Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Isnin, 22 Mac 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis
Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam
perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh
kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian
dan terbitan para
kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak
tambah darah kita
kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya
Nabi kita tidak
menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak
ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb
hati merupakan
organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan
dineutralkan. so kepekatan
toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin
tersebut serta
bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains
keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk
kesihatan. Namun
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita
selain susu dan
madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang
Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun
kambing juga adalah
makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak
merendahkan pemakanan Nabi
kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang
kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun
sebenarnya
McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan
kolesterolnya dan
paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan
makanan yang
langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu
sangatlah
beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula
tinggi, berasid, pH
dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para
Melayu kita juga
yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak
mengwar-warkan kebaikan
minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya
soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan
kesuburan lelaki
dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan
risiko kanser
payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan
otak dan tulang
sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen
kat wanita. pastu
soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc
yang penting untuk badan kita terjejas.



Artikel ini datangnya dari emel saya. Saya copy dan paste kan di sini. Mungkin ada sesetengah emel yang kita ignore kerana kesahihannya diragui, tapi saya sebenarnya dah lama sedar tentang ini. Sebenarnya orang yahudi sangat menjaga pemakanan mereka. Mereka makan makanan yang sihat, halal dan penuh kebaikan contohnya minyak zaitun, buah delima, anggur, daging kambing, susu kambing.... dan lagi satu perkara rupanya kopi tu juga minuman kegemaran mereka rupanya...tapi kopi yang mcm mana ek?

Lagi satu tentang makan organ dalaman haiwan....sebenarnya memang tak baik utk kesihatan. Untuk menambah kepekatan darah, makan lah buah delima. Begitu juga dengan susu kambing yang memang lebih baik dari susu lembu. Orang yahudi menjual susu lembu untk dunia tetapi memberi rakyatnya minum susu kambing.

Sebenarnya banyak pembohongan yang dilakukan ke atas ummat islam. Kita sangat malas untuk menyelidik dan mengkaji. Itulah kelemahan kita. Kita sangat kolot dan suka mengikut-ngikut sahaja. Buka minda dan fikirkan sedalam-dalamnya....pasti anda akan dapat menerimanya.

Rabu, 20 Januari 2010

TIPS CEGAH JENAYAH

(Dipetik daripada www.nuclearmalaysia.gov.my)

Walaupun secara asas, umum mengetahui dan pernah mendengar atau membaca sebelum ini, beberapa info dan tips yang diperolehi kemungkinan dapat membantu pembaca-pembaca Harakahdaily sebagai langkah awal mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah di persekitaran mahupun di kawasan perumahan. Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri taklimat ringkas dan sesi dialog Polis Diraja Malaysia daripada cawangan Balai Polis Tun Razak bersama dengan para penduduk di kawasan penempatan penulis yang dirasakan maklumat yang diberikan dapat dikongsikan serba sedikit demi menjaga keselamatan bersama dari segi harta lebih-lebih lagi nyawa.
Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :

1. Jangan melawan atau jadi hero!
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).
Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk
membezakannya. Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka. Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan

Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di
dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan
jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik
penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa. Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut. Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan
berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam
kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah
ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging.
Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersamasama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang
Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan. Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis. Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat
Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa
polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan
di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

9. Wanita dan beg tangan
Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda
berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg
tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan
Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi
perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan
rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri
Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian
Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan
atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan,
rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan. Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline
disimpan dalam telefon bimbit anda)







terima kasih kepada :

Indah dan sempurnanya marcapada ini
Laman blog saya: www.nikmat4u.blogspot.com
www.nurrm.com/?id=abunaim09

Khamis, 12 November 2009

Mila Menulis Tentang Isu Penangkapan Dr. Asri

Semenjak berita penangkapan Dr. Asri menggemparkan seluruh Malaysia, saya seakan-akan baru mula tersedar akan perbezaan pandangan yang di bawa oleh beliau. Saya selalu membaca penulisan beliau dalam Blog Minda Tajdid,  namun mungkin kerana sifat yang tidak kritis dan cetek ilmu agama, saya tidak mengkaji perbezaan tersebut.

Setakat yang saya belajar dan saya faham, Agama Islam mempunyai 4 sumber rujukan yang diterima umum iaitu Al-Quran, Sunnah, Hadith dan Ijma'.  Al-Quran merupakan sumber rujukan utama ummat islam namun terjemahan Al-Quran ini mempunyai banyak pendapat. Sunnah merupakan amalan yang lebih kepada perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan nabi akhir zaman. Baginda telah menyempurnakan segala ajaran islam untuk diamalkan oleh seluruh ummat akhir zaman. Hadith adalah segala percakapan Rasulullah yang disampaikan dari mulut kemulut dan terdapat beberapa jenis hadith yang boleh dipakai sebagai rujukan. Akhir sekali Ijma' adalah pendapat ulama-ulama yang terpilih yang akan berbincang tentang hukum sesuatu isu dan mereka menghuraikan islam mengikut keadaan dan situasi setempat. Ulama adalah pewaris nabi, maka di Malaysia, ia dinamakan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hanya empat ini rujukan Islam dan segala persoalan mengenainya perlulah diserahkan kepada yang berhak. Sekiranya ada sebilangan pendapat yang bercanggah dengan ASWJ, maka perlu kembali semula merujuk kepada ASWJ untuk dipastikan.

Jadi dalam isu ini, bukanlah tugas saya untuk menyalahkan sesiapa. Sebagai seorang yang beragama islam, saya sangat mengharapkan agar segala amalan dan ibadah saya diterima oleh Allah SWT. Jangan lah ada sebarang penyelewengan yang boleh mempengaruhi minda kita dari terus mengamalkan islam yang sebenarnya. Saya berfikir, jika ulama-ulama di Malaysia saling bercanggah pendapat, bagaimanakah kredibiliti mereka dalam menjadi sumber rujukan ummat islam? 

Saya pun berasa pelik bagaimana seorang ustaz mendapat sokongan dari rakan-rakan artis yang selama ini saya fikir tidak pernah menjadikan golongan ulama sebagai idola mereka. Selama ini saya melihat kebanyakan fatwa dari ulama tidak dihiraukan malah dipersoalkan. Namun dalam isu ini, Dr. Asri mendapat sokongan belakang, dari artis-artis. Dari situ saya berasa sangat pelik dan membuat saya berfikir.

Saya memohon maaf sekiranya ada individu yang tidak berpuas hati dengan pandangan saya ini. Walaupun saya bukanlah seorang yang belajar agama dengan mendalam, tetapi dari basic ilmu yang saya sebutkan di atas tadi, saya yakin dengan pendirian dan pegangan saya terhadap islam di Malaysia yang menjadikan ASWJ sebagai rujukan utama agama islam di Malaysia.

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...