Sabtu, 30 November 2013

Ayam rebung masak lemak cili api (ala nogori)



Sodap botul!

Rebung banyak khasiatnya. Antara khasiat rebung adalahkandungan serat yang tinggi dan karbohidrat kompleks yang boleh mengurangkan kolestrol dan mencegah penyakit jantung. Ada juga khasiat lain seperti vitamin c dan lain-lain.

Jika kita perhatikan, rebung sangat popular sebagai makanan orang jepun dan cina. Jadi tak hairanlah jika makanan ini memang kaya dengan khasiat sebab kita pun tahu yang orang jepun memang menjaga makanannya.

Ayam rebung masak lemak cili api.

Bahan-bahan:

Rebung
Cili padi ditumbuk lumat
Kunyit hidup atau serbuk
Serai
Asam keping
Ayam dipotong kecil/ikan/daging/daging salai pun boleh
Santan (lagi pekat lagi sedap)
Garam dan sedikit gula

Cara-caranya:

Rebus rebung sehingga masak.
Masukkan ayam, serai, kunyit, serai dan cili padi ke dalam periuk dengan sedikit air. Masak hingga ayam empuk. Masukan asam keping.
Toskan rebung yang sudah masak
Masukkan rebung ke dalam periuk ayam tadi. 
Masukkan santan pekat.
Garam dan sedikit gula untuk menggantikan perasa atau ajinomoto.
Kacau semasa mendidih. Sukatan kuah mengikut citarasa. Tetapi santan mesti pekat.
Setelah masak rata, boleh dihidang.

Isnin, 25 November 2013

Boleh kah menyusu anak semasa sakit

BOLEHKAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?

SOALAN:
Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding).

Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.

Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F). 

Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat. 

Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.

Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui. 

Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka.

Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja. 

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka. 

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat. 

Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa menyekat penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.

Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrient dan antibodi melawan kuman. 

Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibody ini disalurkan kepada susu ibu. 

(rujuk: Schulman CI, Namias N, Doherty J, Manning RJ, Li P, Elhaddad A, Lasko D, Amortegui J et al (2005). "The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study". Surgical infections 6 (4): 369–75)

Antara reaksi immunologi yang berlaku ialah:
1. Meningkatkan pergerakan leukocytes.
2. Menggalakan sel darah putih memusnahkan kuman
3. Mengurangkan kesan toksin
4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells)
(rujuk: Craven, R and Hirnle, C. (2006). “Fundamentals of nursing: Human health and function”. Fourth edition. p. 1044

Ibu yang demam juga digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi. 

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.

Jadi teruskan menyusukan menyusu bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog

Sabtu, 23 November 2013

Memasak dengan periuk ajaib!

Hari ni dapurku berasap. Dah beberapa kali menggunakan kuali ni. Rasa best sgt memasak...

Kuali ni di beli di Langkawi baru2 ni...sebelum ni cuma tengok di fb sahaja. Harganya pun mahal, tapi kalau kat Langkawi....u all akan kagum dengan harga dia. Ada macam- macam saiz...terpulang...nak vantage pun boleh sangat...tapi saya pilih yang ni sebab paling besar. Husband suruh ambil yang ini. Sebenarnya nak vantage...tapi dia cakap senang nak masak apa pun...so ikutlah kan...lagipun dia yang nak membayar...awwww


Dapur pun tak berbau ikan dengan kuali ni. Semasa menggoreng kita tutup. So baunya tak keluar....


Tak melekat, senang nak paling walaupun belum garing....


Bila garing pun tak lah hangus..masak sama rata walaupun minyak sedikit...


Inilah siakap 3 rasa dengan kuali ajaib. Senangkan memasak...dapur pun tak comot..minyak jimat...makan pun sodap.



Khamis, 7 November 2013

Karipap giant



Lokasi sebelah Klinik Kesihatan Pekan Salak. Orang kawasan KLIA tahu lah tempat ni. Besar betul  karipap ni. Inti dia kentang, telur dan ayam. Sebiji karipap ni boleh makan 3 ke empat orang yang tak lapar setakat nak minum-minum petang je. Meh lah sini kalau nak makan karipap besar ni. Harga pun tak lah mahal sangat.



Rabu, 6 November 2013

Kedai Komputer anda

Hi there,

Hish cakap omputih kengkonon je...

Assalamualaikum semua....
Dengan rendah hati saya menjemput semua kawan-kawan melawati blog terbaru saya Kedai Komputer

Bisnes terbaru saya setakat ini...semoga berkekalan hendaknya...yelah mana tidaknya sepanjang 32 tahun hidup di muka bumi Allah swt ni dah bermacam- macam bisnes yang saya ceburi dan Alhamdulillah ada yang untung malah ada juga yang rugi. Tapi gagal sekali tak bererti gagal selamanya. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan, ini lah bisnes pertama yang betul- betul mengguna pakai kelulusan degree sains komputer saya. Ada rakan yang sanggup offer saya bisnes ni walaupun kami baru je kenal. Terima kasih pada dia.

Jadi apa tunggu lagi? Kawan2 boleh like page saya. Di sana kita boleh berurusan. Maklumlah kita semua ni ada laptop atau pc kan....jadi kalau ada masalah dgn pc bole call saya. Pengambilan dan penghantaran pc/laptop percuma satu malaysia.

Kawasan berdekatan Politeknik Nilai, IPGM Nilai, Eltc, TKC dan IAB Nilai, sila order dgn saya.




Mila -0122936597

Jumaat, 2 Ogos 2013

Anugerah cinta terindah


Assalamualaikum, 

Sorry to long tak upload apa2 cerita.....tau kenapa? Sebab cct tak boleh tengok ipad lama2 kecuali main game aje....ni semua kerana morning sickness dan hipertension impact dari pregnancy....Alhamdulillah semuanya selamat dan pada 9 Julai 2013 lalu cct dikurniakan seorang puteri yang comel...hehe...awal 3 minggu dari due date yang sebenar...tapi semuanya ok dan sekarang cct sedang dalam tempoh berpantang 44 days...hari ni hari yang ke 25...

Kakak yang sangat excited dapat adik girl...boleh main pondok-pondok sama

Cerita tentang pengalaman melahirkan memang lah tak terkata. Tambahan pula cct dah 6 tahun tak pregnant..jadi macam bersalin anak sulung lah gayanya...tapi berkat kekuatan dan ketabahan tak boleh mengalah, baby keluar juga dengan normal delivery...walaupun ada hipertension semasa mengandung dan semasa nak bersalin pun tekanan darah di monitor 1/2 hourly..tapi berjaya juga. 

Kepada ibu2 yang bakal melahirkan, pesanan cct terus usaha dan jangan putus asa...buat sehabis baik ok! Jangan mengalah! Semoga semuanya selamat....amin






Khamis, 28 Februari 2013

Secawan kopi dan gula

Ada pepatah inggeris mengatakan life is a cup of coffee..kopi boleh menerangkan tentang seseorang itu. Mmm macam mana ye? Jangan cuba merepek di sini...

Sebenarnya, ada satu cerita yang cct dengar hari ini. Sebenarnya cct ni seorang yang cepat simpati...hati lembut. Bila mendengar cerita gadis ni, cct memang mudah cair. Tapi apa yang cct nak highlight kan di sini bukanlah tentang cerita gadis malang tu..tapi, tentang kita yang mendengarnya, tanggapan dan sikap kita sebenarnya.

Memang tak dinafikan, gadis ini telah melakukan satu kesilapan, salah di mata manusia tapi ia telah halal di sisi Allah swt. Memang salah, menikah di Thailand tanpa restu ibu bapa. Tapi dia telah menikah. Secara automatik, hubungan itu halal, cuma tanpa restu ibu bapa. Cuba bayangkan sepasang couple dengan sepasang suami isteri...mana yang lebih baik? So dont judge other people because you are not perfect!

Cct ada anak juga...bila mendengar cerita begini, cct mmg tak mahu komen banyak. Risau berlaku pada keluarga sendiri, tapi mintalah di jauhkan....

Islam juga mengajar kita supaya tidak mengaibkan orang lain. Sesuatu keaiban itu tak elok di sebarkan. Semoga Allah swt menutup keaiban kita di akhirat nanti...

Kepada gadis itu, harap tabah menghadapi tohmahan dan bersedialah mengubah diri.

Sambil tu tengok menu yg cct dah try, first ayam masak lemak cili api dan second soto...yum yum



Isnin, 25 Februari 2013

Bangi dan Ana ikan bakar petai

Baru-baru ni, cct dan famili singgah ke restoran ni. Dah lama mendengar nama tapi baru kali ni dapat mencuba. Awal-awal lagi kami dah sampai ke restoran ini. Mudah saja mencarinya, hanya tak berapa jauh dari round about bangi selepas tol. Restoran ini terletak bersebelahan dengan balai bomba.

Menu yang di pesan cuma ikan bakar, sotong goreng tepung, sayur-sayur dan telur dadar. Sementara menunggu masakan tiba, cuba pekena kropok lekor dari kiosk berdekatan. Sekejap sahaja parking lot depan restoran dah dipenuhi kereta pengunjung. Walhal waktu masih siang dan belum maghrib lagi. Maknanya kalau lambat datang, mesti susah mendapatkan tempat kosong.

Bila tiba aje makanan, kami pun makan dengan seleranya...apapun bagi cct, makanan kat sini ok terutamanya ikan bakar petai. Petai memang banyak dan sambalnya boleh tahan. Ditambah dengan kuah asam dan kicap. Tapi, eh ada tapi pulaknya....cct masih teringat masakan seafood di Bagan Lalang...

Apapun, jangan buat andaian apa-apa ye.....enjoy makan di sini...dan cct alu-alukan anda mencuba.



Rabu, 20 Februari 2013

Sambal goreng singapore

Siapa pernah makan Sambal Goreng Singapore? Selama ni, cct cuma dgr aje, tapi bulan lepas cct melawat rumah kakak di kulai johor dan malam tu kami menghadiri kenduri doa selamat saudara dari singapura.....guest what? Cct dapat mkn menu ni...sedap!!!

Ramuannya terdiri dari daging, paru, hati dan limpa lembu yang digoreng garing secara berasingan dan dikacau dengan sambal. Prosedur membuatnya agak remeh which is cct tak kan boleh buat la kalau tak rajin tahap gaban!

Tapi memang lah sangat sedap...kalau makan dengan lontong lupalah rendang...apapun, kawan2 yang ada peluang nak cuba, jangan tak cuba tau!


Provided by All Famous Quotes

Follow my post