Jumaat, 31 Oktober 2008

Pegawai Kawalan Trafik Udara A41

Pada 4 November 2008 (Selasa) ini akan diadakan peperiksaan khas bagi jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara di Hotel City Bayview Melaka. Peperiksaan ini terdiri dari 2 bahagian yang utama. Berikut adalah sedikit maklumat yang saya telah kumpul sebagai gambaran kasar tentang peperiksaan tersebut. Tips yang paling penting adalah menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Ini kerana jumlah soalan yang banyak dalam masa yang sangat terhad. Apapun saya mengucapkan selamat menjawab soalan!

Pegawai Kawalan Trafik Udara (A41):

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik Area Control di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

BAHAGIAN I - PSIKOLOGI

Bahagian ini mengandungi 2 seksyen iaitu:

SEKSYEN A - SAHSIAH

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur kecergasan personaliti iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

masa - 40 minit
jumlah soalan - 129 (aneka pilihan)

SEKSYEN B - MINAT

masa - 40 minit
jumlah soalan - 227 (aneka pilihan)

BAHAGIAN II - KECENDERUNGAN

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM

Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan hal ehwal semasa, politik, sosial, sains, teknologi, sastera, kesenian, sukan, ekonomi, dan lain-lain perkembangan.

masa - 45 minit
jumlah soalan - 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini bertujuan menguji kebolahan daya menyelesaikan masalah, kecekapan pemahaman permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak.

masa - 30 minit
jumlah soalan - 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN C - KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Aspek yang diukur ialah:
(i) Kemahiran memindahkan maklumat;
(ii) Kefahaman;
(iii) Kemahiran tatabahasa dan kosa kata

masa - 30 minit
jumlah soalan - 25 (aneka pilihan)

NOTA :
Hanya calon yang LULUS Bahagian I dan II (Bertulis) akan dipanggil menduduki Bahagian III (Ujian Lisan)

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...