Ramai orang bertanya kepada saya,
"Tangkak tu di mana?"
"Kolej Komuniti ledang tu dalam kawasan bandar atau pedalaman?"
Jadi ini merupakan rentetan dari pertanyaan tersebut.
Daerah Ledang yang dulunya dikenali sebagai Tangkak merupakan salah sebuah daerah baru yang dibentuk di bawah negeri Johor. Perasmian Daerah Ledang adalah pada tahun 2008 lalu. Bermula dari itu, banyak pembangunan yang telah dilaksanakan dan juga sedang giat dirancang bagi menaik taraf Daerah Ledang.
Dahulu bandar Ledang dikenali sebagai syurga kain kerana di sepanjang jalan bandar dipenuhi dengan kedai kain. Kedudukan bandar ledang yang berhampiran dengan lebuhraya dan laluan utama Segamat dan Muar menjadikan bandar ledang sangat terkenal di Johor. Namun dalam pada itu, ada juga orang yang belum mengenali bandar Ledang.
Ledang juga sinonim dengan Gunung Ledang yang boleh dilihat jelas dari bandar ledang jika cuaca cerah. Gunung Ledang kaya dengan sejarahnya sebagai gunung bersemayam Puteri Gunung Ledang yang menjadi idaman Sultan Mahmud semasa pemerintahan Melaka dahulu.
Gunung Ledang kaya dengan khazanah flora dan fauna yang juga digezetkan sebagai hutan simpan Johor. Air terjun Gunung Ledang merupakan antara tempat perkelahan dan rekreasi utama negeri Johor.
Kolej Komuniti Ledang terletak berhampiran dengan bandar Ledang kira-kira 10 minit dari lebuhraya. Bersebelahan dengan Kolej Matrikulasi Johor dan SMK Sri Tangkak, juga tidak berjauhan dari kawasan tempat tinggal. Sekitarnya merupakan kawasan kampung iaitu Kampung Payamas dan kawasan perumahan.
Ledang juga kaya dengan tempat makan yang enak dan menyelerakan contohnya, mee bandung di stesen bas Ledang, asam pedas, pisang goreng, mee siput, kuih muih dan soto. Di tengah bandar ledang terdapat kedai mamak yang dibuka 24jam. Pendek kata kalau di Ledang, anda tak akan kelaparan.
So...selepas ni jangan risau kalau nak ke Ledang kerana di sini ada segalanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan