Pada 14 Oktober hingga 17 Oktober 2008 yang lalu, saya telah menghadiri Kursus Kemahiran Pengendalian Telefon dan Khidmat Pelanggan di Hotel Heritage Station Kuala Lumpur. Kursus ini adalah meliputi tentang etika komunikasi dalam telefon dan khidmat pelanggan. Kami juga telah berkongsi cerita dan pendapat kami yang datang dari pelbagai bahagian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Selain dari ilmu dan kemahiran, saya juga memperolehi ramai kenalan baru dari seluruh semenanjung Malaysia. Sehingga kini, kami masih berhubung antara satu sama lain dan juga termasuk penceramah kami.
Tenaga penceramah adalah dari Syarikat Mindstream iaitu Pn. Haliza Mohamad, yang bagi saya adalah penceramah yang sangat berpengetahuan luas dalam bidang khidmat pelanggan. Beliau seorang yang bagi saya sangat aktif dan bijak mencuri perhatian peserta dengan ceramah yang sangat bertenaga dan berinfomasi. Saya benar-benar kagum dengan komitmen beliau dan berharap satu hari nanti akan diberi peluang untuk berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan