Apa Itu 5S ?
Merupakan salah satu sistem bagi menguruskan tempat kerja supaya teratur dan tersusun dengan rapi mahupun turutan bagi mencapai maklamat yang diperlukan bagi memudahkan kerja :-
a) mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang
b) meningkatkan kualiti kerja dan prestasi organisasi
5S diasaskan oleh orang Jepun iaitu, seiri, seiton,seiso,seiketsu,shitsuke.
Elemen 5S ?
1) Sisih
2) Susun
3) Sapu
4) Seragam
5) Sentiasa Amal
1) Sisih
Menyenaraikan fail-fail yang perlu dan tidak perlu di tempat kerja. Asingkan dan buang fail atau kertas yang tidak perlu. Seterusnya kumpulkan fail-fail dan dokumen yang perlu.
2) Susun
Susun fail-fail yang diperlukan dalam penyusunan yang baik supaya mudah diambil apabila diperlukan. Letakkan nombor atau warna yang berbeza agar ia mudah dikesan. Disamping itu, pastikan semua fail ada tempat simpanannya dan semua fail mesti berada pada tempatnya. Ini adalah untuk memastikan sistem ini konsisten untuk di praktikkan.
3) Sapu
Bersihkan tempat simpanan fail dengan sempurna di mana tidak ada habuk diatas lantai, almari dan juga kabinet fail.
4) Seragam
Mengekalkan standad yang tinggi dan konsisten bagi penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat simpanan fail pada setiap masa.
5) Sentiasa Amal
Melatih pekerja untuk mematuhi dan berdisplin dalam penjagaan kebersihan secara persendirian (autonomous) sebagai budaya. Selain iti fail yang telah digunakan mesti diletak di tempat asalnya.
Khamis, 27 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan