Khamis, 2 Jun 2022

Dari Seremban Ke Kundasang Part 2

 Tiktok video Kundasang

Part 2

Malam tak nyenyak tidur, biasala tempat baru. Tapi malam tadi hujan, kira-kira pukul 12.30 malam baru hujan berhenti. Akak tau kalau malam hujan, esok pagi mesti kabus tebal. Pukul 5.00 pagi dah terjaga sebab subuh kat sini awal, 4.50 pagi dah masuk, jadi bangun terus siapkan diri. Hajat nak turun tengok gunung waktu subuh tapi disebabkan kawasan keliling resort ni hutan, jadi akak tak jadi turun. Lepastu pagi tadi macam dengar bunyi pelik lepastu diikuti dengan salakan anjing (macam mistik pula). Tambah lagi takut. Tapi akak tak fikir la hantu ke apa, sebab bunyi tu macam bunyi gajah. Tapi Diorang kata kawasan ni mana ada gajah. Ya tak ya juga, orang tanam sayuran bersepah je kat sini, kalau ada gajah mesti habis dah tanaman diorg semua. Tak tahu bunyi apa, jadi tak perlu fikir.

Kami turun pukul 6.00 pagi. Kat sini dah terang. Berjalan sedikit ke tempat tengok gunung betul, memang tak nampak puncak dia. Penuh kabus. Nampak sampai Laban Rata sahaja. Tapi kami tetap ambil gambar sebab masih cantik, dan suhu sejuk akak rasa dalam 16 ke 18 darjah celcius. Sejuk, kene pakai cardigan atau jaket. Angin punya la kuat, udaranya bersih dan nyaman. Akak hirup la udara tu puas-puas (konon nak cuci paru-paru hehehe). Puas tengok dan ambil gambar kami pun naik nak bersiap ke Dairy Farm. Tip penting nak masuk ke dairy Farm adalah, kene beli tiket online. Ni penting ya bagi mengelak jem kat pintu masuk. Tiket murah je. Lepas beli simpan qr code untuk di imbas di pintu masuk. Kami ambil sesi pagi, pukul 8 pagi sehingga 11 pagi sebab banyak tempat nak pergi. Pergi pagi elok, orang belum ramai. Pukul 8.30 kami dan sampai dalam ladang. Dairy farm ni rupanya kawasan yang paling tinggi kat sekitar gunung kinabalu. Nama tempat tu Mesilaou. Lagi sejuk dari Kundasang. 

Masuk ke dalam ladang, ada banyak aktiviti kita boleh buat. Antaranya, melihat proses memerah susu lembu, bagi makan lembu dan kambing (sediakan duit kecil sebab diorang tak kan pulang baki duit. Dia dah bagitau awal-awal), Makan aiskrim dan kudapan, ambil gambar sekitar ladang (pemandangan cantik ala New Zealand), tengok lembu lepak-lepak dan makan rumput sambil-sambil lembu tengok kita, jalan-jalan ditaman bunga (bunga bersepah pun cantik) dan ambil la gambar sampai lebam.

Tip utama adalah sila pakai kasut yang bersesuaian. Pakai mask, bukan pasal covid tapi sebab bau kandang lembu yang sedia maklumlah. Dah puas jalan-jalan, ambil gambar dan makan kita pun keluar dari ladang. Ambil gambar lagi di sekitar jalan balik, cantik wehhhh. Ada satu resort yang banyak patung-patung mickey mouse, ambil lagi gambar. Ambil gambar ni semua ada orang jaga dan kene bayar duit tau. Macamtu je orang kundasang buat duit. Dah settle kita turun balik ke kundasang. Hajat nak cari rabbit farm, tapi tak berapa menarik. Ladang strawberry pun dia kata ada tapi tak menarik juga. Jalan masuk tempat tersebut sukar di akses dan jalannya sempit. Kalau ada kereta nak berselisih tak boleh, terpaksa mengalah. Bayangkan jalan bertebing-tebing macam mana nak menepi, nak mengundur pun kalau lesen ko cap P atau jenis takut, tak payahlah. 

Keluar dari mesilaou dah pukul 11.00 pagi jadi kami decide pergi cari makan tengahari. Kami tengok sekitar kundasang macam tak menarik nak makan, jadi kami teruskan ke Ranau. Ranau dalam belas kilometer dari kundasang, tak jauh tapi masa pergi kami rasa jauh sangat. Pokok-pokok bagi salam. Sampai pekan Ranau banyak kedai makan melayu korang pilihlah. Kami makan di Restoran Sri Hasanah. Tapi citarasa restoran ni tak berapa kene dengan tekak jawa kami. Bukan tak sedap, tapi memang ni citarasa Sabah. Kalau dah biasa pergi sabah faham lah. Kalau dulu lagi lah susah nak dapat makanan muslim. Kedai mamak pun belum tentu halal. Tapi sekarang dah banyak, sebab banyak orang semenanjung berhijrah ke sana buka restoran. Next time maybe kami nak try restoran anjung selera Ranau. Kami tengok ramai orang aritu. Balik dari makan tengahari, kami singgah rabbit farm. Hujan turun dengan lebatnya semasa kami sampai ke situ. Tak dapat masuk rabbit farm cuma dapat tengok arnab berlari-lari mencari tempat teduh. Rabbit farm di ranau ni akak recommend sebab dia besar dan jalan masuknya tersusun sikit.

Memandangkan hujan lebat kami pun berpatah balik ke Kndasang. Kalau nak ke kolam air panas Poring jauh lagi ke depan. Tak larat lah akak, jadi balik je singgah beli sayap madu wak ali kat tepi jalai kundasang. Sayap madu wak ni glamour juga. Beli RM40 terus, satu sayap harganya RM2.50 sahaja. Kami beli banyak-banyak sebab nak buat makan malam. Malam nanti tak perlu keluar lagi. Boleh masak nasi dalam bilik sahaja.

Sepanjang perjalanan ke kundasang, menikmati pemandangan, kami singgah di roundabout. Di sana ada miniature2 yang menarik untuk OOTD. Jadilah akak budak ootd sekejap ambil gambar sana sini. Tapi ni pun berbayar juga tau bukan free. Dewasa RM5, kanak-kanak RM3 sekali masuk. Angin punya la kuat. Pemandangan pun cantik berlatarkan gunung. Tapi macam biasala akak dah cakap, kalau dah petang, puncak gunung tak nampak dik. Tapi dari jauh tu akak boleh nampak Dairy Farm yang kami pergi pagi tadi. Masatulah baru akak tau dairy farm tu paling tinggi sekali.

Siap ber ootd kita cari 99speedmart. Ada kat sabah ni. Akak nak cari air mineral dan sedikit jajan anak untuk makan malam nanti. Barang dalam mart ni tak sebanyak kat semenanjung tapi banyak barang tempatan sabah. Air mineral Darsani yang akak beli. Kagum sekejap sebab air ni dari tempat akak, kilang cocacola tu. So far mana-mana barang dari semenanjung harganya mahal sikit je. 

Sampai bilik kami rehat je. Makan malam dan tidur. Malam tu sejuk je sama macam malam first. Anak akak duduk-duduk kat balkoni dan keluar masuk. Alhamdulillah tak ada nyamuk masuk. Bunyi unggas malam kuat kedengaran. Dah lama tak dengar bunyi-bunyi ni. Teringat masa kecil dulu tinggal kat kampung.

bersambung part 3 esok.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...