Pagar backyard hilang! Minggu lepas semasa kami pulang ke segamat. sedih rasanye sebab rumah tu baru je jadi hak milik kami selepas berjaya membayar pinjaman rumah....Rasa tak selamat sebab rupanya kat taman kami ada pencuri!
Kami bercadang buat repot polis, sebelum tu segala maklumat mesti dikumpulkan. tanya jiran-jiran. Rupa-rupanya jiran sebelah nampak ada budak tarik pagar tu dari belakang rumah. Tapi dia tak sedar yang pagar tu pagar rumah saya. Dia pun cam budak itu yang tinggal di lorong belakang je. nama budak tu pun disebut juga. Dia juga menyatakan yang pagar tu dah dijual ke lori besi buruk dan budak tu pun mengaku telah mencuri pagar itu. Namun bila ditanya kenapa, budak tu lari dan langsung tak rasa bersalah dengan kelakuannya.
Saya bertekad buat laporan polis dan rabu lepas saya bertindak ke balai polis labu. Polis tu kata saya lambat buat repot. Tapi tak mengapa sebab report itu penting juga. Selesai buat report, polis dari IPD seremban datang ke rumah untuk melihat lokasi. Saya ditanya sekali lagi tentang report saya. Selesai disoal, mereka pulang dan berjanji agar laporan ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Malam itu polis datang lagi mengesahkan siasatan. Beliau juga bertanya kepada saya, siapa suspek saya. Dengan yakinnya saya memberitahu nama dan rumah budak itu dan polis bergegas ke sana. Dalam 20 minit selepas itu, saya dengar bunyi bising dibelakang rumah. Rupa-rupanye polis tadi datang bersama-sama 2 org budak sedang memasang pagar. Pagar tu belum dijual lagi. Ke pagar orang lain? Entahlah......yang pelik tu...tak ke mak bapak dia bertanya dari mana pagar tu datang? Tahu tak, budak berumur 11 tahun dan sorang lagi 9 tahun..... alahai kecik je budak tu.... polis tu suruh minta maaf dan berjanji tidak buat lagi. Sedih je tengok muka dia. Malah ibu bapanya pun tak nampak muka....macam mana lah agaknye perasaan diorang.
Sebenarnya memang rasa nak setle sendiri, tapi jiran2 menasihatkan agar buat repot sebab keluarga budak ni pun bermasalah. Budak2 apa lah yang dia tahu tentang hidup. Bagaimanalah mak bapak dia mendidik anak.
Ini adalah salah satu penyakit masyarakat yang sering berlaku sebenarnya. Mungkin lebih teruk dari ini tapi kita tidak tahu. Saya ucapkan terima kasih kepada polis, balai labu seremban atas tindakan yang sangat pantas tu. Saya sendiri tak menyangka yang aduan pagar hilang saya diambil tindakan sesegera itu. Sekali gus persepsi saya terhadap polis dah berubah.
Kesimpulanya walaupun ia adalah perkara yang agak remeh, tapi kita tetap perlu ambil kira bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku. Bagi saya, pagar yang hilang boleh saya beli, tapi jaminan keselamatan kami sekeluarga dan keluarga2 yang lain bagaimana? Mungkin hari ini pagar rumah hilang, jika selepas ini ada kes yang lebih buruk bagaimana? Ini adalah satu amaran bagi penjenayah2 yang berlegar-legar di taman kami. Jangan fikir kami tidak ambil tindakan.
Rasanya nak telefon pegawai polis tu untuk tanya perkembangan kes dan persepsi mereka kepada taman kami ni......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan