Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:
·Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
·Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
·Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
·Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
·Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.
Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
1 ulasan:
saya suka buat french toast untuk anak2 sebagai menu sarapan pagi.... Selain itu bijirin dan susu juga boleh disediakan.
Catat Ulasan