Awal tahun aku dah diuji...namun aku dapat menghadapinya dengan jaya. Tapi kalau ia masih belum selesai, aku sedia menghadapi..
Tahun ini mungkin satu lembaran baru bagiku terutama dalam bidang kerjaya. Mungkin juga satu rezeki atau peluang meningkatkan diri. Aku amat berharap agar dapat memikul segala tanggungjawab yang diberikan dengan tabah dan berjaya. Yang paling penting, aku tak akan sia-siakan kepercayaan yang orang berikan kepada aku...kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti.
Aku dah mencuba bisnes, dan pelbagai bisnes...tapi kejayaannya tak lah besar sangat...mungkin aku tak ada bakat berniaga.
Selepas ini, aku kene lebih berhati-hati memilih kawan dan orang yang aku percaya. Memang tak dinafikan dalam dunia ni, berbaga-bagai jenis manusia yang kita boleh jumpa. Baik dan jahat...semuanya...jadi berhati-hati lah ye.
Apa guna dendam dan dengki...Allah swt kan ada...dia mendengar doa orang yang teraniaya. Kalau kita menghianati orang lain pun, bukanlah hidup kita selamat sangat.
Kepada kawan-kawan sekelian, selamat menempuhi cabaran dunia dan kerjaya. Semoga kita akan mendapat kejayaan dari hasil penat lelah sekarang ini. Adios!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan