Semoga anda serta keluarga sentiasa diberi kerahmatan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan oleh yang Maha Esa di dalam apa sahaja yang anda lakukan Insya-Allah.
Masa berlalu dengan pantas dan kita bakal menghampiri pertengahan tahun 2010. Pejam celik pejam celik umur kita semakin meningkat dan kita sentiasa berlumba dengan masa sehinggalah tidak tahu bila sampai “time” kita.
Banyak peringatan yang kita selalu dengar sebenarnya tentang betapa pentingnya menghargai setiap masa yang kita ada. Samada dari Al-Qur’an atau Hadith. Mungkin anda pernah maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan.
Bercerita tentang kebaikan ini, besar skopnya. Ramai orang ingat “kebaikan” hanya datang dengan duduk di atas tikar sejadah 24 jam sehari, 7 hari 7 malam. Ada orang ingat kebaikan itu hanyalah bila seseorang itu bercakap dengan pakai kopiah dan serban tinggi, mesti ada janggut ala-ala sampai ke pusat, barulah dikira “kebaikan”, ada orang pula cakap, kebaikan itu ialah bila yang bercakap itu mesti ada “title” “Ustaz” kat depan nama dia sedangkan ramai yang tidak tahu sebenarnya perkataan “Ustaz” bagi orang Arab adalah bermaksud “Encik” di Malaysia, tapi tanggapan umum orang Melayu adalah “Ustaz” tu macam bila dia bercakap Melayu ada slang bunyi cakap kalami Arabi (Macam bunyi-bunyi arab), ada bunyi-bunyi ayat Al-Quran dan Hadith 2 tiga patah dan tiba-tiba orang itu jadi lebih alim dari orang lain.
Janji Tuhan, “Buat baik dibalas dengan baik!”. Maksudnya bila kita buat sesuatu perkara yang positif dengan pemikiran, perasaan serta tindakan yang positif, maka Insya-Allah, lebih banyak perkara yang positif yang akan datang kembali kepada kita.
Bukankah Tuhan itu mengikut sangkaan hambaNya? Itu salah satu hadith yang saya pernah dengar disampaikan oleh seorang “Ustaz” di sebuah masjid di Kg. Lapan Melaka kampung mak saya. Maknanya, sekiranya kita bersangkaan baik, maka Insya-Allah sangkaan yang baik itu akan mendatangkan hasil yang baik, begitulah sebaliknya. Bukankah itu namanya “Law of Attraction” dalam Bahasa Inggeris? Bermakna apa yang ramai pakar motivasi barat cuba sampaikan kepada kita adalah apa yang telah lama wujud dan ada di dalam Islam tetapi ramai daripada kita yang tidak perasan dan tidak mengkaji. Saya tidak mengagungkan barat, cuma saya agak kecewa dengan sikap mereka yang sangat “Plastik” dan hipokrit. Ramai orang yang tidak mengkaji dan berfikir tentang kejadian Tuhan serta menghidupkan tamadun ilmu seperti zaman ilmuan Islam dulu dan hanya pandai menyelar itu tidak betul, ini tidak betul. Masalahnya ramai yang tidak menunjukkan pula apa yang betul?
Bila bunyi Bahasa Inggeris sahaja, ada setengah “Ustaz” akan nasihat yang itu khurafat atau tidak Islamik tanpa ambil satu step ke hadapan dengan memahami terlebih dahulu apa mesej yang ingin disampaikan. Sedangkan “Ustaz” itu juga cuba menyampaikan mesej yang sama tetapi di dalam Bahasa Malaysia. Then, tiba-tiba keluarlah ayat “Law of Attraction” versi Islamik. Kalau tidak, nanti tidak menarik bunyinya, tidak Islamik. Nak Islamik perlu ada bunyi ala-ala arab. Baru Islamik. Nak Islamik perlu disampaikan oleh “Ustaz” yang bercakap ada bunyi arab sikit. Bila bunyi bercakap macam ada arab sikit, then “Ustaz” lah tu.
Jangan salah faham. Saya tidak ada masalah dengan mana-mana ustaz. Saya rasa ramai ustaz yang menyambung warisan nabi dan para sahabat dengan menyampaikan tentang ilmu, Islam, iman dan amal. Malah saya memperjuangkan “ilmu hidup” serta “ilmu mati” sepertimana yang disampaikan oleh arwah guru mursyid saya yang menekankan tentang menghidupkan hidup serta mengenal intipati diri serta kehebatan Tuhan dan kemuliaan Rasulullah saw. Tetapi zaman hari ini, ramai yang buang masa hanya “bercakap” tentang kebaikan serta menjadi positif. Tetapi tidak ramai yang mengajak orang secara agresif untuk berfikir, berperasaan, bertindak dengan kebaikan serta sentiasa menjadi seorang yang positif. Anda tidak perlu menunggu menjadi “ustaz” untuk membuat kebaikan. Tidak perlu tunggu anda pakai jubah, ada janggut panjang, ada serban. Pakai tudung labuh dan jilbab. Tidak perlu tunggu. Anda t idak perlu tunggu sesiapa pun datang untuk merubah kehidupan anda kerana anda boleh mulakan sekarang, anda boleh mulakan membuat kebaikan sekarang dengan berfikir, berperasaan, bertindak secara POSITIF kepada diri anda, ibu-bapa anda, keluarga anda, bos anda, kawan-kawan anda, jiran anda serta sesiapa sahaja di sekeliling anda samada yang anda kenal atau tidak. Bukankah itu asas kepada Islam yang bermaksud “selamat”. Semua orang boleh buat kebaikan. Dan program saya adalah satu cara untuk saya membantu anda menunjukkan jalan atau cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hebat dengan memahami langkah-langkah kejayaan yang telah dilakukan oleh orang yang lain yang telah berjaya hanya dengan konsep positif tersebut. Anda mengenali apa yang positif tentang diri anda serta apa yang negatif tentang diri anda, barulah lebh mudah untuk anda buat perubahan bukan?
Cuba perhatikan sedutan lirik lagu “Pandangan Hati” ini yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri kalau tidak silap saya:-
Pandangan mata selalu menipu.
Pandangan akal selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.
Program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi Diri 2010” saya telah habis. Kepada anda yang telah melaluinya tahniah diucapkan. Kepada anda yang bakal menemui saya di dalam program 2-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan pada hari sabtu (1/5) & ahad (2/5) ini di Dewan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Percayalah, perubahan dan revolusi kehidupan anda daripada kesusahan, kesempitan, kegagalan, kebuntuan, tekanan dan sentiasa tidak bahagia semuanya akan berakhir dan berubah kepada kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, ketenangan Insya-Allah selepas program 2-hari bersama saya nanti sebagaimana beribu-ribu peserta saya yang lain.
Semoga kita semua selamat (Islam) di dunia dan di akhirat.
Dr.Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan