Sabtu, 17 Oktober 2009

Club Blog-Blog Bicara Sempoi



Sejak beberapa hari ini nampaknya blog ni sunyi sikit. Mungkin semua sibuk dengan urusan dan agenda masing-masing. maklumlah, menjelang hujung tahung ini, banyak perkara yang perlu dikejar sebelum tamatnya tahun 2009. Sedar atau tidak kita sebenarnya telah sampai ke semester terakhir bagi tahun 2009. Adakah segala matlamat dan azam 2009 telah dapat kita lengkapkan?
Petang ini bila saya "update" blog saya, saya terlihat “chatbox” saya tertulis jemputan ke Club Blog-Blog Bicara Sempoi. Terima kasih kepada admin blog ni sebab telah singgah ke blog dan add blog saya ke senarai blog-blog pilihan. Seperti biasa saya pun ke blog tersebut untuk meninjau siapakah pemilik  blog ini. Rupa-rupanya blog ini menghimpunkan semua blog-blog pilihan untuk disenaraikan. Terdetik juga dalam hati saya tentang tujuan Club Blog-blog Bicara Sempoi ini diterbitkan. Saya puji langkah admin blog yang sangat kreatif dalam mempromosi blognya dengan mempromosikan blog lain dahulu..... saya rasa ini adalah satu idea yang sangat menarik.
Begitu banyak blog yang saya baca selama ini, banyak kisah dan hasil nukilan yang berbagai-bagai. Sesetengah blog berjaya mempamerkan tarikan sehingga ramai yang menyertai blog atau melawat untuk membaca kandungan blog. Saya yakin, dalam minat kita menulis blog untuk kepuasan sendiri, sudah pasti jauh disudut hati kita adalah ingin memberi peluang kepada diri kita untuk menonjolkan kelebihan diri dan personaliti. Cuma cara kita menarik pembaca ke blog sahaja yang berbeza. Bagi saya, setelah saya menemui blog ini, saya yakin bahawa, "bagi memastikan diri kita dihargai, kita mesti menghargai orang lain terlebih dahulu..." Jadi inilah yang saya belajar dari Club Blog-blog Bicara Sempoi.
Sebenarnya selain dari promosi, blog Club Blog-Blog Bicara Sempoi ini juga telah banyak menghubungkan silaturrahim antara para bloggers. Walaupun kita hanya berhubung di dunia maya, namun bagi saya ia tetap istimewa seperti dunia nyata, Cuma sentuhan persahabatan itu agak berbeza kerana kita lebih mengenali seseorang melalui ilham atau idea dan bukannya rupa paras fizikal semata-mata. Saya suka keadaan ini yang mana, bagi saya hanya para bloggers sahaja yang dapat memahami kepuasan sebenar ini.
Saya amat menghargai pengajaran yang telah diilhamkan dari blog ini. Terima Kasih dan syabas kerana telah mengetengahkan idea yang luar biasa dan baru bagi semua yang terlibat dalam arena blog ini. Harapan saya semoga akan lahir lebih banyak idea baru dan inspirasi berguna dari semua penulis blog. Walaupun kewujudan kita ini tidak mendatangkan perubahan yang besar, namun sifat konsisten dan positif, lama- kelamaan kita dihargai jua.
Salam bloggers....

 




1 ulasan:

Unknown berkata...

lihat blog CCT di senarai BBS. kindly plz klik hear......
http://blog-blog-bicara-sempoi.blogspot.com/2009/10/senarai-review-dari-blog-blog-bicara.html

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...