Isu yang hangat diperkatakan sekarang selain dari isu politik dan agama, isu Kursus Birotata Negara juga semakin diperkatakan. Pada asalnya kerajaan Negeri Selangor melarang pegawai-pegawainya menyertai kursus ini kerana disifatkan kursus ini memupuk semangat perkauman dan tidak sesuai dengan negara berbilang kaum di Malaysia.
Saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang pernah menyertai kursus ini. Sebelum menyertai kursus ini, memang tidak dinafikan yang saya begitu taboo dengan BTN. Saya bukanlah seorang yang pro kerajaan seratus peratus. Banyak perkara yang saya tidak puas hati dengan kerajaan. Bimbang juga nanti takut di basuh habis-habisan oleh jurulatih BTN. Namun setelah menghadiri BTN saya rasa ini satu kelainan dan kursus ini membuatkan saya sedar diri dan memupuk semangat cintakan tanah air.
Selama ini saya belajar sejarah, tetapi saya akui sebenarnya saya hanya menghafal fakta dan langsung tidak dapat mengaitkannya dengan kehidupan saya sekarang. Saya akui, sebelum saya menyertai kursus BTN saya tak dapat menghayati erti kemerdekaan dari segi roh. Saya rasa itu adalah perayaan biasa sebagai mengingati tarikh tersebut. Tetapi selepas menghadiri kursus ini, baru saya tahu betapa pentingnya tanah air.
Tanpa tanah air yang aman sentosa, tak mungkin kita dapat beribadah, mencari rezeki dan hidup dengan aman. Lihat sahaja Palestin yang dirampas wilayahnya oleh Israel. Tanpa tanah air, bagaimana hendak menegakkan agama. Lihatlah contoh terbaik Rasulullah SAW yang membina madinah sebagai pusat untuk menyebarkan Islam. Semasa di Mekah hanya sedikit sahaja umat yang memeluk Islam, tetapi selepas berhijrah ke kota Madinah, islam terus ditegakkan dan berkembang hingga ke seluruh dunia. Di sini buktinya betapa pentingnya menegakkan negara untuk semua bertapak di atasnya.
Setelah menyertai kursus BTN, saya mula meminati sejarah. Saya mula membaca buku-buku sejarah dan menyukai sejarah. Saya tak pasti adakah saya seorang sahaja yang ketinggalan tentang ini atau ramai lagi diluar sana yang turut sama mengalami situasi yang sama.
Dalam kursus BTN, kami tidak dipupuk dengan rasa benci pada kaum lain. Kami juga tidak dieuruh untuk berbalah antara satu sama lain. Tetapi kami diajarkan supaya adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan saksama. Kami juga dibenarkan menyuarakan pendapat sendiri. Tiada sesiapa yang marah. segalanya diletakkan atas bahu kami semua untuk menilai. Cuma saya masih ingat lagi kata fasilitator saya agar kami semua menggunakan hak mangundi dengan sebaik-baiknya. Semua orang mesti mengundi untu menentukan kerajaan. Pilih lah kerajaan yang benar berada dilandasan memperjuangkan rakyat. Dan kerajaan itu, langsung tidak di maklumkan atau dispesifik kan kepada sesiapa. terpulanglah kepada anda untuk menilai.
Kursus ini juga bukan untuk bermewah-mewah. Kursus ini mendidik kita untuk bersederhana dengan semua hal kerana ingatlah, jika kita tiba-tiba ditimpa kesusahan seperti gempa bumi atau bencana besar, tiada lagi tempat yang selesa untuk kita. Semuanya mesti dilakukan sendiri dan mesti dikongsi. Begitulah seperti dalam kursus BTN ini yang mana, kami makan bersama, dan cuci pinggan bersama. Bilik air kami kongsi bersama. Mandi juga kadang kala bersama. Malah pakaian kami juga semuanya sama.
Kesimpulanya, saya amat menyokong kursus ini dikembangkan kepada semua malah di sektor swasta sekalipun. Namun silibus dan pendekatan mestilah sesuai dengan sasaran. Jika kursus ini dimansuhkan keseluruhannya, saya bimbang, akan hilang semangat nasionalisme dan sifat bersatu padu dikalangan rakyat.
http://citracintaterindah.blogspot.com/2008/11/kem-bina-negara-maran-pahang.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan