Jumaat, 20 Februari 2009
Better Spoken English Course
Semua peserta menamatkan kursus dengan jayanya
Khusyuk dan fokus semasa sesi ceramah
Ini kumpulan Cheese Cake
Pada 16 hingga 20 Februari 2009, Bahagian Pembangunan Manusia dan Latihan,KPTM telah menganjurkan sebuah lagi siri kursus Better Spoken English. Penceramah yang dijemput adalah Pn. Azarina Binti Abu Kassim. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam Bahasa Inggeris dan kini bertugas sebagai penceramah bebas melalui Iris Perfect Resources.Urusetia bagi kursus ini adalah Cik Nor Azzra Binti Saparman dan ini merupakan kali ke 2 saya mengikuti kursus yang diuruskan oleh Cik azzra.
Para peserta yang hadir adalah dari seluruh Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh malaysia seramai 29 orang.Lokasi yang telah dipilih adalah Hotel Le Paris International Port Dickson.
Seperti biasa dalam setiap kursus yang saya hadiri pasti ada pengalaman yang tersendiri dan menarik.Masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza dan selain dari mendapat ilmu dan kemahiran yang baru, saya juga dapat melihat gelagat dan personaliti pelbagai individu.
Ada di antara kami memiliki nama gelaran yang unik yang dapat diingati sampai bila-bila, seperti Montelo, Matt Bross, Joe 2cahayasuri,Mawi dan Ikin dan Papa.Pendek kata, masing-masing ada keunikan yang tersendiri dan kami menjalani kursus dalam keadaan kami yang sebenar.
Sekali-sekala keluar dari rutin kerja seharian sememangnya berbaloi.Satu faedah yang amat ketara setelah mengikuti kursus ini adalah, ia dapat meningkatkan tahap keyakinan dan personaliti diri.Seperti kata Pn. Azarina, "we are not born to be a speaker but we are trained to be a speaker".Kita hanya perlukan keyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak umum di samping pengetahuan melalui pembacaan amatlah penting.
Selain dari itu, kami dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa tersebut yang menjadi bahasa pengantar terpenting selepas bahasa melayu.Ternyata pada hakikatnya, ia tidak sesukar yang kita sangkakan kerana tanpa kemahuan untuk menyertai kursus ini, maka segalanya tak kan bermula.Maka bertitik tolak dari sini, saya harap selepas ini kita akan meneruskan proses pembelajaran ini sehingga berjaya kelak.
Apapun, harapan saya agar peserta dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus ini. Saya juga amat berharap agar kita semua saling berhubung dan bertukar-tukar cerita walaupun kita saling berjauhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
1 ulasan:
Ada berita sedih, seorang dari kawan kita telah dicuri beg duitnya, semasa tengah tunggu bas di terminal 1, Seremban. Dia kehilangan Handphone, pengenalan diri dan atm kad. Dia telah membuat laporan polis dan dalam keadaan selamat. Kalau nak tahu sape, nanti kita cerita eh.
Catat Ulasan