Assalamualaikum sahabat-sahabat yang masih mengikuti CCT,
Sudah terlalu lama blog ini akak biarkan bersawang. Akak sayang blog ni, sebabtu lah akak tak inactive kan dia. Akak masih menyimpan hasrat untuk kembali aktif menulis seperti dulu. Akak harap hari ini adalah permulaannya semula.
Sudah tahun 2022, telah 2 tahun juga negara ini di kejutkan dengan bencana COVID 19. Akak pun tak sangka, tahun 2020 yang paling ditunggu semenjak akk sekolah rendah lagi, rupa-rupanya menghadiahkan dugaan yang sangat hebat. Dugaan yang dirasai oleh seluruh dunia.
Sepanjang 2 tahun itu jugalah, pelbagai pahit maung dan perubahan yang dihadapi oleh semua manusia seperti :
1. Bujang dapat berkahwin
2. Orang yang berkahwin, boleh bercerai.
3. Orang yang sihat dapat sakit.
4. Hidup, mati.
5. Anak kehilangan ibu bapa, ibu bapa kehilangan anak.
6. Kaya, jadi miskin.
7. Miskin jadi kaya pun ada.
dan macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih ada ini pula, sama ada dapat melalui dugaan COVID 19 dengan berjaya atau jadi tertekan. Stress mental dan fizikal. Ramai juga kawan-kawan akak yang mendapat rawatan psikiatri dalam jangkamasa pendemik ini. Mak akak sendiri mengalami simptom orang tua, macam nak dapat penyakit nyanyuk agaknya. walaupun umurnya baru mencecah 70 tahun. sifatnya seperti keanak-anakkan. Dia dah tak boleh nak berfikir tentang orang lain. Dia cuma bimbang tentang diri dia sahaja. Kalau memasah selalu lupa tutup api. Jadi dia tak memasak. Cuma beli lauk dikedai hari-hari. Kalau kedai tutup, dia akan menangis sedih tak tahu nak makan apa.
Pergi beraya ke rumah makcik baru-baru ni, akak dengar macam-macam cerita tentang sepupu-sepupu akak. Kadang-kadang perkara yang kita tak pernah jangka berlaku. Betul kuasa Allah swt. Dia, mampu membolak-balik hati kita. Dia mampu melupakan kita dengan sekelip mata sahaja. Tatkala Allah swt menegur kita sedikit sahaja, tapi impaknya mashaAllah. Tak akan mampu kita tanggung. Kerana itu juga, bila ditimpa kesusahan, kita balik lah pada Allah swt. Serahkan segala kepadanya kerana Dia yang mengatur seluruh kehidupan kita. Berdoalah agar Allah sentiasa meringankan dugaan kita, dan semoga Allah sentiasa ada bersama kita. Memang Allah swt tak kan membuang kita, hanya kita yang selalu lupa.
Itulah kehidupan, masa akak muda dulu akak tak nampak. Namun bila usia menginjak hampir separuh abad, maka pelbagai dugaan yang kita akan tempuhi. Semoga kita semua akan terus kuat dan tidak patah semangat. Kepada semua sahabat-sahabat akak, semoga kita semua berjaya menempuh dugaan kehidupan dan berjaya mengumpul amalan untu bekal di akhirat sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan