Isu pembantu rumah memang sedang sibuk diperkatakan terutamanya bagi wanita berkerjaya yang telah berkeluarga. Walaupun banyak cerita negatif yang diutarakan sama ada kebajikan pembantu rumah dan majikan, namun permintaan terhadap pembantu rumah tetap meningkat selaras dengan pertambahan bilangan wanita berkerjaya zaman ini.
keputusan Kerajaan Negara Indonesia yang membekukan penghantaran warganya sebagai pembantu rumah ke Malaysia memang sedikit mengecewakan rakyat Malaysia kerana di samping ketidakpuashatian Negara Indonesia tentang kebajikan rakyatnya yang bekerja di sini, sebenarnya negara kita juga memendam rasa tidak puas hati terhadap hak majikan dan keselamatan rakyat Malaysia. Ini kerana dengan membiarkan kebanjiran warga asing di negara ini, Malaysia juga terpaksa menaggung hutang perkhidmatan kesihatan yang mencecah jutaan ringgit serta serta statistik gejala sosial dan jenayah yang meningkat, di samping pengaliran keluar wang negara. Namun isu itu langsung tidak mahu mengungkit risiko itu kerana menjaga hubungan baik antara negara yang terbina berlandaskan bangsa serumpun suatu masa dahulu.
Bagi Indonesia pula, sudah tentu terjejas kerana Malaysia merupakan lubuk emas di kalangan rakyatnya. Seperti yang kita ketahui, Indonesia mempunyai kadar pengangguran yang tinggi dan lebih teruk lagi, ia berlaku pada zaman kegawatan ekonomi dunia kini. Pastinya langkah ini akan menjejaskan lagi pendapatan rakyatnya dan mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Bagi Malaysia, seharusnya kita melihat ini sebagai satu peluang berbanding ancaman kerana pada masa inilah kita perlu merangka perancangan bagi meningkatkan taraf jawatan pembantu rumah ini kepada satu profesyen yang menarik dan menjamin sumber kewangan yang boleh menjana ekonomi. Namun, penetapan dan prosedur ini perlu diteliti dengan terperinci dari segi gaji pekerja dan kebajikan majikan serta pekerja. Jika pekerjaan ini di janjikan dengan gaji yang lumayan, sudah tentu ia membebankan majikan kerana kebanyakan majikan memerlukan pembantu rumah bagi menjaga anak-anak berbanding membuat kerja memasak, mengemas dan lain-lain. Penjagaan anak merupakan perkara yang kritikal kerana sekiranya mempunyai anak yang ramai, kos menghantar anak ke pusat penjagaan menelan belanja yang sgt tinggi untuk seorang anak. namun jika pembantu rumah berada dirumah, kos gaji dan masa dapat dijimatkan oleh tuan rumah. Sekiranya ini berlaku, prestasi dan produktiviti pekerja dapat ditingkatkan selaras dengan ketenangan minda dan kehidupan keluarga.
Selain dari keperluan pembantu rumah, mungkin negara kita memerlukan satu sistem pusat penjagaan kanak-kanak yang di pantau penuh oleh kerajaan dari segi harga dan sistem penjagaan anak-anak. Sistem penjagaan penting kerana ia menjamin keselamatan anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa tanpa bimbang tentang kebajikan anak mereka.
Fenomena mengurangkan bilangan anak bagi suami isteri yang berkerjaya merupakan sesuatu yang perlu dibimbangi kerana kebanyakan golongan berkerjaya merupakan orang bijak pandai yang mempunyai baka atau gen yang perlu diteruskan melalui zuriat. Golongan bijak pandai dan hidup mewah perlu mempunyai bilangan anak yang ramai kerana di samping kemampuan mereka untuk membiaya anak, anak-anak juga merupakan anak yang mewarisi genetik pintar dan ini merupakan modal insan dan aset negara yang boleh memangkin negara untuk masa depan.
Kesimpulanya, senario ini perlu diambil kira oleh kerajaan sebagai satu keperluan kritikal. Ini mempengaruhi kesinambungan kemajuan negara dan kestabilan politik serta tanah air. Semoga sistem pembantu rumah di negara ini menemui sinar dihujung terowong demi negara dan rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan