Isnin, 22 Mac 2010

Majlis Konvokesyen Diploma in Homeopathic Medical Science 2010 di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru

Pada 20 Mac 2010 (Sabtu) yang lalu telah berlangsung Majlis Konvokesyen Diploma in Homeopathic Medical Science 2010 di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Saya dilantik sebagai Pengerusi Majlis dan Penyelaras Protokol Majlis. Dah lama tak menguruskan majlis, rasa gugup juga, tapi dah diberi kepercayaan dan ini juga lobang duit.

Maka dengan rasa bangganya, saya pun mengambil peluang ini. Terima kasih pada Prof. Dr. Abu Naim Kassan dan Anz Vission Sdn. Bhd. yang telah menjemput saya.

Jadi saya nak kongsikan majlis tersebut pada kawan2 semua.....

Inilah flight KUL to JB

Cuaca berawan (cloudy), see...dah nampak land of Johor Bahru
Majlis yang sederhana, batch pertama DHMS

Graduan DHMS 2010 seramai 13 orang sahaja
Penganugerahan diploma oleh Prof. Dr. Mohd Syaff Suhaimi (middle sit), at his right, Prof. Dr. Suhaimi Sardi dan Prof. Dr. Abu Naim Kassan
Prof. Dr. Mohd Shaff Suhaimi (Presiden, Lincolnshire University International)
Tak sangka jumpa kawan sekampung di JB, rupa-rupanye, abang die pun salah seorang dari graduan







Perubatan homeopathy telah lama bertapak di Malaysia. Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah org melayu pertama yang membawa homeopathy ke Malaysia. Sebenarnya di barat, homeopathy telah lama mereka amalkan. Boleh dikatakan 50% dari mekanisme perubatan akan menggunakan homeopathy dalam proses penyembuhan.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web Persatuan Homeopathy Malaysia.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis
Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam
perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh
kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian
dan terbitan para
kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak
tambah darah kita
kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya
Nabi kita tidak
menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak
ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb
hati merupakan
organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan
dineutralkan. so kepekatan
toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin
tersebut serta
bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains
keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk
kesihatan. Namun
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita
selain susu dan
madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang
Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun
kambing juga adalah
makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak
merendahkan pemakanan Nabi
kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang
kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun
sebenarnya
McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan
kolesterolnya dan
paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan
makanan yang
langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu
sangatlah
beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula
tinggi, berasid, pH
dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para
Melayu kita juga
yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak
mengwar-warkan kebaikan
minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya
soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan
kesuburan lelaki
dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan
risiko kanser
payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan
otak dan tulang
sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen
kat wanita. pastu
soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc
yang penting untuk badan kita terjejas.



Artikel ini datangnya dari emel saya. Saya copy dan paste kan di sini. Mungkin ada sesetengah emel yang kita ignore kerana kesahihannya diragui, tapi saya sebenarnya dah lama sedar tentang ini. Sebenarnya orang yahudi sangat menjaga pemakanan mereka. Mereka makan makanan yang sihat, halal dan penuh kebaikan contohnya minyak zaitun, buah delima, anggur, daging kambing, susu kambing.... dan lagi satu perkara rupanya kopi tu juga minuman kegemaran mereka rupanya...tapi kopi yang mcm mana ek?

Lagi satu tentang makan organ dalaman haiwan....sebenarnya memang tak baik utk kesihatan. Untuk menambah kepekatan darah, makan lah buah delima. Begitu juga dengan susu kambing yang memang lebih baik dari susu lembu. Orang yahudi menjual susu lembu untk dunia tetapi memberi rakyatnya minum susu kambing.

Sebenarnya banyak pembohongan yang dilakukan ke atas ummat islam. Kita sangat malas untuk menyelidik dan mengkaji. Itulah kelemahan kita. Kita sangat kolot dan suka mengikut-ngikut sahaja. Buka minda dan fikirkan sedalam-dalamnya....pasti anda akan dapat menerimanya.

Jumaat, 12 Mac 2010

Urus wang cara mudah



Nazril menunjukkan Buku Wang Saku bagi menguruskan wang sambil diperhatikan Marx Aidit Samani (kiri).


KENAPA kita sukar menyimpan? Setiap kali pendapatan bulanan masuk akaun, habis digunakan untuk membayar sewa rumah, ansuran bulanan, bil, hutang, dihulur kepada orang tua, petrol dan makan setiap hari.
Bagaimanakah caranya untuk menyimpan dan adakah logik memperoleh amaun mencukupi bagi memulakan tabung simpanan jika tidak dipotong terus dari gaji?
Pengasas dan Presiden LVG Consultants, Nazril Idrus berkata, belum terlewat untuk golongan dewasa mula belajar cara-cara menyimpan dan menguruskan wang dengan betul.
"Saya sendiri merupakan akauntan bertauliah tapi pernah terperangkap hutang kad kredit sebanyak RM25,000 sampai kad kena potong depan mata!
"Rasa sungguh malu dan marah kepada diri sendiri kerana sepatutnya sebagai pengurus wang profesional (akauntan) tahu menguruskan wang sendiri," katanya.
Nazril kemudiannya mengikuti latihan bersama sebahagian penceramah dan pelatih terkemuka termasuk Blair Singer, Tharv Eker (penulis Secrets of a Millionaire Mind) dan Phil Town (Rule No. 1).
Menggunakan teknologi terkini, tenaga dan latihan berimpak tinggi beliau meliputi bidang kewangan, jualan dan pemasaran bagi lebih 1,000 peserta melibatkan selebriti, sektor korporat, perbankan dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut Nazril, golongan berusia 20 hingga 30-an merasakan masih terlalu awal untuk membina kubu kewangan. Mereka di kalangan usia 30 hingga 40-an pula percaya memiliki simpanan mencukupi sehingga hari tua.
Tetapi apabila mencecah 50-an, baru mereka sedari segala-galanya sudah terlewat dan sepatutnya simpanan untuk hari tua itu dibina 20 tahun lebih awal.
"Ramai mengalami kesukaran dari segi menguruskan wang. Malah tidak kurang juga terbabit dengan hutang, penalti caj lewat dan pelbagai bebanan kewangan," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar bengkel Kuasai Minda, Kuasai Wang Anda atau dikenali sebagai Buku Wang Saku di Harbour Place, Klang, baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Bahagian Pembangunan Profesional dan Peribadi LVG Consultants, Al-Jazzura Khan dan Pengarah Pemasaran Harbour Place, Marx Aidit Samani.
Bengkel berkenaan dikendalikan oleh jurulatih kewangan profesional termasuk Nazril sendiri dengan penampilan tetamu jemputan khas, Sazzy Falak yang juga isteri beliau.
Buku Wang Saku merupakan pendekatan praktikal dan efektif dalam usaha membantu individu membina 'kubu kewangan' tanpa mengira usia.
Ditujukan kepada golongan dewasa termasuk ibu bapa, guru, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah menengah dan rendah, kaedah tersebut merupakan titik permulaan menguruskan kewangan secara bijak dan mudah.
Menerusi bengkel tersebut, peserta dapat mengetahui kategori psikologi wang yang terbentuk sejak kecil dan cara mengubahnya dan mengenal pasti perbezaan antara keperluan dan kehendak untuk mengelak pembaziran.
Selain itu, ia memberikan aplikasi kaedah yang terbukti paling mudah dan terbaik dalam menguruskan kewangan, membentuk keyakinan mengurus duit dan aset serta memahami minda yang diperlukan untuk menguasai hidup dan wang anda.
Lokasi pertama bengkel bertempat di Harbour Place Lot 6683, Persiaran Raja Muda Musa, Klang (bersebelahan Pusat Perubatan Pantai Klang) bermula 10 pagi hingga 5 petang pada 14 Mac ini.
Bengkel kedua diadakan di Auditorium Sekolah Muzik Bentley (berhadapan The Curve Mutiara Damansara) pada 28 Mac juga bermula waktu sama.
Ingin mengetahui lebih lanjut? Kunjungi laman web www.lvgconsultants.com atau www.nazrilidrus.com dan klik butang SEMINARS.
Anda juga boleh hubungi ibu pejabat LVG di talian 03-77241889 dan bercakap dengan Mahafiz Yaakob.

utusan

Khamis, 11 Mac 2010

Alamat Mati Husnul Khatimah (Keadaan Baik)

1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan

keluarnya peluh di dahi", (Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.)

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun

yang mati pada siang atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari

fitnah kubur."

4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

a. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
b. Diselamatkan dari seksa kubur.
c. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
d. Diperhiasi dengan iman.
e. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
f. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. (Riwayat oleh Termizi,

Ahmad dan Ibnu Majah)


6. Mati kerana melahirkan anak.

7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "Taun itu satu kematian syahid bagi setiap

mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menanggungnya) (Riwayat oleh Muslim)


8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, "Dan barang

siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". (Riwayat oleh Muslim)


9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.


10. Mati terbakar. (Riwayat Tabrani)


11. Mati dalam nifas. (Riwayat At Tabrani)


12. Mati kerana sakit Tibi. Sabda Rasulullullah, "Orang yang mati kerana

menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." (Riwayat Tabrani)


13. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang

luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau

kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati di tempat tidurnya (setelah

berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka

sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". (Riwayat Daud)


14. Mati mempertahankan harta. (Riwayat Bukhari)


15. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh

kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." (Riwayat

Abu Daud)


16. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.


17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang

dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

18. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka

haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:"
A. Mejaga sembahyang 5 waktu.
B. Banyak bersedekah.
C. Banyak membaca Al Quran.
D. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:
1. Meninggalkan dusta.
2. Meninggalkan sifat khianat.
3. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4. Menjaga Kencing.

Terima kasih pada Bjue Corner atas post ini....
http://www.gayahidup.dunyahalal.com/index.php?id=91&mnu=91

Selasa, 9 Mac 2010

INTENSIF MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN (IMKK) BERSAMA DR. AZIZAN OSMAN

Weekend yang lepas, saya dan 5 orang sahabat AAA Bumi Agensi telah menghadiri Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan oleh Dr. Azizan Osman di Hotel Regency Kampung Baru Kuala Lumpur.


Our team

Banyak lagi ilmu yang kami dapat. Topik yang paling penting adalah :

1. Remind and Reprogramm - membersihkan minda ni dari semua perkara yang negatif...hanya think positif

2. Berfikir pantas dan bertindak pantas. "Fast action fast result"

3. Teknik Feel Good Statement (FGS) pada semua orang yang kita sayang

4. Teknik Alfa wave dengan muzik.

5. Rahsia Tarikh Lahir

6. Rahsia no phone, no plat kete dan macam2 lagi dan kaitan dgn hidup

7. Penting tentang rahsia Business Card

8. Perancangan kewangan cth tabung, pelaburan

Pendek kata memang banyak sangat. Bagi those yang akan hadir course ini, good luck dan cari lah ilmu sebanyak-banyaknye. Then for those yang dah sertai seminar ini, jangan lupa praktik kan dan kalau boleh apa yang baik itu sebarkanlah. Tapi bagi saya, saya amalkan tentang pengiraan tarikh lahir dan pada sesiapa yang nak detaile tentang tarikh lahir u all, boleh lah call/sms/emel/tinggalkan komen anda di sini. Tapi consultation akan dikenakan caj, tak mahal....Rm 10 je...

Kalau berminat, boleh hubungi saya dan saya akan berikan no akaun saya utk bank in bayaran. Saya pastikan anda akan berpuashati kerana bagi saya penting kita mengenali diri sendiri untuk mengetahui potensi dan kekuatan diri.

Akhir sekali, bila kita kenal diri sendiri bererti kita kenal pencipta iaitu Allah SWT....

Jumaat, 5 Mac 2010

Blink-blink brooch giveaway

This is the Blink-Blink Brooch that Whyza wants to giveaway....i call it "Heart Of Blue Ocean" please click here to find out more...

I love accessories and every time i go to Kota Kinabalu i would not miss the craft market and surveying latest design of accessories. But since Whyza wants to give it for free, why not...but lets try to name it...
Thank to whyza for a beautiful prizes to be won!

Isnin, 1 Mac 2010

KEMPEN FAMILI MAWADDAH

 

 

Kempen Famili Mawaddah bermula pada 1 Mac 2010 hingga 30 April 2010. Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam skim simpanan dan perlindungan melalui pelan Takaful Famili Mawaddah bersama Takaful Ikhlas.

Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi peserta adalah berikut :

a) Percuma kupon penjimatan 10% untuk Takaful Kenderaan
b) Percuma Takaful Kemalangan Peribadi (PA) bagi pelan Famili Mawaddah
(dengan premium tahunan)
c) Berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Shahril Bin Ya’acob di 012-3574004 atau Mardinah Bt. Alimat di 012-2151659.

Ramai pelanggan telah menyertai kami dalam Takaful Ikhlas dengan jaminan kewangan masa depan dan hidup yang lebih sejahtera. Semoga kempen ini dapat memberi peluang kepada ramai lagi individu untuk mendapatkan perlindungan takaful yang komprehensif bagi diri dan keluarga tersayang.


Provided by All Famous Quotes

Follow my post