"Perkenalkan Diri Anda.."
Wah, kacangnya soalan....
Ya.memang amat mudah soalannya...
Tapi, adakah anda mudah menjawabnya...ok, mari kita baca di bawah
ini:
Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal
anda. Soalan / arahan pertama adalah “sila perkenalkan diri
anda” ataupun “please introduce yourself”.
Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan
tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh
panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan
”kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan
perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak
berkenalan sangat dengannya.
Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan
perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari
oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari
semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda,
TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.
Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah
markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.
Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab
soalan ini adalah:
1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan
sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya:)
2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya
dengan pekerjaan yang anda mohon..Jangan sekadar teori saja.
3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda
langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa...
Sekian saja dari saya....
Dalam topik berikutnya, saya akan bincangkan mengenai calon simpanan
memandangkan banyak persoalan mengenainya....TUNGGU..dalam masa terdekat..
Ikhlas
JaMaL
Admin kerja-kerajaan.com
P/S: Ingin ikuti tips - tips temuduga yang lepas?
lawati blog ini www.kerja-kerajaan.com/blog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
2 ulasan:
boleh juga lawati blog ni utk share dgn munir (one of candidate) http://aashique83.blogspot.com/2009/10/atca-wannabesoalan-ramalan.html
salam, nak tanya, macam mana nak nyatakan kesusahan tu? dalam gaya yang boleh buat orang ada rasa belas kat kita?
Catat Ulasan