Rabu, 4 Mac 2009

VIRUS TIKUS BAHAYA KEPADA JANIN

Ikutilah kisah benar pesakit Dato' Dr. Hamid

Assalamualaikum....dan salam sejahtera

Sekadar peringatan untuk dikongsikan bersama....
saya forwardkan email yg saya terima dari sahabat saya....


Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya
berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr takdapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai
ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.


Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya)."



PETIKAN HAMIDARSHAT.COM

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...