Jumaat, 15 Januari 2010

Penolong Pegawai Trafik Udara (AATCO)


  ATCO yang tengah bertugas

Memang lama kita tak mendengar perkembangan calon-calon yang lulus temuduga yang lepas. Mereka sebenarnya belum lagi dipanggil untuk temuduga yang seterusnya. Saya sendiri dah hampir lupa dengan perkara ini.

Sebenarnya mungkin pihak SPA lambat mendapat tarikh yang sesuai untuk memanggil calon-calon untuk temuduga seterusnya. Ada sesetengah calon yang dah berputus asa dan bosan menunggu kerana membayangkan yang mereka tidak akan dipanggil sampai bila-bila........

"Janngan putus asa and buckle up!"
Ini merupakan satu gangguan dan cubaan untuk melihat sama ada anda benar-benar berminat dengan jawatan ini atau sekadar ingin memenuhi keperluan anda yang terdesak.

Saya dengar yang SPA nak menetapkan tarikh seterusnya. Jadi pesanan akak pada adik-adik yang mungkin akan dipanggil untuk temuduga ini agar bersedia dan pastikan tahap kesihatan dan kesediaan anda semua adalah ditahap optimum dan begitu lah seterusnya.

Mungkin anda semua perlu membaca kembali posting saya berkaitan jawatan ini :

http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/10/pegawai-kawalan-trafik-udara-atco.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/09/penolong-pegawai-kawalan-trafik-udara.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/08/pegawai-kawalan-trafik-udara-atco.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/06/contoh-dan-skop-soalan-atco-ass-atco.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/11/penerbangan-air-asia-dari-kul-ke-kb.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/05/tips-peperiksaan-pegawai-kawalan.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/10/kawalan-trafik-udara-atc-sambungan_01.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2008/10/pegawai-kawalan-trafik-udara-a41.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/10/kawalan-trafik-udara-atc-sambungan.html
http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/07/yang-anda-perlu-tahu-tentang-kerjaya.html


wow banyaknya nak baca.......

Tapi kalau anda rajin membaca, lebih banyak ilmu yang anda dapat. Jika anda pernah baca semua posting ni, anda boleh ulang kaji semula untuk mantapkan diri menghadapi temuduga.

Selain dari itu, anda juga digalakkan membeli buku ini :



Ini adalah rujukan tambahan. Sebelum ini saya pernah tawarkan untuk pinjamkan buku ini pada anda semua. Tetapi kerana permintaan yang terlalu ramai, saya tak dapat memenuhinya. Tapi anda boleh dapatkan terus di sini.  Buku ini telah di perbaharui kandungan nya sesuai dengan keperluan semasa. So yang ada kat saya tu pun dah tak update. Murah je iaitu RM 40 semasa promosi. Kalau tak promosi saya rasa ia lebih mahal.

Jangan sayang duit untuk melabur kepada sesuatu yang kita memang benar-benar inginkan......Bulat tak datang bergolek dan pipih tak datang melayang......

Pada semua, saya ucapkan selamat berjaya!

Ruang dalam menara kawalan trafik udara KLIA (gambar ni akak amik kat internet je...)

4 ulasan:

Munir Kangsari berkata...

Thanks Kak Mila kerana sentiasa menitipkan pesanan2 yang berharga buat adik2 yang sedang galau hati menunggu panggilan temuduga.

Unknown berkata...

yelah...akak kan tak dapat, at least ada la sape2 yg kat sini dapat jawatan ni..... :)

ayisy berkata...

salam akak. bila sebut spa, teringat zaman lepas spm dulu. kwn2 sibuk buat permohonan. huhuhu..

Unknown berkata...

ye la ayisy, ni lah dunia kerjaya kami ni....SPA, SPP, JPA, sume tu istilah yang kene tahu bila dah nak keje nanti tau...

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...