20 Mei 2022 (Jumaat) hingga 23 Mei 2022 (Isnin)
Seremban - KK - Kundasang - Ranau - Kundasang- KK- Seremban
Part one,
Akak naik first flight pkl 8 pagi ke Kota Kinabalu. Pukul 5.30 pagi dah terpacak kat airport dengan anak-anak. Pukul 4 pagi lagi kami dah bangun, disebabkan anak-anak excited nak naik flight maka tak susah mengejutkan diorang bangun pagi. Solat subuh di KLIA sekarang surau dah dekat dengan depature, Alhamdulillah.
Sesampainya di Kota Kinabalu pukul 10.30 pagi( baru touch down). Gedebak-gedebuk pkl 11.30 pagi baru dapat keluar airport. Maklumlah akak ramai. Trip dengan anak-anak ni kita kene santai-santai je, kalau tak nanti kita penat. Mana nak pegi toilet kita kerah dulu. Nanti nak cari toilet yang selesa susah. Tempat orang bukan tempat kita.
11.30 pagi kita jumpa dengan owner kereta sewa. Owner kereta ni bagus. Harga pun berpatutan. Akak sewa kereta saga je dik. Kami berlima 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Lepas dapat kereta kita cari tempat makan berdekatan dengan airport. Tempat makan akk ni namanya The Warung, Jalan Kepayan. Lepas isi perut isi tangki kereta pulak, lepastu barulah kami start naik ke Kundasang guna google map.
Jalan ke kundasang punyalah jem, KK memang banyak jalan jem sekarang. Banyak jalan sedang diselenggara. Naik ke Kundasang pun jem, banyak lori dan bas. Jadi tip ke Kundasang adalah naik pagi-pagi bagi mengelakkan jem dan hujan. Gunung Kinabalu pun cantik dipandang pada waktu pagi. Bila dah petang kabus akan menutupi gunung, tambahan lagi kalau hujan, langsung tak nampak apa. Petang memang selalu hujan kat kaki gunung, maklumla kawasan gunung, kalau tak hujan kabus tebal.
Sampai Kundasang terus cek in bilik, kami penat. Penat naik kapal terbang, penat perjalanan memang tak dinafikan. Lepastu jalan ke resort punyalah mencabar. Macam masuk trek hutan. Mula-mula akak risau kereta tak dapat naik sebab bukit yamg kami turun tu adalah dalam 45 darjah kecuraman. Tempat menginap akak ambil Nikgold Garden Resort. Cari kat google sebab akk nak view gunung yang tak ada gangguan. Tapi view ni tak dapat dilihat dari bilik penginapan. Kene keluar jalan sikit baru nampak view gunung macam dalam gambar kat atas tu. Satu tip dari akak, kalau ada masalah lutut jangan menginap di sini. Bukan sini aje, banyak resort kat sini kene naik tangga. Sebab bentuk muka bumi di Kundasang memang berbukit. Jadi kene survey baik-baik, tengok review dan kene tengok google map.
Sampai je bilik, memang kami tak buat apa cuma berehat je sampai malam. Jalan masuk macam tu tadi kan memang akk takut nak keluar. Lepastu kundasang ni bila dah pukul 3 petang, rasa macam gelap sikit. Kabus pun tebal dan sejuk. Jadi kami decide tak payah keluar. Tip dari akak lagi, kalau pergi tempat-tempat baru, jangan lupa bawa stok makanan. Akak siapkan 1 kotak stok makanan. Akak bawa roti gardenier (ni wajib sebab kat sabah tak ada roti ni), roti coklat / jagung, maggi kari dan ayam (yang tak pedas untuk anak-anak), sardin, tuna (yang ni nak makan dengan roti), cili api (orang sabah tak makan pedas wehhh), beras (bawa sikit je dalam 10 pot), air mineral, dan serbuk vico dan kopi.
Kenapa akak bawa beras? Tekak melayu dik, ko mesti nak makan nasi. Beras bukit Sabah actually sedap, tapi tak sempat dik nak cari kat kedai. Lagipun ni bukan tempat kita, kalau dah biasa lain cerita. Cili api memang kene bawa kalau awak jenis suka makan pedas. Orang sabah tak kuat pedas sangat-sangat. Memang boleh katakan, tak pedas langsung masakan diorang. Jadi akak bawalah. Akak ni bukan kuat sangat pedas tapi nak makan kene ada pedas sikit baru ngam. Yang bab stok makanan ni terpulang la. Akak bawa anak-anak. Kita ni kalau lapar boleh ikat perut dik, tapi kalau anak lapar, ko rasa? Kalau meragam nanti lagi susah. Jadi akak memang bawa siap. Akak pernah kene gelak dulu sebab bawa air mineral satu katon dik masa pergi ke Bali. Suka hati la, yang penting senang.
Malam tu kami masak nasi lauk sardin. Ada maggi rebus juga. Akak bawa mini rice cooker dan mini multipurpose cooker. Kettle guna hotel punya. Sejuk tak payah pasang kipas. Air kat bilik air punya sejuk macam ais. Nasib baik ada water heater. Stokin dan baju sejuk jangan lupa bawa. Akak siap bawa extra selimut lagi. Serangga punya banyak, tapi kat luar bilik. Kalau nak bawa mosquito repellent pun boleh tapi akk tak bawa. Nasib baik takde nyamuk. Malam kangan buka pintu. Nak buka pun buat apa, sejuk sangat anginya. Settle makan kami tido je.
Bersambung ke part hari ke dua esok ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan