Bulan Mac merupakan bulan peralihan angin monsun. Dalam peralihan ini, biasanya Malaysia akan mengalami taburan hujan yang agak banyak. Berbeza dengan tahun sebelumnya, hujan pada tahun ini saya rasa hujan agak banyak seperti musim tengkujuh. Air sungai naik hingga hampir ke paras jalan. Tapi ia bertahan di situ dan surut sedikit. Saya tahu pada musim begini lah para kaki pancing sibuk mencari lubuk-lubuk ikan.
Dulu ayah saya juga seorang kaki pancing. Bukan sahaja pancing, menjala pun merupakan aktiviti yang disukainya menjelang musim begini. Kalau dulu, setiap kali menjala, ayah akan membawa balik macam-macam jenis ikan yang kecil contohnya tembakang, ikan puyu, ikan sengat, ikan lais, sepat, haruan dan banyak lagi ikan putih yang saya tak berapa tahu namanya. Biasanya ikan kecil-kecil sedap digoreng.
Jika ikan besar seperti ikan Baung, Kaloi, Haruan, Keli dan macam-macam lagi sedap dimasak lemak cili api, masak asam dan disalai. Ikan sungai merupakan lauk dari kampung yang paling saya suka. Terutamanya ikan salai, kalau dimasak lamak cili api dengan terung....wow makan macam tak cukup pinggan.
Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, dari segamat ke tangkak, saya melalui beberapa batang sungai. Air agak dalam dan ada sebuah tempat yang menjadi tumpuan para pencari ikan iaitu di batu 7, berhampiran bukit tunggal Segamat. Sebuah kereta datsun lama telah memberi isyarat signal untuk masuk ke kawasan itu. Dalam hati saya berbisik, "mesti nak cari ikan".
Walau apapun aktiviti memancing ni bukanlah tertumpu semasa musim begini sahaja, tapi sepanjang tahun. Banyak tempat serata Malaysia yang boleh dikunjungi peminat joran sebagai destinasi memancing. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat kerana di samping mendapat ikan untuk dijamu, kita juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan udara yangnyaman jauh dari hiruk pikuk kota. namun perlu diingat, dalam kita mencari kepuasan diri, kita juga perlu memikirkan hak umum. Jangan melakukan aktiviti mencari ikan dengan meracun atau menggunakan elektrik. Ia merupakan satu kesalahan undang-undang dan sikap begini juga mengundang bencana pada ekosistem dan alam sekitar. Lagipun memakan ikan hasil dari aktiviti meracun juga boleh memudaratkan kesihatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan