Ops sikap 20 telah selamat melabuhkan tirainya semalam. Seperti biasa media sejak malam tadi telah memaparkan berita tentang ulasan kadar kemalangan dan komen tentang kempen jalan raya yang telah berjalan sempena hari raya ini. namun seperti biasa, sikap pemandu tetap menjadi kesalahan utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya yang sentiasa meningkat. Ironinya kemalangan maut ini turut melibatkan pengguna jalan raya yang tidak berdosa malah menjadi mangsa dek kelalaian orang lain. Tapi persoalannya, benarkah jika hanya pemandu sahaja yang patut dipersalahkan jika keadaan sebegini berlaku?
"Sikap pemandu di malaysia merupakan faktor utama kemalangan jalan raya"
Saya berasa sangat sensitif dengan kenyataan ini, walhal kita tahu apakah sebenarnya yang membentuk sikap manusia?
Mengikut pemerhatian saya dan dari pembacaan, sikap manusia terbentuk dari genetik dan persekitaran (asuhan). Daripada faktor tersebut, persekitaran merupakan faktor terbesar dalam pembentukan sikap manusia. Persekitaran dalam konteks jalan raya adalah meliputi keluarga, undang-undang yang dikuatkuasakan, fizikal jalan raya, cuaca dan kesesakan trafik. Namun dalam semua pengaruh persekitaran ini, undang-undang merupakan satu faktor yang ditakuti dan paling mempengaruhi sikap seseorang di jalan raya.
Saya amat mengakui bahawa sikap buruk pemandu kebanyakannya menyebabkan kemalangan dan pelanggaran undang-undang jalan raya, tetapi ini bukan 100% dari faktor tersebut. Undang-undang merupakan perkara pokok yang boleh membentuk tabiat pemandu jala raya.
Seperti di sesetengah negara maju yang lain, pemasangan kamera merupakan perkara penting di setiap kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. Selain dari itu terdapat kamera di setiap lampu trafik dan sesetengah lebuh raya yang mempunyai kecenderungan memecut oleh pemandu-pemandu jalanraya. Namun yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya yang mana saman dikeluarkan bagi pemandu yang melanggar peraturan. Saman ini dikeluarkan dengan matlamat agar pemandu mematuhi undang-undang. Tetapi malangnya, pemandu tidak hirau langsung tentang saman yang dikeluarkan. Mereka hanya membayar saman tersebut dalam keadaan marah kerana mereka di saman dan langsung tidak wujud perasaan insaf dalam diri mereka. Walaupun begitu, saya pasti yang saman tersebut hanya dikeluarkan di tempat-tempat tertentu sahaja sedangkan ramai lagi pesalah lalu lintas di seluruh Malaysia ini. Berkesankan metodologi tersebut?
Sepanjang penelahan saya semasa memandu pulang ke kampung, masih ramai pemandu memandu dengan kurang sopan terutamanya memandu di laluan kecemasan semasa kesesakan lalulintas. Nampaknya ini tidak langsung mendatangkan kesan.
Jelas lah di sini, bahawa pihak berkuasa perlu meningkatkan lagi pemantauan di jalan raya sepanjang waktu puncak penggunaan. Jika tidak mempunyai kakitangan mencukupi, pemasangan kamera boleh dipertimbangkan. Proses pengeluaran saman juga perlu selaras kerana selain dari polis trafik, kita juga mempunyai JPJ. Namun sepanjang perayaan ini saya cuma nampak kakitangan polis trafik sahaja yang banyak di jalan raya. Kemana perginya pegawai JPJ?
Selain dari itu, saya melihat pemandu dari Singapura nampaknya juga memandu dengan laju di Malaysia dan tidak menghiraukan undang-undang di sini sedangkan mereka tidak berbuat begitu di republik mereka.
Maka fikir-fikirkanlah......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan