Emosi adalah suatu bentuk daya kognitif yang terbentuk dan berkembang secara peringkat demi peringkat semenjak awal kelahiran. Perkembangan ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara 2 peringkat; iaitu peringkat emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran.
Fasa pertama peringkat Emosi Idea
Peringkat ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi di bawah sedar. Melalui konteks ini, seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.
Fasa kedua Emosi Pemikiran
Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak.
Pada peringkat awal kanak-kanak, berkebolehan di dalam memahami emosi. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan, penolakan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan seterusnya dorongan.
FAKTOR PERSEKITARAN UMUM YANG MERANGSANG EMOSI
Model Ekologi Bronfenbrenner mengklasifikasikan peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu kepada 5 peringkat berikut:
Mikrosistem: Merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang sering berlaku di pusat asuhan taska, tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Mereka juga turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakatnya berinteraksi di antara dua individu yang berlainan di dalam satu kelompom yang sama.
Mesosistem: Terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner berpendapat bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat apabila adanya sokongan dan kestabilan mikrosistem.
Eksosistem: Ini amat berbeza dengan apa yang berlaku pada peringkat seterusnya iaitu eksosistem. Faktor ini merupakan konteks di mana kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
Makrosistem: Ia adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung di dalam mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada diri mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usaha dan capai akhirnya. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri.
Kronosistem: Merupakan peringkat yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Contoh: Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya.
Secara kesimpulannya, perkembangan emosi seseorang kanak-kanak yang melalui peringkat pertumbuhan fizikal yang merangkumi faktor persekitaran yang positif boleh meransang perkembangan emosi yang stabil dan baik.
Sumber:http://www.anakku.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan