Selasa, 15 September 2009

Pengertian Hari Raya Usia Ini


Hari Raya pada zaman kanak-kanak  adalah yang paling meriah pada zahir mata kasar kita. Berpuasa, main bunga api, tolong mak memasak, cabut bulu ayam untuk juadah hari raya. Ayam tu ayam kampung yang di pelihara sendiri. Masak rendang, ketupat dan siapkan langsir, baju raya serta segalanya. Tiba hari raya boleh pakai cantik-cantik di pagi raya dan makan besar bersama keluarga. Pergi solat sunat hari raya dan selepas itu beraya ke rumah jiran dan rakan-rakan. Meriahkan masa tu....

Hari silih berganti, semua itu semakin jauh kita tinggalkan. Ia hanya menjadi ingatan kerana semenjak kedewasaan menjelang kini, hari raya disambut meriah dari perspektif yang berbeza mengikut kemahuan dan kehendak kita sendiri. Kita boleh mengekalkan tradisi yang telah diamalkan dulu, namun banyak perkara yang membataskan kita dan sikap kita. Malah ada sesetengah orang menyifatkan hari raya, langsung tidak memberi banyak perbezaan kecuali rancangan yang menarik di televisyen dan makanan. Sebenarnya, hari raya pada usia ini meliputi skop yang lebih besar, yang hanya sesetengah orang sahaja yang dapat menhayatinya.

Mengapa saya katakan begitu?

Hari raya aidilfitri, adalah hari untuk meraikan kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa. Di samping itu kita menyucikan diri kita dari dosa dengan ibadah puasa dan kebesaran bulan ramadhan. Zakat fitrah dan sedekah juga adalah proses penyucian jiwa dari dosa. Memang jelaslah bahawa hari itu adalah untuk manusia kembali kepada fitrah kita. Dengan kesucian jiwa, maka barulah kita dapat mengecapi kemeriahan hari raya.

Maka dengan itulah kita dianjurkan untuk menghabiskan Ramadhan dengan segala ibadah sebanyak mungkin. Kemudian menjelang hari raya, amalan yang sinonim adalah bermaaf-maafan sesama manusia. Selain dari itu jenguklah rakan-rakan yang didalam kesusahan, rumah anak-anak yatim, dan ibu-ibu tunggal. Dengan ini, bukan sahaja hari raya ini meriah untuk kita. malah ia menjadi meriah kepada semua orang disekeliling kita.

Inilah fitrah Hari Raya yang sebenar dalam usia dewasa ini. Tiada lain yang lebih indah selain melihat kebahagian orang lain. Keceriaan anak-anak dengan baju raya dan bermain bunga api dengan rakan-rakan.

Oleh itu, sambutlah Aidilfitri ini seadanya dengan kemeriahan di hati. Berdoa agar di panjangkan umur dalam kesihatan, semoga kita dapat berjumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma dapat kita nikmati bersama.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelma ini, saya memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang perkenalan kita ini, ada yang tersilap dan ketelanjuran. Semoga ikatan persaudaraan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.  
"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

IKHLAS dari saya,

Syamilah Mohd Shah
012-2936597

Duit Raya untuk 860,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan

Alhamdulillah, ada rezeki duit raya dari Kerajaan Malaysia untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan di Malaysia. Walaupun jumlahnya bukan lah besar tapi ia sangat bermakna buat kami yang terdiri dari kumpulan ini.

Buat pengetahuan semua, kumpulan sokongan adalah terdiri dari kakitangan kerajaan dari gred 1 hingga 40. Kumpulan sokongan terbahagi kepada dua iaitu sokongan I dan II.

Sememangnya inilah keistimewaan skim perkhidmatan awam yang mana terdapat pelbagai istilah dan peringkat lantikan yang pelbagai. Sewaktu mula-mula saya memasuki perkhidmatan awam ini, saya agak terkejut dengan sistem dan banyak istilah yang digunakan. namun, semakin hari bekerja, kita semakin belajar perkara yang baru.

Terima kasih atas pemberian duit raya ini, dan kepada semua kakitangan awam di Malaysia, semoga kita dapat bekerja dan berkhidmat kepada negara dengan penuh taat setia dan dedikasi. Kalau ada rezeki lagi, siapa tahu kalau ada bonus pula. Namun ada atau tiada, kita tetap akan terus berkhidmat demi negara tercinta....

Isnin, 14 September 2009

"Pengalaman diperlukan"

Sekiranya anda adalah seorang graduan yang sedang mencari kerja, pernyataan “Pengalaman Diperlukan” seringkali melemahkan semangat anda untuk memohon jawatan pekerjaan. Lalu, anda menyalahkan industri (syarikat) kerana tidak memberi peluang kepada graduan baru.
Bagaimana untuk meruntuhkan tembok penghalang tersebut?
Sebenarnya graduan baru boleh memiliki pengalaman yang dikehendaki oleh industri walau pun tidak pernah berkerja. Ambil perhatian juga, kerja-kerja part-time yang tiada kaitan dengan bidang adalah tidak dikira sebagai pengalaman. Jadi, tidak relevan kalau dimasukkan di dalam resume anda.
Persoalannya, bagaimana nak dapatkan pengalaman jika tidak berkerja?
Jawapannya ialah anda perlu cipta real project anda sendiri.
Real Project bermaksud:
  • Satu projek yang anda cipta sendiri, yang berfungsi, yang wujud, yang boleh di’showcase’, yang boleh diguna-pakai
  • Anda buat sendiri projek ini - libatkan diri secara 100%, walau pun buat dalam team
  • Anda tahu selok-belok teknologi dan proses pembikinan projek tersebut
  • Anda boleh ‘cerita’ dan ‘tunjuk’ tentang projek ini semasa proses temuduga
Contoh projek yang boleh dibuat:
  • pereka DTP: reka dan print - poster, brochure, cover design…
  • pereka web: buat personal blog, reka satu laman web prototaipyang menggunakan teknologi web terkini
  • programmer: buat satu sistem atau perisian prototaip atau yang berfungsi penuh atau yang unik di pasaran menggunakan teknologi programming terkini
  • pereka multimedia: buat produk multimedia interaktif samada di laman web atau di dalam CD seperti profail syarikat interaktif
Projek-projek ini boleh dibuat semasa di dalam pengajian atau selepas pengajian (sementara menunggu keputusan semester akhir).
Projek yang anda laksanakan ini akan memberikan anda pengalaman yang anda perlukan. Dengan syarat, anda melibatkan diri di dalam melaksanakan projek ini. Janganlah pula upah orang lain untuk sediakan portfolio anda. Apabila anda membuat projek ini, anda boleh menjelaskan kepada penemuduga tentang perjalanan keseluruhan projek tersebut. Seolah-olah anda telah ‘pernah’ berkerja di syarikat lain sebelum ini. Kerana sekiranya anda benar-benar pernah berkerja sebelum ini, penemuduga berminat nak tahu penglibatan anda di dalam projek-projek syarikat. Jadi, secara dasarnya sama sahaja.
"Syarikat akan lebih berminat kepada calon temuduga yang pernah melibatkan diri dengan sesuatu task yang sebenar."
Sekiranya anda melakukan yang terbaik, usaha dan pengalaman anda menyiapkan projek tersebut akan nampak pada hasilnya.
Jadi, pernyataan “pengalaman diperlukan” bukanlah satu tembok penghalang dan bukanlah alasan untuk mengatakan susah nak dapatkan kerja. Fikir dan usaha lebih sikit untuk diri sendiri.
"Ilmu teori sahaja tidak menjamin bahawa seseorang itu mampu melakukan sesuatu kerja. Ilmu yang dipraktikkan adalah lebih memberi manfaat."
Mulakan projek / produk / portfolio anda sendiri SEKARANG!

Selamat berjaya!

sifoo.com

Homemade Facial Scrubs




Baking Soda Facial Scrub:
Apply baking soda on wet face using circular motions and you'll be amazed how soft your skin is going to be afterwards!


Strawberry Facial Scrub:
Make a mixture of 1 tsp brown sugar and 2 mashed strawberries. Brown sugar will remove dead cells and strawberries are going
to make your skin baby-soft.

Sea-salt and Olive Oil Facial Scrub:
1 tsp olive oil ( cold pressed ) and 1/2 tsp sea salt applied gently to a wet face will not only remove dead cells, but it will also improve micro-circulation. Olive oil is going to nourish the skin, leaving it incredibly soft.

Cucumber Facial Scrub:
Blend 1 tsp honey with ¼ medium peeled cucumber. Mix the ingredients in a blender until smooth and add a small amount of water if needed. Strain the mixture and remove the vegetable and honey mixture into a small bowl. Add the following mixed meals to the liquid: 1 teaspoon almond meal, 1 teaspoon ground oatmeal, 1 teaspoon sunflower seed meal, 1 teaspoon wheat germ.

Honey Cleansing Scrub:

Mix 1 tablespoon honey with 1/2 teaspoon lemon juice and 2 tsp ground almonds. Rub gently onto face. Rinse off with warm water.

Walnut Powder Softening Scrub:
Make a mixture of 1 tsp walnut powder,1/2 tsp honey, 1 tsp lemon juice and scrub your face with it. Rinse well.

Papaya Facial Scrub:
Mash a piece of papaya, then add 1/2 tsp brown sugar and rub your face with it. Leave it on for 20 minutes and rinse well. Your skin will be fresh and glowing. Feel the difference!

Orange Facial Scrub:
Mix 3 tsp orange juice with 3 tsp turmeric powder, apply to face and neck. Leave on 20 minutes and rinse off with warm water.

Oatmeal Scrub:
Put 3 tbsp of oatmeal into a muslin bag (or cheesecloth) . Dampen the oatmeal bag in warm water and rub over your face for 2 minutes. Then take a little of wet oatmeal and apply it directly to your face. Leave it on for 5 minutes. Wash off with warm water and enjoy smooth, radiant skin!


ps : Dari kita berhabis duit membeli produk kecantikan yang kita tidak tahu kesan atau bahan-bahannya, baik kita amalkan petua ni. Lagi pun bahan-bahan ini bebas dari bahan kimia yang merbahaya dan dah tentunya jimat kos, sebab bahan-bahan ni kadang-kadang kita bole dapat kat rumah je. So, selamat mencuba.......

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...