Khamis, 11 Mac 2010

Alamat Mati Husnul Khatimah (Keadaan Baik)

1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan

keluarnya peluh di dahi", (Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.)

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun

yang mati pada siang atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari

fitnah kubur."

4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

a. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
b. Diselamatkan dari seksa kubur.
c. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
d. Diperhiasi dengan iman.
e. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
f. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. (Riwayat oleh Termizi,

Ahmad dan Ibnu Majah)


6. Mati kerana melahirkan anak.

7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "Taun itu satu kematian syahid bagi setiap

mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menanggungnya) (Riwayat oleh Muslim)


8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, "Dan barang

siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". (Riwayat oleh Muslim)


9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.


10. Mati terbakar. (Riwayat Tabrani)


11. Mati dalam nifas. (Riwayat At Tabrani)


12. Mati kerana sakit Tibi. Sabda Rasulullullah, "Orang yang mati kerana

menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." (Riwayat Tabrani)


13. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang

luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau

kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati di tempat tidurnya (setelah

berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka

sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". (Riwayat Daud)


14. Mati mempertahankan harta. (Riwayat Bukhari)


15. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh

kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." (Riwayat

Abu Daud)


16. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.


17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang

dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

18. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka

haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:"
A. Mejaga sembahyang 5 waktu.
B. Banyak bersedekah.
C. Banyak membaca Al Quran.
D. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:
1. Meninggalkan dusta.
2. Meninggalkan sifat khianat.
3. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4. Menjaga Kencing.

Terima kasih pada Bjue Corner atas post ini....
http://www.gayahidup.dunyahalal.com/index.php?id=91&mnu=91

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...