Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazahab syafie telah mengahramkan dan membid'ahkan perbuatan atau amalan yang menjai tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Sebagaimana fatwanya :
"Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan".
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar yg berpegang kepada mazhab syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yg datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli simati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
"Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga menyenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah".
Fatwa Imam Syafie di atas adalah berdasarkan hadis sahih;
"Abdullah bin Ja'afar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja'afar, Nabi saw bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'afar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)".
dihasankan oleh at-turmizi dan di sahihkan oleh al-hakim Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yg miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram.
"Imam Syafie berkata lagi:
Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid'ah".
Imam Syafie berfatwa:
"Diantara bid'ah yg mungkar ialah kebiasaan orang yg melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari ke 40 padahal semua ini adalah haram".
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat iislam sekarang adalah perbuatan haram dan bid'ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu mereka yg mendakwa bermazhab syafie sewajarnya mebghentikan perbuatan yang haram dan bid'ah ini sbg mematuhi wasiat imam yg agung ini.
Seterusnya mufti yang bermazhab syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid'ah dan mengharamkan kenduri arwah:
"Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid'ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghauskan) bid'ah, membuka banyak pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid'ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram".
Kenduri arwah atau lebih dikenali sbg majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul. Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid'ahkan oleh Imam Syafie rahimatullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
"Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga simati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar".
Di nukilkan ketegasan Imam ar-Ramli rahimatullah yang mana beliau berkata :
"Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli : Antara perbuatan bid'ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab "Ar-Raudah" iaitu mengerjakan amalan yang disebut "kaffarah" secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si mati sebelum atau sesedah kematian, termasuklah (bid'ah yang mungkar) menyembelihan untuk si mati, malah yang demikian itu adalh haram terutama jika sekiranya dari harta yg masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas)atau seumpamanya".
"Termasuk bid'ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumul untuk takziah".
Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yg ditujukan kepada arwah si mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (pembuat atau aktivis bid'ah) sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkan oleh pengamalnya ttg haram dan tegahan dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yg bermazhab syafie.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan