Rabu, 30 Mei 2012

Cendol Abang Leman Dawi

Nilah Abang Leman

Sapa pernah ke sana? rasanya ramai dah mencuba cendol Leman Dawi atau mungkin adalah pelanggan tetap di sana.

Apa yang menarik dengan cendol ni...rasanya sama malah bagi saya ada cendol yang lebih sedap dari tu kat Segamat  (nanti post pasal Segamat).

Tapi bukan rasanya yang saya bandingkan tapi nilai-nilai yang ada pada cendol Abang Leman Dawi tu. Setiap penambahan percuma. makanlah sampai kenyang. Air bali percuma...sambil minum cendol kita dihidang dengan pengisian pengetahuan semasa dan sejarah, geografi juga ada. Segalanya dilafazkan dari lidah Abang Leman tanpa tersekat-sekat. Kalau anda tak percaya, tengok pada kocek apron yang dipakainya. Dalam kocek tu tak silap saya ada 2 buku log kecil yang dia gunakan untuk menyimpan segala fakta tentang sejarah, sains teknologi, geografi dan tentang Malaysia.

Kalau kita mula mempersoalkan tentang apa yang dia katakan, dia akan membuka buku itu dan meminta kita bacakan sendiri. Terkejut saya, bahawa dia mengingati setiap perkataan dan tarikh penting dalam fakta ringkas itu. Dia hafal!!!



Mungkin malam-malam sebelum tidur, inilah kerjanya, membaca segala catatan atau ringkasan untuk dikongsikan dengan pengunjung gerai cendolnya nanti.

Dia ada bercerita bahawa ada sesetengah pihak yang menawarkan dirinya untuk menjadi penceramah atau seorang motivator. Tapi ditolaknya mentah-mentah kerana baginya, pelanggan mengenali cendolnya kerana dia berada di situ. Pelanggan nak mendengar celotehnya. Maka dia cintakan kerjanya itu walaupun dia bukan jutawan.

Jadi apakah yang kita boleh pelajari dari Abang Leman Dawi...kebahagian dan kekayaan itu sangat berbeza dari sudut pandangan manusia yang berbeza. Istilah kebahagiaan itu tak semestinya sangat kaya, atau sangat berjaya. Ia bergantung. Ada orang yang dilahirkan dan ditakdirkan hidup berjaya dan kaya atas usahanya dan puas dengan apa yang dicapai. Ada orang hidup sederhana tapi cukup untu keluarganya dan bahagia melihat anak-anaknya membesar dan tidak meminta-minta.

Bagi saya, itu lah Abang Leman Dawi. Dia seorang peniaga, yang bukan hanya mencari kekayaan. Dia tak kejar kebendaan, tapi kepuasan dan senyuman di wajah setiap pelanggannya adalah kepuasanya. Dia cintakan kerjayanya. Sebab itulah kita tak lihat cendol Leman Dawi itu di francaiskan. Dia boleh buat kalau dia mahu.

Satu lagi yang saya tertarik adalah toilet. Toilet Abang Leman, lain dari yang lain....siap ada muzik lagi...Dia memang buat macam tu atas sebab tertentu. Mungkin nak mewujudkan suasana harmoni dan ceria dalam tandas awam, yang bagi saya biasanya kotor dan mengerikan. tapi tidak di tandas Abang Leman.

Apapun semoga Abang Leman terus menghiburkan pelanggan dengan fakta yang berilmu. Semoga hidup Abagn Leman diberkati dan dirahmati...

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...