Rabu, 30 Mei 2012

A 380 milik Malaysia akhirnya

Berita yang masih hangat lagi..... Pesawat A 380 telah mendarat di KLIA pada pukul 3.40 ptg tadi. Saya melihat pesawat itu terbang rendah sekitar Nilai da Sepang sebelum mendarat, mungkin bagi memberi peluang seluruh masyarakat sekitar melihat pesawat itu. KLIA dibanjiri staff MAS yang ingin melihat pesawat itu dengan lebih dekat. Sejak pagi tadi anak lelaki saya telah mengingat kan detik sejarah itu. Memang besar...besar sangat...pesawat ini diharapkan dapat menjadi kebanggaan seluruh staff MAS dan Malaysia amnya.... Gambar akan diupload kemudian...

Cendol Abang Leman Dawi

Nilah Abang Leman

Sapa pernah ke sana? rasanya ramai dah mencuba cendol Leman Dawi atau mungkin adalah pelanggan tetap di sana.

Apa yang menarik dengan cendol ni...rasanya sama malah bagi saya ada cendol yang lebih sedap dari tu kat Segamat  (nanti post pasal Segamat).

Tapi bukan rasanya yang saya bandingkan tapi nilai-nilai yang ada pada cendol Abang Leman Dawi tu. Setiap penambahan percuma. makanlah sampai kenyang. Air bali percuma...sambil minum cendol kita dihidang dengan pengisian pengetahuan semasa dan sejarah, geografi juga ada. Segalanya dilafazkan dari lidah Abang Leman tanpa tersekat-sekat. Kalau anda tak percaya, tengok pada kocek apron yang dipakainya. Dalam kocek tu tak silap saya ada 2 buku log kecil yang dia gunakan untuk menyimpan segala fakta tentang sejarah, sains teknologi, geografi dan tentang Malaysia.

Kalau kita mula mempersoalkan tentang apa yang dia katakan, dia akan membuka buku itu dan meminta kita bacakan sendiri. Terkejut saya, bahawa dia mengingati setiap perkataan dan tarikh penting dalam fakta ringkas itu. Dia hafal!!!



Mungkin malam-malam sebelum tidur, inilah kerjanya, membaca segala catatan atau ringkasan untuk dikongsikan dengan pengunjung gerai cendolnya nanti.

Dia ada bercerita bahawa ada sesetengah pihak yang menawarkan dirinya untuk menjadi penceramah atau seorang motivator. Tapi ditolaknya mentah-mentah kerana baginya, pelanggan mengenali cendolnya kerana dia berada di situ. Pelanggan nak mendengar celotehnya. Maka dia cintakan kerjanya itu walaupun dia bukan jutawan.

Jadi apakah yang kita boleh pelajari dari Abang Leman Dawi...kebahagian dan kekayaan itu sangat berbeza dari sudut pandangan manusia yang berbeza. Istilah kebahagiaan itu tak semestinya sangat kaya, atau sangat berjaya. Ia bergantung. Ada orang yang dilahirkan dan ditakdirkan hidup berjaya dan kaya atas usahanya dan puas dengan apa yang dicapai. Ada orang hidup sederhana tapi cukup untu keluarganya dan bahagia melihat anak-anaknya membesar dan tidak meminta-minta.

Bagi saya, itu lah Abang Leman Dawi. Dia seorang peniaga, yang bukan hanya mencari kekayaan. Dia tak kejar kebendaan, tapi kepuasan dan senyuman di wajah setiap pelanggannya adalah kepuasanya. Dia cintakan kerjayanya. Sebab itulah kita tak lihat cendol Leman Dawi itu di francaiskan. Dia boleh buat kalau dia mahu.

Satu lagi yang saya tertarik adalah toilet. Toilet Abang Leman, lain dari yang lain....siap ada muzik lagi...Dia memang buat macam tu atas sebab tertentu. Mungkin nak mewujudkan suasana harmoni dan ceria dalam tandas awam, yang bagi saya biasanya kotor dan mengerikan. tapi tidak di tandas Abang Leman.

Apapun semoga Abang Leman terus menghiburkan pelanggan dengan fakta yang berilmu. Semoga hidup Abagn Leman diberkati dan dirahmati...

Cuti-cuti di Taiping Perak 2012

Sepanjang jalan, ada banyak pasangan pengantin mengabadikan foto perkahwinan di sini....memang sgt cantik

Assalamualaikum...
Sekarang ni budak sekolah tengah cuti...jadi pada kebiasaannya kami sekeluarga akan meluangkan masa pergi bercuti...cuti-cuti Malaysia aje..

Lokasi seterusnya kali ini adalah Perak. Mulanya agak blur jugak dengan apa yang ada di negeri Perak...tapi selepas membuat beberapa observation. kami putuskan nak menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown Resort...Bukit Merah berdekatan dengan Taiping. Jadinya dalam satu masa kami dapat pergi kedua-dua tempat sekali.

Jujur saya katakan bahawa kawasan pantai barat memang jarang kami lawati berbanding pantai timur. Sampai nak naik highway pun kami kene tanya orang dan buat survey di internet. Tapi Alhamdulillah...sampai je...saja je suspen.

Bukit merah best dengan pemandangan yang indah tepi tasik..aktiviti kat sana tak banyak pun tapi sebab kedudukannya jauh dari bandar membuatkan saya rasa nyaman sangat. Anak-anak suka sebab dapat mandi kolam...jadi ikutkan kehendak dia jelah...berendam pagi ke petang pun dia tak kisah.

Lepas check out, kami bawa anak-anak tengok ecopark. Sebenarnya, tak pergi pun takpe...tapi alang-alang dah sampai tu, singgahlah. Nanti tak lah orang kata tak pernah pergi kan...hulur jelah duitnya...
Ada water pak kat sana, tapi kami baru je ke Tiara beach resort. Jadi tak apa lah kalau tak masuk. Pulau orang utan pun tak pegi...sebab air surut dan bot tak boleh ke sana...takpelah...Orang utan ada kat zoo.

Kampung air Bukit Merah

Zoo tertua di Malaysia....banyak binatang

Jeli kelapa, 3 Rm 10...sedap...sambil tunggu tram, makan ni le

Penjara pertama dibina

Destinasi seterusnya Taiping....
Taiping terkenal dengan jolokan Bandar Warisan. Memang banyak warisan kat sini.
1. Zoo Taiping, zoo pertama
2. Penjara Taiping, penjara pertama
3. Muzium Taiping, muzium pertama
4. Bangunan2 sekitar bandar, memang banyak bangunan lama. Tapi bagi saya tak secantik bangunan di Penang.
5. Taman tasik taiping, tempat yang paling nostalgic.
6. Mee udang mak teh...memang puas.
 Mee Udang yang sebenar...10 ekor udang dalam tu...

Selepas disantap

7. Kue Tiaw Doli, dua kali makan kat situ.
 Nasi ayam Doli untuk my baby...mmg sedap sangat

 Kue Tiaw Doli for me and hubby....awww

Kongsi-kongsi....sdap jugak

8. Popia basah pun sedap kat Larut Matang.
9. Bukit Larut....kalau tak bawa anak, rasanya saya naik bukit tu.

Taman Tasik Taiping dari atas Hotel Flemington dilatari Bukit Larut

Pohon-pohon rendang yang menghijau

My baby

Antara semua tempat2 ni, Taman Tasik Taiping adalah tempat jatuh cinta saya....Tak pernah melihat tasik secantik itu. Ala-ala kat Itally atau Perancis...Pokok-pokok dijaga rapi dan kebanyakannya sudah lebih seratus tahun usianya. Itulah yang menjadi daya penarik tasik ini. Kalau datang Taiping, bawa bekal banyak-banyak dan bentangkan tikar di atas rumput....pasti tak cukup sepinggan...sangat damai dan sejuk mata memandang.

Bandar Taiping tak besar...pusing-pusing kat situ je...tapi kalau tak pakai garmin, sesat juga asyik terpusing-pusing. Perkampungan sekitar boleh dikatakan masih jauh dari pembangunan. Kita boleh jumpa stesen minyak yang tak berjenama macam kat felda-felda. Tapi di sini benda tu biasa. Tak jumpa stesen Shell atau Petronas...walaupun Taiping duduk di dalam semenanjung bukan di pulau-pulau.

Stesen minyak kat sini rata2 macam ni lah

Kedai runcitnya masih macam kat kampung-kampung...ye lah kawasan kampung kot. Tapi saya tak jumpa lagi yang macam tu sekarang ni...Tapi yang paling best adalah makanan...memang Malaysia adalah syurga makanan...sangat menyelerakan...

 Limau madu yang memang manis...mmmmmm

Air Nira yang memang pure dari ladang...hehe dah nak abis baru sempat shoot

Masa saya pergi tu, musim buah limau ke? banyak jual limau madu. Limau tambun memang ada saja. Mangga jambu batu dan jambu air. Jadi berjamu buah-buahan je lah kami ni. Memang suka buah tempatan berbanding buah import.

Muzium tertua di Malaysia

Kesimpulan yang saya buat, terima kasih kepada majlis daerah Taiping kerana telah memelihara warisan ini untuk tontonan kami semua. Semoga segalanya dapat dikekalkan. Pada semua..jom cuti-cuti...





Khamis, 17 Mei 2012

KELLY CLARKSON - STRONGER LYRICS

KELLY CLARKSON - STRONGER LYRICS




About this lyrics
Originally known as "What Doesn't Kill You," is a song by American pop rock singer Kelly Clarkson. "Stronger" was written by Jorgen Elofsson, Ali Tamposi, David Gamson, Greg Kurstin and produced by Read more »
Kelly Clarkson
Stronger lyrics
Send "Stronger" Ringtone to your Cell
You know the bed feels warmer
Sleeping here alone
You know I dream in color
And do the things I want

You think you've got the best of me
Think you've had enough the last laugh
Bet you think that everything good is gone
Think you left me broken down
Think that I'd come running back
Baby, you don't know me, 'cause you're dead wrong

Chorus:
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes you fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over 'cause you're gone

Bridge:
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kelly_clarkson/stronger.html ]
You heard that I was starting over with someone new
They told you I was moving on, over you
You didn't think that I'd come back
I'd come back swinging
You tried to break me, but you see

Chorus:
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes you fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over 'cause you're gone

Bridge:
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

Thanks to you I got a new thing started
Thanks to you I'm not the broken-hearted
Thanks to you I'm finally thinking 'bout me
You know in the end the day you left is just my beginning
In the end

[Repeat chorus]
[Repeat bridge x2]

I'm not alone

Isnin, 14 Mei 2012

My wish list

Hari ni topik sangat santai...huhu...
asyik memikirkan perkara-perkara yang memberatkan kepala, apa kata hari ni kita berangan...

Salah ke berangan? Kalau tak suka, jangan baca tapi impian tu jadi nyata kerana adanya impian...
Jom tengok my wish list......

1. Saya nak the new ipad.... Wah itu sudah pasti....sangat kagum dengan gajet....ipad senang dibawa kesana sini dan luas mata memandang...tak lah sakit mata kalau nak melayari internet....ada gaya, mutu, keunggulan...

2. Saya nak Mac book air...awww ni adik beradik dgn ipad...nak melengkapkan gaya hidup apple...apa salahnye kan?

3. Saya nak melancong ke new zealand....nak sangat....nak tgk gunung-gunung di sana...sangat cantik dalam filem lord of the ring.

4. Saya nak kereta honda stream...besar sedikit untuk family. Tapi part yang paling saya suka adalah penjimatan petrolnya....

5. Saya nak tv led sony...paling terbaru bravia..untuk tontonan astro hd sudah pasti.

6. Saya nak shoping kat ikea dengan kredit card....nak beli semua yang saya nak dan mestilah ada orang yang akan bayarkan....

7. Last but not least...dah tentu sebentuk cincin diamond dgn sebiji batu...ni boleh kumpul duit sendiri ni....

Malu ke share wish list ni semua? Tak lah, ni antara impian....doakan agar jadi kenyataan ya!

Rabu, 9 Mei 2012

Mystery Case File


U all tau tak pasal game penyiasatan? Macam Mystery Case File....ada banyak siri...macam 13th skull, Ravenhearst, Madame fate....and so on. Tu antara yang saya pernah main...

Masa dulu, game ni hanya terhad sekadar mencari barang dan beberapa puzzle yang perlu diselesaikan tapi kini game ni dah advance....sampaikan rasa maca detective betul-betul pulak...


Kadang-kadang juga rasa buntu memikirkan apa yang dia nak suruk sangat...tapi bila case tu dapat diselesaikan, rasanya sangat puas walaupun tak dapat payment malah kene keluar duit lagi ada sebab nak main full version.

Dulu masa zaman kanak-kanak, dah biasa sangat dengan buku-buku penyiasatan jadi terbawa-bawa sampai jadi mak budak ni. Anak saya pun pelik kenapa ibu dia suka sangat main game cari barang ni.

Apapun, enjoy apa yang u buat. Nikmati hidup ini dengan apa yang kita ada disekeliling....dan bersyukur...semoga semuanya berpanjangan....

Ahad, 6 Mei 2012

Siapa usaha pasti berjaya

Selamat datang lagi!!!
Sekarang ni akak tengok ramai antara adik-adik tengah sibuk buat persediaan untuk peperiksaan atco dan asst atco...banyak emel yang akak terima dalam mailbox akak...ada yang sempat akak balas malah ada yang akak tak dapat nak reply....minta maaf sebab inbox akak memang banyak sangat emel yang masuk...hampir setiap minit adaje emel masuk...so yang akak dapat reply tu sharekan lah dengan rakan2 yang lain ye...
Ok macam ni, kalau tentang ebook tu, akak minta maaf sebab akak dah terhilangkannya...tapi guest what? Haritu masa akak pegi ke pesta buku di pwtc...ada satu publisher yang keluarkan buku2 yang sewaktu dengan nya. Tak silap akak PTS publications....so sape yang pegi tu mungkin ada perasan.
Apapun sebenarnya banyak tips tersebut akak ada kongsi dalam post akak sebelum ni...jadi adik-adik search dan baca k. Ada banyak lagi masa untuk study terutamanya bacalah tentang perkembangan industri penerbangan negara...baca juga tentang pengetahuan am Malaysia. Jangan lupa buat latihan tentang ujian iq. Masa pesta buku yng lepas juga, ada akak tengok satu buku tentang ujian iq. Ujian tu lah yang keluar...memang sebiji...so cari soalan tu eh.
Lagi satu ada satu blog dari kawan2 yang pernah komen di blog ni tentang soalan2 yang keluar dalam exam atco a41. Akak tabik kat adik tu boleh ingat soalan tu satu- satu....so cari eh.
Pendek kata....blog ni dah macam one stop center kepada semua persoalan yang u all cari tentang exam tu. Jadinya akak nasihatkan, cari dan bacalah....kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya dik.....
Tak cukup dengan tu, ada sorang candidate yang dulu macam u all jugak tapi dak berjaya memasuki skim tersebut di klia sekarang. Dia pun sudi berkongsi dengan adik- adik sume...dia pun ada komen di post-post akak....
So apa lagi....masa itu emas...yang akak harapkan, adik-adik semua terus berkongsi makumat di sini, dan jadikan semua rakan di sini sebagai rakan anda daam menenpuh kejayaan.
Akhir kata....good luck!

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...