Rabu, 22 Jun 2022

Our Blues drama review -malay version

 


Barisan pelakon-pelakon.

Rating saya 8/10.

Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepada yang belum menonton, tetapi ini adalah pendapat peribadi saya tentang drama tersebut.

Sudah tentu bagi yang ingin mengetahui jalan ceritanya tak perlu membaca penulisan ini. Saya cuma nak berkongsi tentang a big why perlu menonton drama ini.

Jalan ceritanya dari awal saya ingat sangat bosan sehingga terpaksa melajukan sedikit speed cerita. Tetapi rupanya cerita ini seronok ditonton kerana kesaratan ceritanya. Ia bukan cerita yang sempit tetapi dalam 20 episode ini, cerita kesemua watak berjaya diketengahkan dan boleh dikatakan banyak hero dalam drama ini. Ianya cerita masyarakat yang benar-benar berlaku dan terjadi di sekitar kita, malah setiap watak mempunyai pendirian tersendiri.

Apa yang paling saya suka adalah semangat setia kawan dan persahabatan yang kuat antara mereka. Saling menjaga antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan dan ia bukan setakat memiliki kekayaan dan kesenangan hidup. 

Setiap watak tahu untuk mengecapi bahagia tersendiri yang pastinya semua bahagia walaupun duit bukan segala-galanya. Kehidupan kampung yang sederhana namun walaubegitu mereka terlihat kaya dan bahagia.

Cerita ini pada mulanya bersifat antagonis, namun rupa-rupanya mereka mempunyai sisi kemanusiaan, kasih sayang dan kebahagiaan tersendiri.

Bagi saya yang suka kan cerita-cerita yang lain dari yang lain terutama fiksyen, cerita ini memang memenuhi citarasa saya. Sepanjang menonton drama ini, saya rasa terbawa-bawa watak-watak drama ini sehingga kadang-kadang termenung memikirkan delima kehidupan masing-masing. 

Saya sarankan drama ini dalam list drama anda. Saya sangat yakin anda tak akan menyesal. 

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...