Khamis, 17 September 2009

Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara ( Asst. ATCO) - sambungan

Tahniah kepada yang telah berjaya lulus temuduga Asst. ATCO yang lepas. Bagi yang kurang berjaya tahniah diucapkan kerana anda juga telah melepasi temuduga ini.  Cuma tidak berjaya sahaja. Namun ini bukanlah benchmark yang sebenar bagi kejayaan atau kegagalan seseorang. Cuma ada masanya kita berada di bawah, dan satu masa nanti kita akan naik ke atas. Macam roda.....

Saya dimaklumkan, ada temuduga yang akan dianjurkan oleh pihak SPA sebelum seseorang itu layak memasuki perkhidmatan ini. Ramai di kalangan calon yang telah berjaya meminta tips dan maklumat yang boleh dijadikan rujukan untuk interview ini. Memandangkan tiada sumber formal atau tidak formal yang menulis tentang jawatan ini, maka saya harap apa yang saya akan kongsikan ini akan menjadi panduan sedikit sebanyak dalam membantu  para calon untuk menduduki tahap selanjutnya dalam pemilihan jawatan ini. Pesanan saya, tips-tips ini hanyalah panduan semata-mata dan bukanya rujukan khusus. Ia hanya menunjukan jalan kepada para calon untuk menduduki situasi yang sebenar.

Seperti sesi temuduga kerajaan yang lain, saya yakin sesi kali ini juga tidak banyak bezanya kerana SPA ingin melihat tahap displin, akauntabiliti, profesionalisme, personaliti dan pengetahuan calon.

1. Displin
Dalam apa jua kerjaya, nilai murni ini amat dititikberatkan. Terutamanya penjawat awam, nilai ini sangat penting bagi menjaga nama dan kepercayaan rakyat terhadap kakitangan awam. Pendek kata, tunjuk kanlah tahap displin anda yang tinggi semasa temuduga.

2. Akauntabiliti dan integriti
Ini adalah istilah dalam sektor kerajaan yang anda mesti tahu dan fahami. Akauntabiliti adalah kebolehtanggungjawaban atau kebolehpercayaan. Integriti pula bermaksud amanah, jujur dan adil dalam perkhidmatan. sekiranya ingin memahami secara lanjut, boleh lah melayari google untuk huraian yang lebih lanjut.

3. Profesionalisme
Bagi menjadi pegawai kerajaan, perlulah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Penjawat awam merupakan pelaksana dasar kerajaan. Tambahan pula jawatan ini telah dinaiktaraf, agar menjadi lebih baik dan efektif sejak mantan PM yang lalu.

4. Personaliti
Personaliti adalah yang positif sahaja. Bukan berlakon, tetapi cubalah sembunyikan kelemahan anda, hanya untuk sesi temuduga ini sahaja. Selepas itu, terpulang lah kepada anda. Tetapi personaliti positif adalah perkara penting bagi membentuk suasana pekerjaan yang harmoni dan sejahtera.

5. Pengetahuan
Sudah tentu mereka akan tanya tentang latarbelakang jawatan ini dalam kementerian. Siapa menteri terlibat, tempat bertugas dan sebagainya.



Selebihnya, anda digalakkan untuk membaca ebook Kerja Kerajaan iaitu "Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan".  Jika anda tidak tahu dimana untuk mendapatkannya, maka perlu meminta kepada sesiapa yang ada. Saya ada membeli ebook ini, dan sudah tentu saya dilarang untuk menjualnya atau mengubahsuai kandungannya. Namun anda boleh meminjamnya dari saya sebagai bahan rujukan penting untuk temuduga ini.

Sila emelkan :

Nama anda &
Alamat emel

Saya akan emelkan kepada anda untuk manfaat bersama. Jika rasa ragu anda boleh membelinya dipasaran. Sila layari http://kerja-kerajaan.com/

IKHLAS dari saya
SELAMAT MAJU JAYA!

32 ulasan:

azhar berkata...

salam
sape2 boleh bantu tak
saya dah pass pekse level 2
lepas ni kena interview ke sebelum masuk kolej penerbangan awam tu

Munir Kangsari berkata...

Azhar~yup, u got to attend SPA interview as a final cut before pursuing your study at MAVA.

Perhaps if you gave ur particular at Kak Mila, she will assuredly assist u with e-book Rahsia Lulus Temuduga Kerja-Kerajaan. In my opinion dig more info rather than relying into one source only.

Goodluck to all Air Traffic Controller Assistant (ATCA)candidate.

Tanpa Nama berkata...

salam..hye,su nk tnya bila ujian fizikal akan djlnkn?? i mean during the interview or b4 the interview sesion with SPA??

Munir Kangsari berkata...

Su~setahu saya hanya ada temuduga sahaja selepas ini. Never heard of Physical Test before? Never saw such matters being discussed at any forum.

Dari mana Su dengar tentang physical test ni?

Unknown berkata...

rasenye yg su maksudkan tu medical check up kot....yg tu takde ke munir?

Unknown berkata...

Azhar dah ada bisness dah....nasi lemak kukus ayam berempah....mmmm yummi...

Tanpa Nama berkata...

yeke??
msa munir pg 2nd intebiu tu diaorg ada tnya ttg berat n tggi tak??
mgkin nk kira BMI kot..su ari xsure..tpi medical test tu buat hari yg sma ms intebiu ke??so munir inteview kt png rite?? so mgkin kita akan intebiu kt dewan sri pinang kot..

Munir Kangsari berkata...

xder pulak diaorang tanya tentang tu. Alamak kantoi arr. Saya ni mmg overweight.

I thought interview d MPPP office at KOMTAR.

Unknown berkata...

munir bagi emel kat akak boleh?

Munir Kangsari berkata...

munirdqs@gmail.com

Unknown berkata...

nampaknye sume kawan2 bole amik emel munir ni ye......kita always kp in touch k.

Tanpa Nama berkata...

hi.my name is hani.sy pun br lulus exam level 3.xpenah pun sampai tahap ni lg.dis is my mail farudzah_hani@yahoo.com

Unknown berkata...

salam hani, plz email me with full name and email address...tq

Munir Kangsari berkata...

kalau nak tahu lebih lanjut tentang kerja ni akhbar UTUSAN semalam bahagian MEGA ada artikel tentang Traffic Controller. Mungkin sedikit sebanyak ianya dapat membantu.

Tanpa Nama berkata...

salam..
sy pn da pass 2nd interview aritu..
suspen gak nk face 3rd interview ni..
too much question running thru my head..
hahaha
(excited+nervous)
insyaAllah,ade rzki kte jmpe di 3rd interview,rakan2..

hera's my email : keryck_ronaldo@hotmail.com

to those who would like to share information,u all are well appreciated.thanks a lot for creating this forum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI EVERYONE..

tengku riayat shah berkata...

saya fadz
ni email saya fadz_n9@yahoo.com.my

Unknown berkata...

hi fadz, hani n ronaldo.... so u all sume boleh lah share lifo ye....

Tanpa Nama berkata...

yes mila.now saya memang sudah ada buz sendiri.dulul tepi jalan sekarang kat pasar malam.dah wat biz ni dah sthun.kalau dpt ATC nak turubkan biz ni kat adik

mila berkata...

wah azhar.....bagi lah alamat tempat jual nasi lemak kukus tu, saya nak carilah....

Tanpa Nama berkata...

salam..
ade sesiapa yg taw bler next interview akn dijalankn x?
lme dh tggu ni,ke da kna kick out?
huhu..
ade physical test? aiseh,kna prepare ni..


::keryck_ronaldo@hotmail.com::

Munir Kangsari berkata...

ada update dalam flylah.com bagitau yang En. Ismadi from SPA kata yang vacancy tu still ada dan akan dipanggil cuma tak tahu bila sebab interview tu kena buat seluruh Malaysia dan depa kena fix date betul2 takut clash ngan mana interview lain.

Unknown berkata...

munir, interview haritu mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

ye ker?
xsmpt nk check lg,will be..
ade mmbe ckp,once da dpt 1 offer dr SPA,permohonan yg lama akan dibatalkan..
btol ke?
so dat means,klu sy da dpt twrn ATCO ni,permohonan yg lama (pilihan2 jwtn yg lain) akan dibatalkan..
ptt ke sy apply balik yg baru?

::keryck_ronaldo@hotmail.com::

Unknown berkata...

keryck, permohonan spa tu boleh cek selalu online sama ada still available or not. If dah dibatalkan, just proceed with other application. but if its still available just continue the same...
Now tarikh interview still didn't get yet. so sabar eh...ada rezeki adala tu...

lollipop berkata...

Salam,

saya baru di panggil untuk duduk exam7/12/2013 nie, tapi belum ada idea soalan nanti yang macam mana. Boleh tolong bagi pendapat atau saranan?

Tanpa Nama berkata...

Salam kak mila.. bole sy dapat kan ebook "rahsia lulus temuduga kerajaan"... attached d name n email..
-Amie
-z.azmi89@gmail.com

Hi lollipop. .same goes to me la ade exam 7hb ni.. good luck!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hi lollipop. . Same la kita.. exam on 7hb ni..

admin berkata...

asalamualikum kak mila.. boleh x saya dapatkan buku rahsia lulus temuduga
nama : mohd al aqib kiffli
email: ricyne.bie@gmail.com

admin berkata...

asalamualikum kak mila.. boleh x saya dapatkan buku rahsia lulus temuduga
nama : mohd al aqib kiffli
email: ricyne.bie@gmail.com

saya x tahu apa nk belajar..saya baca pn pasal
1. http://www.mot.gov.my/Sectoral/Documents/Aviation/Akta%20Pengangkutan%20Melalui%20Udara%201974%20(akta%20148).pdf
2.http://aip.dca.gov.my/hENR.htm
3.http://www.ilmuterbang.com/index.php/artikel-mainmenu-29/teori-penerbangan-mainmenu-68/41-pengetahuan-umum-penerbangan/737-apa-artinya-asu-air-starter-unit
4.http://bandara.web.id/istilah-istilah-di-dunia-penerbangan-bagian-2.html
5.http://penerbanganbogor.wikifoundry.com/page/Pengetahuan+Dunia+Penerbangan

Unknown berkata...

Saya dh lulus exam 7hb hari tu...pas ni ada exam lg ke...bila tarikh ?......kat mn blh dpt ebook tu......

Unknown berkata...

Saya dh lulus exam 7hb hari tu...pas ni ada exam lg ke...bila tarikh ?......kat mn blh dpt ebook tu......

Unknown berkata...

Sy dh lulus exam 7 hb ri tu...pas ni ada exam lg ke.....bl date....mn nk dptkan ebook

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...