Pada 6 Disember 2009 yang lepas, keluarga saya melangsungkan majlis walimatulurus bagi adik saya yang bongsu. Minta maaf lah kerana tak menjemput rakan-rakan kerana sebab jarak dan masa yang tak mengizinkan. Bagi saya, yang paling penting adalah majlis tersebut berjalan lancar dan meriah.
Ini merupakan majlis walimah terakhir kami. Jadi rasanya memang mak dan ayah nak buat yang terbaik dan paling meriah. Jemputan agak ramai dan persiapan memang banyak. Buahtangan untuk tetamu adalah sebuah bakul anyaman dari kertas. Nampak eksklusif....
Semasa majlis bersanding, biasanya pengantin lelaki akan ditahan semasa memasuki ruang rumah pengantin perempuan. Jika pengantin lelaki tidak memberi "duit tol" maka pengantin tidak akan dibenar masuk. Biasanya penganti akan diberi tahu supaya bersedia. Biasanya tidak lah banyak yang diminta, paling-paling pun seringgit seorang. kadang-kadang sampai tiga kali tol. Tapi ini bukanlah bertujuan untuk menganiaya pengantin tetapi hanya untuk suka-suka dan untuk melengahkan penganti lelaki masuk kerumah.
Pernah saya dengar ada orang luar yang kurang setuju dengan adat ini kerana baginya membebankan dan menyusahkan pengantin. Tetapi bagi saya, ia adalah normal kerana kami bukanlah berniat hendak membebankan pengantin. Cuma proses perkahwinan merupakan satu proses yang panjang dan tidak perlu dilaksanakan dengan tergesa-gesa. Malah biasanya, majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup, apa salahnya jika bersusah payah. Lagi pun selepas berkahwin nanti, lebih banyak perkara yang perlu dialami oleh suami isteri yang menguji kesabaran dan keimanan. Apalah setakat dugaan yang kami beri sedikit ini.
Pendek kata, selagi adat tersebut tidak mendatangkan kemudaratan yang besar, maka saya rasa ia boleh diteruskan. Bagi saya setiap adat yang dicipta oleh orang-orang tua zaman dahulu itu ada kebaikan yang terselindung disebaliknya yang hanya mereka yang kritis sahaja boleh memahaminya. Apa yang penting, bila kita memasuki tempat orang, tanyalah serba sedikit tentang adat mereka dan jangan main redah aje.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan