Jumaat, 10 Disember 2010

Cerpen : Cintaku padanya


“Gila kau!” kata-kata yang sgt sinis keluar dari bibir ku…hilang segala kelembutan dan kesantunan ku. Adam tergamam…

“Apa yang kau fikir?”sergah ku lagi…Adam hanya terkebil-kebil mendengar dengan lidah yang kelu…

“Aku isteri orang, aku ibu kepada anak-anak ku…jangan sesekali kau berfikir yang bukan-bukan yang aku ada apa-apa”

“Sungguh aku mengagumi keberanian dan karisma kau, sifat positif dan kematangan yang jauh berbeza berbanding rakan sebayamu, namun itu bukan bermaksud yang aku menyimpan perasaan terhadap kau!” jeritku tanpa rasa malu dan bersalah. Seluruh badanku menggeletar menahan marah. Air mata sudah ingin keluar dari mata.

“Jangan menangis!”bisik hati
Aku tak tahan berada di situ dan terus berlalu meninggalkan meja makan. Kereta Honda CRV ku menderum meninggalkan kopitiam itu.

“Ada orang perasan tak?”

“Ah, biarkan…kenapa dia langsung tak menghormati aku sebagai kakak.” Bisik hati ku. Sepanjang perjalanan aku menangis…

Dalam hati ku tertanya-tanya…mengapa dia begitu? Adakah salahku?

Di kopitiam, Adam berasa sangat keliru.

“Bukankah dia memang sukakan aku?”

“Kenapa dia marah sangat? Aku terlalu sayangkan dia…”

“Aku tak pandang dia sebagai kakak, dan umur kami tak jauh beza…salah ke?”

Bingung dengan pertanyaan yang bertalu, Adam berlalu pergi meninggalkan kopitiam. Dia tidak hairankan sesiapa pun yang melihatnya. Dia ke kaunter bil untuk membayar minuman kami. Maria pergi tanpa membayar minuman. Tapi itu bukan masalah sebenarnya.

Di dalam kereta, Maria terfikir….”Aku tak bayar white coffee tu tadi…Adam bayarkan untuk aku ke?”

“Shit!’ sambil aku menhentak stereng kereta…sangat kecewa dan marah…

“Kenapa aku marah sangat?”

“Adakah aku cuba menafikan hakikat yang aku pun sebenarnya ada rasa yang sama?”

“Tak, aku tak boleh…memang tak boleh…Aku cintakan abang Zamri dan aku sangat sayang akan anak-anakku”

“Mereka segalanya bagiku”

Membiarkan kereta berlalu terus ke rumah ku..Aku ingin bertemu dengan anak_anak ku…

Rabu, 8 Disember 2010

Pilihan...

Salam friendzzz

Topik hari ini adalah tentang pilihan hidup. Sangat serius ke.... he he takpe kita try discuss topik ni secara bersantai k...

Tiada siapa pun dalam dunia ini yg boleh menentukan hala tuju kehidupan kita kecuali diri kita sendiri dan dengan izin Allah swt. Sesetengah manusia berasa inilah jalan hidup yang perlu dilalui dari dulu kini selamanya....Benarkah kita tidak berhak berubah atau menikmati kehidupan yang lebih baik dan bahagia?

Sebenarnya kita memilih untuk bahagia atau sebaliknya...percayalah...semakin banyak doa yang kita panjatkan ke hadrat Allah swt untuk mengecapi kajayaan dan kekayaan...semakin banyak perkara positif yang akan datang pada diri kita. Cuma pada masa itu, kita hanya perlu membuka minda dan hati untuk melihat peluang itu sebagai satu peluang yang perlu direbut.

Mungkin ada rasa tidak percaya pada peluang tersebut, tapi cepat-cepatlah bertindak untuk menyiasat atau mengkaji dengan lebih lanjut melalui cara yang betul. Namun percaya lah, Allah telah menunjukkan sesuatu peluang namun ada bisikan yang sengaja membuat kita rasa was-was dan tidak yakin.

Sentiasalah berdoa agar jalan kita dipermudahkan dan segala yang baik itu datang kepada kita. Pilihan hidup itu terbentang luas, hanya kita yang menyempitkannya...

Berusahalah mencari peluang atau pilihan kerana ia tidak datang bergolek...seperti bidalan "Kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi...." Kalau nak menuntut ilmu agama, berkawanlah dengan ahlinya... Persekitaran yang positif sangat penting bagi membantu kita membuat pilihan yang betul.

Akhir kata kadang-kadang peluang itu datang pada saat kita sangat kesempitan dan tiada jalan. Segala-galanya terpulanglah kepada kita untuk memilih peluang yang tepat untuk diri kita.

Jika terdapat ketidakfahaman dalam penulisan saya ini, diharap sahabat sekelian dapat memikirkannya...renung-renungkan....

Ahad, 31 Oktober 2010

Di mana kita pada 2020?

Salam kawan-kawan....

Terlebih dahulu saya mohon ampun maaf kerana telah lama tak meng'update' blog. Bukanlah sebab tak mahu update namun, desakan kerja dan kesibukan membuatkan idea malas nak menjenguk ke minda. Tapi rindu pada kawan-kawan blogger tu tetap tersemat kemas dalam hati. Cuma tak dapat diluahkan dengan tulisan. Namun selepas ini akan saya pastikan sekurang-kurangnya satu posting akan saya siarkan buat tatapan sahabat sekelian.

Hari ini saya terfikir tentang satu topik iaitu seperti tajuk diatas. Dimanakah kita pada 2020? Mungkin selama ini kita terlupa dan leka dek beban tugas kerja terutamanya kekangan waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang. Tak kurang juga dengan mereka yang bekerja sendiri. Sibuk bertemu orang baru dan klien dan kita terlupa tentang perkara ini.

Baru-baru ini telah dibentangkan tentang belanjawan 2011. Saya pasti ramai yang menontonya. Walaupun saya tidak menonton pembentangan tersebut, namun saya mengikutinya melalui media surat khabar dan berita. Bagi kakitangan awam, mereka menunggu bonus. Kakitangan swasta pula menunggu pengumuman penetapan gaji minimum. Seluruh rakyat menunggu insentif lain yang dapat menjimatkan duit poket dan belanja. Masing- masing ada permintaan masing-masing. Namun terfikirkah kita tentang antara plan transformasi negara adalah meningkatkan pendapatan penduduk malaysia.

Baru-baru ini juga saya ada membaca dari berita akhbar iaitu sekiranya 40% dari pendapatan keluarga adalah kurang dari rm1500, maka ia dikategorikan sebagai miskin dan tidak cukup. Jadi dimanakah kita sekarang? Adakah kita akan hanya melihat kemajuan didepan mata tanpa bertindak untuk bersama-sama dengan kemajuan dan tidak tersepit dicelah-celahnya?

Wawasan 2020 itu hanyalah 10 tahun lagi dari sekarang. Maka apakah tindakan kita?

Saya serahkan persoalan ini kepada anda dan penulisan ini mungkin akan bersambung lagi nanti....

Selasa, 10 Ogos 2010

Bersahur walaupun seteguk air

 

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba- Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) 

 

SELAMAT MENYEMBUT RAMADHAN DARI CCT

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...