Laut luas lepas,
keluasannya hingga melenyapkan pandangan mata,
hingga ke kaki langit.
Laut tenang berombak kecil,
menjadi sahabat jiwa sepi,
sumber rezeki seisi dunia.
Laut ganas berombak besar,
mengundang bencana kesedihan insan.
Laut dalam,
jika seluruh isi bumi ini ditelangkupkan ke dalam laut,
nescaya akan lenyaplah ia.
Berserahlah kepada Yang Maha Esa,
Kerana laut adalah bukti kebesarannya.
me luv mila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan