Semalam selepas habis waktu kerja, saya telah kerumah seorang kawan saya yang telah kematian suaminya hampir setahun yang lepas. Telah lama saya tidak menjenguknya dan perasaan bersalah bercampur baur setelah 3 bulan tidak menjejak kaki ke rumahnya. Segalanya seperti biasa, namun apabila saya masuk ke rumah, saya dapat lihat keadaan yang agak daif dan tidak terurus.
Allahyarham suami Kak Ros (bukan nama sebenar) adalah rakan sekerja saya. beliau seorang yang baik dan suka menolong. Setelah arwah pergi saya menjadi rapat dengan Kak Ros. Namun sejak kebelakangan ini saya lihat Kak Ros seolah terhimpit dengan keadaan hidup. Sebelum ini semasa harga getah melambung, dalam seminggu Kak ros boleh mendapat RM 400 seminggu. Namun setelah harga getah jatuh, Kak ros cuma boleh mendapat RM 100 seminngu. Bayangkanlah defisit perbelanjaan mereka sekarang.
Kak Ros mempunyai 5 orang anak. Sebelum ini 2 orang anaknya dihantar ke asrama. Namun kerana tidak mampu menanggung kos asrama yang mencecah RM 1000 sebulan, Kak Ros mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya ke sekolah biasa.
Kak Ros hanya mempunyai lesen L motosikal. Dengan keupayaan itu dia tidak dapat keluar kemana-mana untuk membeli keperluan yang tidak terjual di kampungnya. Maka dia terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 km untuk keluar ke simpang kampung bagi mendapatkan perkhidmatan bas.
Kata Kak Ros, setakat untuk belanja makan dan sekolah anak-anak, dia masih mampu untuk menyediakannya walau terpaksa mengorek duit simpanan di bank. Namun apa yang saya risaukan adalah masa depan anaknya. Dulu arwah pernah menyatakan hasratnya melihat anak-anaknya berjaya dan saya juga melihat bahawa hanya itulah satu-satunya cara untuk mengubah nasib keluarga.
Jika ada pembaca yang ingin membantu atau berkongsi pendapat dengan saya, saya amat alu-alukan. Jauh di sudut hati saya, saya ingin membantu keluarga ini. Tetapi bagaimana?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan