Ahad, 3 Jun 2012

Bubur Kacang Durian

Bubur Kacang Durian

Balik kampung kali ni, durian banyak melana gugur..kebun kat Muar...(jauh tu mengulang dari segamat...)

Apabila dah banyak sangat durian nya, maka si Suami pun mencadangkan, buat la bubur kacang durian...nak di bawa ke ofiice malam ni...Jadi tercengang cengang lah saya mencari bahan-bahan nak buat bubur. Pagi tadi ke pasaraya mencari ramuan. Petang tadi mula lah projek bubur kacang durian.

Bahan-bahan :

Durian (bahan utama)
Kacang hijau
Santan
Gula merah/gula pasir/gula melaka (ikut selera...)
kalau guna gula melaka, baunya lebih wangi...dan berwarna perang.
Garam (wajib bila masak bersantan)
Daun pandan (optional)

Mula-mula....cuci sikit kacang hijau dan masukan dalam periuk. Air sehingga kacang tenggelam. Rebus sehingga separuh masak...Nak tahu mcm mana, bila kacang dah pecah sikit-sikit...kemudian tos kan airnya.

Sediakan santan dalam periuk...masukan daun pandan dan didihkan atas api. Bila dah didih sedikit, masukan   gula secukup rasa...jangan manis sangat ye...masukan secubit garam. Kemudian masukan kacang dan durian. Semuanya ikutlah secukup rasa, sebab saya memang tak reti sukat2 kalau masak. Bila semua dah mendidih, dan isi durian dah tanggal sikit-sikit, maka bubur tu dah cukup masak dan boleh dinikmati. Masuk dalam mangkuk dan sejukkan sedikit...Sedia untuk di santap le....

Simple je..tak susah. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kasih sayang...jadilah sedap masakan yang disediakan tu...Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...