Rabu, 13 Jun 2012

Citarasa Segamat, Johor


Restoran An Najah

Saya orang Segamat...Sayang Segamat....Ye lah kan, tanah kelahiran ni....walau sejauh mana aku pergi, Segamat tetap di sudut hati..Walaupun kini menetap di Nilai dah...

Sebenarnya kat Segamat ada banyak makanan yang menarik dan sedap belaka. Olehkerana masyarakat Segamat ni adalah campuran dari Melayu, Jawa, Mamak, Cina, India dan India Muslim...Orang felda dan Orang Asli pun ada...jadi pelbagai makanan terdapat kat sini. Kalau dulu Segamat terkenal dengan Durian, sekarang semakin berkembang. Durian Segamat orang kata lebih sedap...sebab durian kat sini adalah durian tanah berbukit...lain dari durian Muar atau tempat lain. Tak percaya, cuba lah durian yang betul-betul dari Segamat. Kene cari orang segamat yang ada kebun durian lah gamaknya.

Gambar kedai kat atas tu adalah kedai melayu yang menjual Nasi beryani yang top kat Segamat. Kalau makan, berasap pedasnya....tapi memang sedap...Kalau balik Segamat, memang singgah kedai ni makan atau bungkus...Terletak di sebelah Stesen Minyak Caltex di Buluh Kasap. Mudah je carinya, tepi jalan aje. Ada Beryani Kambing dan Ayam. Harga rm6 sepinggan. Bukan kedai Mamak ye...memang 100% Melayu.
 


Murtabak paling best di segamat...ala-ala murtabak singapura

Tapau je...

Kedai kat atas ni adalah kedai mamak, tapi pembuat rotinya adalah melayu. Tapi murtabak ni sangat popular semasa bulan Ramadhan. Orang akan beratur lama menunggu murtabak ni...Apa yang special sangat ya?

Murtabaknya besar macam singapore punya. Ada daging atau ayam...kuahnya kuah jeruk bawang dan timun atau kuah dal. Sekeping cuma rm6 tapi cukup untuk 4 orang makan. Kalau Nak yang besar pun boleh, tapi saya tak pernah order...Mesti cuba kalau sampai ke Segamat. Lokasi kedai di Taman Yayasan Segamat...Sebaris dengan kedai Maxis dan Stesen minyak Shell.

Cendol paling sedap di segamat

Sebaris dengan restoran Murtabak ni, ada kedai cendol segamat....Taukey cendol ni dari atuk sampai ke cucu masih mewarisi perniagaan ini. Ada banyak cawangan di Segamat, tapi ni cawangan Taman Yayasan. Sedap cendolnya, tapi tak boleh tambah free mcm cendol Leman Dawi....Ingat ye...kat Taman Yayasan juga...

Kedai makan lain yang popular kat segamat ni adalah Johan Ikan Bakar..Buka malam sahaja. Tapi kat situ pun best kalau nak order sea food. Lagi Restoran sebelah masjid Jamek Segamat. Malam juga beroperasi...kat situ boleh kata semua pekerja lelaki....boleh tahan la jugak muka...sambil jamu perut, dapat jugaklah melihat pemandangan yang indah-indah....hehe bukan lelaki je boleh jamu mata ye....Tapi tu semua kedai makan malam...Untuk makan tengahari, anda boleh cuba, Restoran Asam Pedas di Jalan Genuang, di barisan kedai baru di sebelah petronas jalan genuang. Sebelah Sekolah Paduka Tuan. Tapi kalau nak makan kat situ, kena datang cepat sikit, sebab kedai ni tutup jam 4 petang. Orang pun ramai makan kat sini...kalau lewat datang, lauk pun kurang la...

Banyak sebenarnya tempat makan kat segamat ni. Tapi semuanya citarasa melayu dan boleh dikatakan tiada restoran sea food siam kat sini.

Lain kali kalau ada tempat makan baru, saya akan update k...Selamat Melawat Segamat!!!
 



Selasa, 12 Jun 2012

Sunset yang indah dari anjung rumah...


Mentari di ufuk barat
Dari anjung rumah...

Kalau nak tgk matahari terbenam...boleh lah tengok dari rumah saya...rumah tinggi...atas bukit pula...jadinya view mmg cantik....waktu ni tak lalu pula kapal terbang...nanti saya cuba shoot sunset dengan kapal terbang....so sekarang ni tengok dulu pemandangan ni ye....

Isnin, 11 Jun 2012

Sotong Tumis Kunyit

Simple dimple, Sotong Tumis Kunyit 

Lagi resepi simple, sebab kami ni golongan ibu2 yang berkerjaya, kurang sikit masa nak mengadap dapur...biasa limit time utk masak saya ditetapkan hanya 1 jam je...kalau lagi kurang lagi best. jadi resepi ni saya masak dalam 15 minit je...dengan syarat sotong dah dibersihkan awal-awal....

Bahan-bahan :

1. Sotong
2. Bawang
3. Bawang putih
4. Cili
5. Serbuk kunyit
6. Sedikit minyak

Mula-mula, hiris lah sotong kecil-kecil, tumiskan bawang, bawamg putih dan cili. Bila naik bau saja, terus masukan sotong. Kacau rata dan masukkan serbuk kunyit...sedikit je agak-agak warna kuning. masukkan sedikit garam dan sedikit gula.....masak sehingga sotong cukup masak.....akhir sekali hidangkan.... 

Nasi panas dan ulam pegaga. Sodap sungguh la.....

Masa masak lauk ni saya dah masak asam pedas ikan duri...tapi gambar tak attach kat sini sebab tu adalah signature dish saya...memang selalu sangat masak asam pedas. Orang Johor lah katakan.....

Selamat mencuba ye....

Selasa, 5 Jun 2012

Ikan Asam Nenas

Hidangan sihat, Ikan Asam Nenas

Hari ni puasa, jadi petang tadi lepas balik keje terus masuk dapur.

Resepi harini mmg dah di rancang dari weekend lalu..jadinya dah beli nenas simpan dalam fridge. Simple je resepi ni..boleh disiapkan dalam masa 15 minit jew...

Mula-mula, masak nasi dulu ye...ok now start.

Bahan utama :
1. Ikan Kembung 6 ekor (ikut selera) - apa-apa ikan pun boleh...cuci bersih dan pastinya yang segar dari ladang.
2. 1/2 biji Nenas dipotong-potong. Nenas yang baru nak masak...macam mana nak tau..tgk kulit,pilih yg belum kuning.
3. Serai 1 atau 2 batang.

Bahan kisar :
1. Cili merah 3 batang (kalau suka pedas, boleh guna cili padi merah)
2. Sebiji tomato (secret recipe ni tau....)
3. Satu sudu kecil serbuk kunyit

Mula-mula, masukan bahan kisar ke dalam periuk, campurkan 3 cawan air....didihkan. Apabila mendidih masukan nenas, ikan dan serai...didihkan lagi...akhir sekali masukan garam secukup rasa....

Tak perlu tambah gula sebab nenas sudah agak manis. Tak perlu asam keping sebab nenas dah cukup masam. Just nice.....

Bila semua dah mendidih dan ikan cukup masak, angkat dan boleh disantap dengan nasi panas...sediakan sedikit ulaman dan jangan lupa sambal tempoyak..hehe

Selamat mencuba!!!

Ahad, 3 Jun 2012

Bubur Kacang Durian

Bubur Kacang Durian

Balik kampung kali ni, durian banyak melana gugur..kebun kat Muar...(jauh tu mengulang dari segamat...)

Apabila dah banyak sangat durian nya, maka si Suami pun mencadangkan, buat la bubur kacang durian...nak di bawa ke ofiice malam ni...Jadi tercengang cengang lah saya mencari bahan-bahan nak buat bubur. Pagi tadi ke pasaraya mencari ramuan. Petang tadi mula lah projek bubur kacang durian.

Bahan-bahan :

Durian (bahan utama)
Kacang hijau
Santan
Gula merah/gula pasir/gula melaka (ikut selera...)
kalau guna gula melaka, baunya lebih wangi...dan berwarna perang.
Garam (wajib bila masak bersantan)
Daun pandan (optional)

Mula-mula....cuci sikit kacang hijau dan masukan dalam periuk. Air sehingga kacang tenggelam. Rebus sehingga separuh masak...Nak tahu mcm mana, bila kacang dah pecah sikit-sikit...kemudian tos kan airnya.

Sediakan santan dalam periuk...masukan daun pandan dan didihkan atas api. Bila dah didih sedikit, masukan   gula secukup rasa...jangan manis sangat ye...masukan secubit garam. Kemudian masukan kacang dan durian. Semuanya ikutlah secukup rasa, sebab saya memang tak reti sukat2 kalau masak. Bila semua dah mendidih, dan isi durian dah tanggal sikit-sikit, maka bubur tu dah cukup masak dan boleh dinikmati. Masuk dalam mangkuk dan sejukkan sedikit...Sedia untuk di santap le....

Simple je..tak susah. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kasih sayang...jadilah sedap masakan yang disediakan tu...Selamat mencuba..


Provided by All Famous Quotes

Follow my post