Khamis, 22 April 2010

ADAKAH ANDA MEMANG DILAHIRKAN UNTUK HIDUP "POKAI"?

Ini adalah newsletter Dr. Azizan, mentor kekayaan dan kejayaan. InsyaAllah ada banyak lagi newsletter mcm ni dan saya nak kongsikan dengan anda. Tapi sebenarnya saya nak kumpul semua untuk remind and reprogramme....


Oleh Dr.Azizan Osman (www.drazizan.com)

Apa khabar mila ?

Semoga mila sentiasa sihat diberkati Allah swt. dan dipermudahkan segala urusan. Diberi kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan dari yang Maha Kuasa.

"Adakah saya dilahirkan untuk hidup "pokai"?" Itulah soalan yang saya pernah tanya kepada diri saya suatu masa dulu. "Adakah saya memang seorang yang ditakdirkan gagal dan gagal lagi di dalam apa sahaja yang saya lakukan?", soalan lain yang biasanya menyusul selepas soalan pertama. Kadang-kadang duit ada tapi akan ada sahaja situasi penyebab duit itu "pergi", walaupun puas saya menyanyikan lagu "Jangan Kau Pergi". Saya juga pernah mengalami keadaan yang banyak sangat orang yang datang approach untuk buat macam-macam jenis bisnes sehingga saya tidak tahu mana satu saya perlu follow.

Dulu, apabila saya menghadapi "malang" atas "malang", budak kecil dalam diri saya selalu mula membisikkan kata-kata negatif atau "berniat jahat" yang pernah saya dengar daripada orang lain.Kadang-kadang juga, saya pernah terfikir, adakah memang sengaja Tuhan menjadikan 2 kumpulan iaitu "mereka" yang kaya dan aku yang "broke", tak ada duit, kalau ada pun selalu "bocor", selalu tersilap langkah memilih pelaburan atau perniagaan dan aku memang ditakdirkan ditipu.

Tetapi, itu dulu.... Masa polis pakai seluar pendek dulu, tapi sekarang segala-galanya telah berubah. Setelah berpuluh tahun hidup tanpa mengetahui dengan jelas apakah kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat sebenar diri saya. Then saya telah mendapat formula mudah tentang kajian analisa diri manusia yang menggunakan "human sciense behaviour" menggunakan correlation theory yang berkaitan dengan kajian tarikh lahir seseorang. Tidak ada "kuasa" pada tarikh lahir seseorang melainkan hanya sebagai indicator untuk lebih mudah saya mengimbangi karektor dan watak diri saya.

Hidup saya mula berubah. Saya mula tahu serta yakin yang semua orang mempunyai peluang untuk membina kejayaan serta kekayaan sekiranya mereka mempunyai ilmu tentang kejayaan sebagaimana yang diketahui oleh orang yang telah berjaya serta mempunyai mentor yang telah terbukti berjaya serta sistem yang boleh diikuti dengan mudah.

Orang yang berjaya akan membina karektor untuk berjaya. Itulah prinsip asasnya. Apabila saya mempelajari kajian NLP (Neuro-Linguistik Program) yang mengkaji secara sainstifik mengenai pattern atau corak serta cara berfikir, emosi serta tingkah-laku dan tindakan orang yang berjaya dibandingkan orang yang gagal, ianya telah menjadi "turbo" kepada kejayaan saya hari ini di dalam perniagaan saya. Saya mempunyai empayar perniagaan yang terlibat di dalam industri pengiklanan, syarikat perunding pemasaran strategik, syarikat percetakan, syarikat pengurusan acara serta syarikat yang terlibat dengan pelaburan hartanah dan emas.

Saya merupakan perunding motivasi dan potensi diri serta jurulatih kejayaan untuk beberapa organisasi dan syarikat korporat di Malaysia untuk beberapa tahun ini. Tetapi disebabkan minat saya serta hobi saya adalah untuk menyumbang kepada ramai di luar sana yang ramai "seperti saya" dulu, hidup tanpa matlamat yang jelas, selalu ditipu, selalu "melanggar dinding", selalu buat keputusan yang salah, selalu "duit bocor" dan macam-macam lagi tekanan, maka saya amat komited di dalam mengadakan "public program" untuk membantu anda untuk meningkatkan nilai serta kualiti hidup anda serta keluarga anda.

Ramai orang yang ingin berjaya dalam hidup tetapi "end-up" tetapi tidak mempunyai ilmu, mentor atau sistem yang betul.

Ramai orang yang selagi dia belum mempunyai ilmu, mentor atau sistem di dalam mengatur langkah hidupnya, perniagaannya atau kerjayanya, maka dia end-up selalu ditipu, "melanggar dinding" serta kebocoran wang.

Ramai yang ingin bahagia, sihat, kaya, berjaya serta mendapatkan keberkatan dariNya tetapi belum jumpa caranya.

Pernahkah anda belajar dengan bermentor mengkaji atau menganalisa tentang kekuatan, kelemahan, potensi serta bakat diri anda sebenarnya?

Sekiranya belum, anda hampir terlambat! Kerana 2 program terakhir Seminar Kenali Potensi Diri yang diasaskan oleh saya akan berlangsung untuk kali terakhirnya di Hotel Emperor, Melaka pada hari Sabtu (24/4) serta di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Ahad (25/4).

Tidak kisahlah berapa pun umur anda, anda perlu mengenal apakah rahsia kejayaan atau kekayaan yang mungkin ada pada diri anda yang sebenarnya anda tidak perasan atau tidak tahu bukan? Saya telah membantu lebih 33,000 orang peserta membongkar potensi diri mereka secara "live" sepanjang 6 bulan ini.  Ramai yang telah meningkatkan kualiti hidup, kerjaya, perniagaan serta memperbaiki hubungan antara suami/isteri serta lebih bijak berkomunikasi dengan anak-anak serta lebih hebat di pejabat setelah mereka menyertai program 1-hari bersama saya ini.

Yuran kursus adalah RM495 tetapi sempena program Revolusi 2010 ini, yuran tersebut adalah PERCUMA. Anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50/tiket.

Pendaftaran akan ditutup pada bila-bila masa sahaja lagi, anda dicadangan untuk bertindak sekarang dengan menghubungi 019/013-2442244 atau 019-2442400 atau 03-55191260 - Richworks Resources untuk pertanyaan atau pendaftaran.

"Tak Kenal Maka Tak Kaya!"

"Orang yang gagal akan mencari alasan untuk tidak bertindak pantas dan akhirnya mereka terus gagal, sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu kenalpasti apakah alasan orang gagal dan JANGAN BUAT!"

Jumpa saya untuk "Unlock Your Potential" diri anda.


Dr.Azizan Osman
Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan
www.skpd2010.com

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...