Isnin, 6 Julai 2009
PAC Sesi 1 2009 siri 5 (4 Julai 2009)
Saya sampai awal di Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), kira-kira pada jam 7.50 pagi. Kelihatan ramai peserta telah sampai lebih awal dan jalan masih lagi boleh dilalui tetapi agak sibuk kerana semua peserta hendak turun di pintu masuk Dewan Jemerlang. Pagi itu saya cuma bersarapan dengan susu dan sebiji pisang kerana bimbang lewat untuk pendaftaran. Malam tadi saya tidur awal, tetapi masih mengantuk, mungkin kerana keletihan, perjalanan dari Seremban ke Kluang. Malam tadi bermalam di Hotel Anika di pusat bandar Kluang. Hotel itu telah saya tempah sejak 2 minggu yang lepas lagi. bimbang kesuntukan masa, namun boleh saya katakan hotel itu agak selesa, dan berbaloi dgn harganya. Berhampiran dengan The Store, Mc Donald, KFC serta kedai-kedai makan. Memang sesuai dijadikan destinasi persinggahan (promote lah pulak).
Jam 8.30 pagi kami di arahkan beratur panjang untuk mendaftar. Seorang demi seorang sampai dimeja pendaftaran untuk semak dokumen dan mendapat nombor. Nombor itu agak besar, sebesar mata memandang....saya mendapat nombor 70. Kemudian beratur lagi untuk timbang berat badan dan tinggi. Kemudian menyerahkan salinan transkrip universiti dan salinan skrol ijazah. Ambil gambar secara berlima dengan nombor besar dan akhir sekali mengambil tempat untuk taklimat perkhidmatan PTD. Teringat masa mula-mula mesuk ke universiti dulu....keadaannya sama.
Tepat jam 9.30 pagi, taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Luqman Hakim bin Alwi selaku penyelaras program. Kemudian disempurnakan oleh Tuan Ruzain Idris, Pengarah Wilayah, IKWAS Kluang Johor. Antara ucapan beliau, saya dapat mencedok fakta ini iaitu seramai lebih kurang 50,000 orang telah mengambil peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan 3092 orang calon di panggil untuk menghadiri PAC di seluruh Malaysia. Antara semua calon ini tidak diberitahu pula berapa ramai akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Selesai taklimat kami diberi minum pagi dan bergegas ke bilik-bilik untuk aktiviti 1. Kumpulan telah diberi dan ditampal pada papan kenyataan dewan makan. Kawasan IKWAS memang luas.....lagi sekali saya teringat memori di kampus yang mana kami berjalan kaki ke hampir semua tempat dalam kampus yang besar. Di dalam buku panduan, kami diberi peta, dan berpandukan peta tersebut, saya mencari bilik yang ditetapkan. Sampai sahaja di Bilik Tayangan, rupanya saya merupakan orang pertama. Panel telah berada di bilik tersebut. Sementara menunggu peserta lain tiba, sempat juga menyapa seorang dua teman. Perbincangan bermula dengan tajuk, "Foreign maids is necessity". Semua calon hebat-hebat belaka. Memang benar kami ingin buat yang terbaik untuk penilaian ini.
Selesai aktiviti satu kami pun bergegas ke bilik aktiviti 2 pula. Saya menuju ke bilik Seri Pulai. Kali ini lewat kerana mencari bilik tersebut, berpusing-pusing ditempat yang sama. Namun aktiviti belum bermula cuma saya lewat berbanding peserta yang lain. Aktiviti 2 merupakan debat ala parlimen. Tajuk pihak pencadang adalah "Sistem pembelajaran di Malaysia menyekat potensi pelajar". Saya di pihak pembangkang. Proses debat berlansung dengan aman tanpa insiden yang tidak diingini. Kesimpulanya, sistem pembelajaran di Malaysia tidak menyekat potensi pelajar namun ada beberapa dasar perlu ditingkatkan bagi menambahbaik sistem yang sedia ada. So kat situ....pihak pembangkang menang!
Selesai aktiviti 2 kami ke dewan makan. Makan ala hotel....sedap...tapi kami semua nyata sedang berdebar memikirkan peperiksaan dan aktiviti 3 petang ini. Rehat selama 1 jam untuk makan, solat dan tukar pakaian. Tepat pukul 2, peperiksaan dimulakan untuk kertas Sahsiah dan Minat. Soalannya banyak iaitu 500 soalan yang mesti dijawab dalam masa 1 jam sahaja. Soalan adalah tentang personaliti dan kecenderungan kerjaya seseorang. Tiada masa untuk berfikir panjang. Apa terlintas ditanda sahaja. Kebanyakan calon dapat menjawab dengan masa yang ditetapkan.
Selepas peperiksaan berakhir, kami semua ke padang untuk aktiviti fizikal. Rasa berdebar kerana memikirkan apa yang akan kami lakukan di sini lagi. Aktiviti di mulakan dengan penyelesaian masalah berkumpulan. Kumpulan dibahagikan sama dengan kumpulan semasa aktiviti 1 tadi. Aktiviti berjalan dengan jayanya dan kumpulan kami mendapat 4 penyelesaian kepada masalah yang diberi. Kata panel, semakin banyak penyelesaian semakin banyak markah yang kami akan perolehi. Aktiviti seterusnya adalah menari secara beramai-ramai dengan gerakan serentak. Kami di beri 3 lagu dan kami perlu menari bersama kumpulan masing-masing dengan tarian yang serentak. Alhamdulillah kami bekerjasama dalam aktiviti ini dan dapat melaksanakan aktiviti dengan ceria dan sempurna. Kami mula rasa penat sebenarnya. Namun masih bertahan.
Aktiviti seterusnya adalah ujian fizikal yang memang dinanti-nantikan olah kami semua. Bermulalah sesi yang paling mencabar yang saya kira merupakan klimaks bagi aktiviti pada hari itu. Antara gerakan yang kami lakukan adalah, lompat tepuk lalat 60 kali, lompat bintang 20 kali, "bumping" 20 kali dan satu gerakan yang saya tidak pasti gelarannya tetapi memang menguji kekuatan lengan dan hujung kaki dengan kiraan 30. Sebenarnya semasa lompat bintang lagi saya rasa dah tak terdaya, tapi kerana fokus terhadap kerjaya PTD ini, saya kuatkan semangat juga. Di tambah lagi dengan bumping yang memang mencabar kerana kami perlu bertahan mengikut arahan panel.
Sesekali terlihat peserta yang tidak mampu meneruskan ujian fizikal kerana masalah masing-masing sebenarnya sedikit sebanyak melunturkan semangat saya. Namun pada saat-saat ini kami memang banyak bergantung pada motivasi dan semangat kami sahaja. Jika tidak saya pun tidak tahu dari mana kekuatan itu saya perolehi. Selesai aktiviti itu, kami dibahagi dua kumpulan lagi untuk ujian lari pecut. Saya rasa dalam 50 meter jaraknya. Dari jauh terlihat seorang rakan terbaring, saya pun tidak tahu apa sakitnya. Mata dihalakan ke tempat lain kerana tak sanggup melihat.
Tamat acara larian, saya bimbang jika ada lagi aktiviti tambahan. Sebenarnya saya sendiri sudah tak sanggup nak meneruskan apa-apa aktiviti lagi. Urat-urat kaki sudah menegang. Peluh tak usah dibilang. Penat dan kaki menggeletar. Akhirnya tamat juga aktiviti petang itu. ami mendengar ucapan penutup dan ada jamuan ringan sekadar membasahkan tekak. Kami semua lega dan mengambil kesempatan ini untuk bersalaman antara satu sama lain. Saya duduk sebentar bagi melepaskan keletihan, melihat peserta-peserta lain pulang. Kepuasan dan kegembiraan terpancar kerana telah berjaya melepasi tahap sukar ini. Kami hanya mampu berdoa agar terpilih untuk sesi temuduga.
Bagi saya semua peserta telah melaksanakan tugas ini dengan baik sekali. Peluang untuk kami terpilih adalah bagi saya 50 peratus. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Saya hanya mampu berserah pada Allah. Semoga saya berpeluang ke peringkat temuduga......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009 http://apps.emoe.gov.my/k...
-
PENGENALAN ISAC adalah singkatan kepada IT Skill Assessment and Certification. Ia merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel ...
4 ulasan:
Good Luck!!!
tq Led...
Ciri-ciri seorang PTD :
*..PTD officers are humble but not TIMID..*
[Former Chief Secretary of Ministery of International Trade and Industry Tan Sri Sidek Hassan, Chief Secretary of The Government on a 'Personal meeting' with 1/2005 in MITI]
*.. PTD officers are those who have the 'towering personalities'.. and able to overcome any situations/problems... *
[Tan Sri Ismail Adam, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam, PTD unggul 1/2005, IKWAS]
*.. PTD are adept to all situation..*
*.. PTD are masters of all traits.. but still emphasize humilty no matter what befalls on him/her..*
[Tuan Salim Parlan, Ex INTAN Head of Department]
*.. a PTD officer must have the analytical, adequate knowledge and multi-tasked skills in order of them to perform as the advisor to the Government..*
[anonymous]
to me..
PTD is a person who possess these basics skills:
* able to lead, to delegate, to distribute, observant, adapt, resourceful, well planned, strong willed, Team Player.... and the most important is RIGHT ATTITUD
pendek kata kalau nak jadi PTD, penampilan memang penting sangat. Badan kene fit. Ade sesi amik gambar berlima, so masa amik gambar tu, pos lah cantik2 tau
Catat Ulasan