makan kat kedai dia. Kalini korang kene hati kering. Boleh makan kat mana-mana kedai pun, tapi akak nak tengok dulu udang dia besarke, sotong dia macam mana rupa, ketam dia, lobster dia, macam-macam lah. Jadi akak dah kalis suara diorang. Jalan je sampai kedai yang kita berkenan. Dah sampai kedai yang kita naik, so kita berentilah, pilih ikan. Masa pilih ikan pun kene tawar harga. Lepastu siap-siap tulis dalam kertas harga yang korang tawar tu. Akak aritu silap, akak kira harga seafood je, harga air, nasi dan sayur akak tak tanya. Kitorang makan ikan kerapu 3 rasa, sotong besar goreng tepung, udang masak butter, ketam cili sekor, sayur kailan, nasi 5 pinggan, air dan kelapa sebiji semua RM165. Korang rasa murah ke mahal? Akak rasa memang murah kat sini tapi patutnya boleh murah lagi. Akak kira harga seafood saja dalam RM110 gitu. Maknanya harga sayur kailan ikan masin, nasi 5 pinggan, air kelapa dan air-air yang lain tu RM55. macam kene game kat situ. Tapi husband akak kata dahlah suruh balik, nasib baik, kalau tak akak dah suruh casher tu keluarkan resit dah. So kesimpulannya nak makan seafood pandai-pandai korang lah ya. Diorang ni bila dengar kita cakap semenanjung je memang dia akan bagi harga mahal. Memang gitulah, jadi pandai-pandailah tawar dan kira ya. Masa akak kat Kundasang ada makcik tu jual strawberry RM20 satu bekas yang kecil tu. Memang akak tak beli lah. Mahal. Kat sini pun banyak strawberry. Kat cameron tu lagi besar buah dia.
Lepas makan kami duduk-duduk sekejap kat waterfront dengar buskers tu nyanyi. Sedap suara dia. Bagi lah duit masuk tabung. Orang tu memang jual suara dia, jadi kita bayarlah ikut kemampuan masing-masing. Lepastu kami berjalan balik ke bilik. Singgah pasaraya dekat dengan hotel ni saja nak ambil aircond. Pasaraya lengang tak ada orang pun. Diorang lagi suka lepak kat tepi laut. Lepastu naik bilik, rehat.
Esok pagi bangun, buat sarapan sikit, dan baki makanan malam tadi kami tak habis, kami suruh diorang bungkus. Sayang udang dan sotong tak habis. Ada nasi juga. Akak goreng la buat nasi goreng campur-campur. Makan maggi goreng, biskut ok cukuplah sarapan kami. Dalam pukul 11 kami check out, dapat balik deposit, saampai bawah kami panggil grab. Grab banyak je. Pilih kereta yang bersesuaian. Jangan ko ambil myvi pula. Mana muat bagasi.
Sesampai di airport kami check in terus kapal. Pegi cari makan sekejap. Kat airport cuma ada fastfood je. Makan je lah Mcd lagi. Nak keluar takut tak sempat. Flight pukul 4 petang pukul 3 dah kene boarding. Tengah-tengah scan barang handcarry terjumpa PU Azman. Ambil la gambar juga, borak-borak sikit rupanya flight kami sama. Bangga la sikit jumpa retis (hehehe). Akak minat cik man ni. Orang Somban juga la katakan.
Bila naik flight mode percutian kira habis lah. Anak akak tak nak balik, ko rasa? Tak best sangat ke balik rumah? ish ish ish.....
Ok lah, perkara yang akak boleh simpulkan sepanjang akak bercuti kat sabah adalah,
1. makanan sabah tak kene dengan tekak kita kecuali kedai makan orang semenanjung (akak meraikan perbezaan, makan je lah apa yang ada, kalau nak sedap je ikut tekak, duduk je rumah jangan berjalan mana-mana),
2. orang sabah tak ramah sangat lagilah orang cina (ni bukan kenyataan racist tapi akak tak pasti apa yang diorang lihat pada orang melayu semenanjung, diorang memang tak ramah),
3. jalan-jalan kat bandar KK time peak hour selalu jem, rancang perjalanan sebaiknya,
4. Toilet bukan semua tempat bersih ya, jadi rancang juga di mana nak membuang,
5. tempat makan kene tengok betul-betul sebab kat sini ramai orang filipina, kedai mamak pun belum tentu semua muslim.
6. View di sabah memang cantik, walaupun masih sedang membangun tapi hutan-hutan dan udara nyaman. Tepi laut pun cantik.
7. Seafood murah dan fresh. Kali ni akak tak sempat pergi pasar basah rasa ralat pulak. Akak suka tengok ikan hidup fresh kat situ. Sotong pun hidup lagi. Udang melenting-lenting.
Apa yang akak suka pada sabah adalah alam semulajadinya, dan seafood. Sebab tulah akak suka ke sini. Next time akak nak try naik pulau. Pulau Mabul dekat je, lagipun husband ajak. Setahu akak husband akak takut naik bot, tapi kalau dia ajak, kita ya kan je....jumpa next time dalam destinasi percutian akak yang tak seberapa pun ni. Akak cuma nak share pengalaman akak kalau ada yang belum pernah jejak kaki ke sabah lagi. At least akak dapat bagi some info untuk korang ataupun you alls boleh share some info pada akak juga. Kita sharing-sharing ya. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan