Sabtu, 29 September 2012

Telur Itik masak lemak cili api



Telur itik masak lemak cili api


Senang je masak dia ni... Bahan-bahannya adalah :

1. Telur itik mentah
2. Cili padi
3. Kunyit
4. Santan segar (santan kotak pun bole)
5. Belimbing buluh (banyak)
6. Serai
7. Garam dan gula

Rebus kan santan bersama cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk lumat sehingga mendidih. Masukkan belimbing dan serai yang diketuk. Perlahankan api dan masukkan telur itik sebiji demi sebiji. Jangan kacau sehingga rasanya telur dah masak. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Kacau sedikit dan siap dihidang. 

Rabu, 13 Jun 2012

Citarasa Segamat, Johor


Restoran An Najah

Saya orang Segamat...Sayang Segamat....Ye lah kan, tanah kelahiran ni....walau sejauh mana aku pergi, Segamat tetap di sudut hati..Walaupun kini menetap di Nilai dah...

Sebenarnya kat Segamat ada banyak makanan yang menarik dan sedap belaka. Olehkerana masyarakat Segamat ni adalah campuran dari Melayu, Jawa, Mamak, Cina, India dan India Muslim...Orang felda dan Orang Asli pun ada...jadi pelbagai makanan terdapat kat sini. Kalau dulu Segamat terkenal dengan Durian, sekarang semakin berkembang. Durian Segamat orang kata lebih sedap...sebab durian kat sini adalah durian tanah berbukit...lain dari durian Muar atau tempat lain. Tak percaya, cuba lah durian yang betul-betul dari Segamat. Kene cari orang segamat yang ada kebun durian lah gamaknya.

Gambar kedai kat atas tu adalah kedai melayu yang menjual Nasi beryani yang top kat Segamat. Kalau makan, berasap pedasnya....tapi memang sedap...Kalau balik Segamat, memang singgah kedai ni makan atau bungkus...Terletak di sebelah Stesen Minyak Caltex di Buluh Kasap. Mudah je carinya, tepi jalan aje. Ada Beryani Kambing dan Ayam. Harga rm6 sepinggan. Bukan kedai Mamak ye...memang 100% Melayu.
 


Murtabak paling best di segamat...ala-ala murtabak singapura

Tapau je...

Kedai kat atas ni adalah kedai mamak, tapi pembuat rotinya adalah melayu. Tapi murtabak ni sangat popular semasa bulan Ramadhan. Orang akan beratur lama menunggu murtabak ni...Apa yang special sangat ya?

Murtabaknya besar macam singapore punya. Ada daging atau ayam...kuahnya kuah jeruk bawang dan timun atau kuah dal. Sekeping cuma rm6 tapi cukup untuk 4 orang makan. Kalau Nak yang besar pun boleh, tapi saya tak pernah order...Mesti cuba kalau sampai ke Segamat. Lokasi kedai di Taman Yayasan Segamat...Sebaris dengan kedai Maxis dan Stesen minyak Shell.

Cendol paling sedap di segamat

Sebaris dengan restoran Murtabak ni, ada kedai cendol segamat....Taukey cendol ni dari atuk sampai ke cucu masih mewarisi perniagaan ini. Ada banyak cawangan di Segamat, tapi ni cawangan Taman Yayasan. Sedap cendolnya, tapi tak boleh tambah free mcm cendol Leman Dawi....Ingat ye...kat Taman Yayasan juga...

Kedai makan lain yang popular kat segamat ni adalah Johan Ikan Bakar..Buka malam sahaja. Tapi kat situ pun best kalau nak order sea food. Lagi Restoran sebelah masjid Jamek Segamat. Malam juga beroperasi...kat situ boleh kata semua pekerja lelaki....boleh tahan la jugak muka...sambil jamu perut, dapat jugaklah melihat pemandangan yang indah-indah....hehe bukan lelaki je boleh jamu mata ye....Tapi tu semua kedai makan malam...Untuk makan tengahari, anda boleh cuba, Restoran Asam Pedas di Jalan Genuang, di barisan kedai baru di sebelah petronas jalan genuang. Sebelah Sekolah Paduka Tuan. Tapi kalau nak makan kat situ, kena datang cepat sikit, sebab kedai ni tutup jam 4 petang. Orang pun ramai makan kat sini...kalau lewat datang, lauk pun kurang la...

Banyak sebenarnya tempat makan kat segamat ni. Tapi semuanya citarasa melayu dan boleh dikatakan tiada restoran sea food siam kat sini.

Lain kali kalau ada tempat makan baru, saya akan update k...Selamat Melawat Segamat!!!
 



Selasa, 12 Jun 2012

Sunset yang indah dari anjung rumah...


Mentari di ufuk barat
Dari anjung rumah...

Kalau nak tgk matahari terbenam...boleh lah tengok dari rumah saya...rumah tinggi...atas bukit pula...jadinya view mmg cantik....waktu ni tak lalu pula kapal terbang...nanti saya cuba shoot sunset dengan kapal terbang....so sekarang ni tengok dulu pemandangan ni ye....

Isnin, 11 Jun 2012

Sotong Tumis Kunyit

Simple dimple, Sotong Tumis Kunyit 

Lagi resepi simple, sebab kami ni golongan ibu2 yang berkerjaya, kurang sikit masa nak mengadap dapur...biasa limit time utk masak saya ditetapkan hanya 1 jam je...kalau lagi kurang lagi best. jadi resepi ni saya masak dalam 15 minit je...dengan syarat sotong dah dibersihkan awal-awal....

Bahan-bahan :

1. Sotong
2. Bawang
3. Bawang putih
4. Cili
5. Serbuk kunyit
6. Sedikit minyak

Mula-mula, hiris lah sotong kecil-kecil, tumiskan bawang, bawamg putih dan cili. Bila naik bau saja, terus masukan sotong. Kacau rata dan masukkan serbuk kunyit...sedikit je agak-agak warna kuning. masukkan sedikit garam dan sedikit gula.....masak sehingga sotong cukup masak.....akhir sekali hidangkan.... 

Nasi panas dan ulam pegaga. Sodap sungguh la.....

Masa masak lauk ni saya dah masak asam pedas ikan duri...tapi gambar tak attach kat sini sebab tu adalah signature dish saya...memang selalu sangat masak asam pedas. Orang Johor lah katakan.....

Selamat mencuba ye....

Selasa, 5 Jun 2012

Ikan Asam Nenas

Hidangan sihat, Ikan Asam Nenas

Hari ni puasa, jadi petang tadi lepas balik keje terus masuk dapur.

Resepi harini mmg dah di rancang dari weekend lalu..jadinya dah beli nenas simpan dalam fridge. Simple je resepi ni..boleh disiapkan dalam masa 15 minit jew...

Mula-mula, masak nasi dulu ye...ok now start.

Bahan utama :
1. Ikan Kembung 6 ekor (ikut selera) - apa-apa ikan pun boleh...cuci bersih dan pastinya yang segar dari ladang.
2. 1/2 biji Nenas dipotong-potong. Nenas yang baru nak masak...macam mana nak tau..tgk kulit,pilih yg belum kuning.
3. Serai 1 atau 2 batang.

Bahan kisar :
1. Cili merah 3 batang (kalau suka pedas, boleh guna cili padi merah)
2. Sebiji tomato (secret recipe ni tau....)
3. Satu sudu kecil serbuk kunyit

Mula-mula, masukan bahan kisar ke dalam periuk, campurkan 3 cawan air....didihkan. Apabila mendidih masukan nenas, ikan dan serai...didihkan lagi...akhir sekali masukan garam secukup rasa....

Tak perlu tambah gula sebab nenas sudah agak manis. Tak perlu asam keping sebab nenas dah cukup masam. Just nice.....

Bila semua dah mendidih dan ikan cukup masak, angkat dan boleh disantap dengan nasi panas...sediakan sedikit ulaman dan jangan lupa sambal tempoyak..hehe

Selamat mencuba!!!

Ahad, 3 Jun 2012

Bubur Kacang Durian

Bubur Kacang Durian

Balik kampung kali ni, durian banyak melana gugur..kebun kat Muar...(jauh tu mengulang dari segamat...)

Apabila dah banyak sangat durian nya, maka si Suami pun mencadangkan, buat la bubur kacang durian...nak di bawa ke ofiice malam ni...Jadi tercengang cengang lah saya mencari bahan-bahan nak buat bubur. Pagi tadi ke pasaraya mencari ramuan. Petang tadi mula lah projek bubur kacang durian.

Bahan-bahan :

Durian (bahan utama)
Kacang hijau
Santan
Gula merah/gula pasir/gula melaka (ikut selera...)
kalau guna gula melaka, baunya lebih wangi...dan berwarna perang.
Garam (wajib bila masak bersantan)
Daun pandan (optional)

Mula-mula....cuci sikit kacang hijau dan masukan dalam periuk. Air sehingga kacang tenggelam. Rebus sehingga separuh masak...Nak tahu mcm mana, bila kacang dah pecah sikit-sikit...kemudian tos kan airnya.

Sediakan santan dalam periuk...masukan daun pandan dan didihkan atas api. Bila dah didih sedikit, masukan   gula secukup rasa...jangan manis sangat ye...masukan secubit garam. Kemudian masukan kacang dan durian. Semuanya ikutlah secukup rasa, sebab saya memang tak reti sukat2 kalau masak. Bila semua dah mendidih, dan isi durian dah tanggal sikit-sikit, maka bubur tu dah cukup masak dan boleh dinikmati. Masuk dalam mangkuk dan sejukkan sedikit...Sedia untuk di santap le....

Simple je..tak susah. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kasih sayang...jadilah sedap masakan yang disediakan tu...Selamat mencuba..

Rabu, 30 Mei 2012

A 380 milik Malaysia akhirnya

Berita yang masih hangat lagi..... Pesawat A 380 telah mendarat di KLIA pada pukul 3.40 ptg tadi. Saya melihat pesawat itu terbang rendah sekitar Nilai da Sepang sebelum mendarat, mungkin bagi memberi peluang seluruh masyarakat sekitar melihat pesawat itu. KLIA dibanjiri staff MAS yang ingin melihat pesawat itu dengan lebih dekat. Sejak pagi tadi anak lelaki saya telah mengingat kan detik sejarah itu. Memang besar...besar sangat...pesawat ini diharapkan dapat menjadi kebanggaan seluruh staff MAS dan Malaysia amnya.... Gambar akan diupload kemudian...

Cendol Abang Leman Dawi

Nilah Abang Leman

Sapa pernah ke sana? rasanya ramai dah mencuba cendol Leman Dawi atau mungkin adalah pelanggan tetap di sana.

Apa yang menarik dengan cendol ni...rasanya sama malah bagi saya ada cendol yang lebih sedap dari tu kat Segamat  (nanti post pasal Segamat).

Tapi bukan rasanya yang saya bandingkan tapi nilai-nilai yang ada pada cendol Abang Leman Dawi tu. Setiap penambahan percuma. makanlah sampai kenyang. Air bali percuma...sambil minum cendol kita dihidang dengan pengisian pengetahuan semasa dan sejarah, geografi juga ada. Segalanya dilafazkan dari lidah Abang Leman tanpa tersekat-sekat. Kalau anda tak percaya, tengok pada kocek apron yang dipakainya. Dalam kocek tu tak silap saya ada 2 buku log kecil yang dia gunakan untuk menyimpan segala fakta tentang sejarah, sains teknologi, geografi dan tentang Malaysia.

Kalau kita mula mempersoalkan tentang apa yang dia katakan, dia akan membuka buku itu dan meminta kita bacakan sendiri. Terkejut saya, bahawa dia mengingati setiap perkataan dan tarikh penting dalam fakta ringkas itu. Dia hafal!!!



Mungkin malam-malam sebelum tidur, inilah kerjanya, membaca segala catatan atau ringkasan untuk dikongsikan dengan pengunjung gerai cendolnya nanti.

Dia ada bercerita bahawa ada sesetengah pihak yang menawarkan dirinya untuk menjadi penceramah atau seorang motivator. Tapi ditolaknya mentah-mentah kerana baginya, pelanggan mengenali cendolnya kerana dia berada di situ. Pelanggan nak mendengar celotehnya. Maka dia cintakan kerjanya itu walaupun dia bukan jutawan.

Jadi apakah yang kita boleh pelajari dari Abang Leman Dawi...kebahagian dan kekayaan itu sangat berbeza dari sudut pandangan manusia yang berbeza. Istilah kebahagiaan itu tak semestinya sangat kaya, atau sangat berjaya. Ia bergantung. Ada orang yang dilahirkan dan ditakdirkan hidup berjaya dan kaya atas usahanya dan puas dengan apa yang dicapai. Ada orang hidup sederhana tapi cukup untu keluarganya dan bahagia melihat anak-anaknya membesar dan tidak meminta-minta.

Bagi saya, itu lah Abang Leman Dawi. Dia seorang peniaga, yang bukan hanya mencari kekayaan. Dia tak kejar kebendaan, tapi kepuasan dan senyuman di wajah setiap pelanggannya adalah kepuasanya. Dia cintakan kerjayanya. Sebab itulah kita tak lihat cendol Leman Dawi itu di francaiskan. Dia boleh buat kalau dia mahu.

Satu lagi yang saya tertarik adalah toilet. Toilet Abang Leman, lain dari yang lain....siap ada muzik lagi...Dia memang buat macam tu atas sebab tertentu. Mungkin nak mewujudkan suasana harmoni dan ceria dalam tandas awam, yang bagi saya biasanya kotor dan mengerikan. tapi tidak di tandas Abang Leman.

Apapun semoga Abang Leman terus menghiburkan pelanggan dengan fakta yang berilmu. Semoga hidup Abagn Leman diberkati dan dirahmati...

Cuti-cuti di Taiping Perak 2012

Sepanjang jalan, ada banyak pasangan pengantin mengabadikan foto perkahwinan di sini....memang sgt cantik

Assalamualaikum...
Sekarang ni budak sekolah tengah cuti...jadi pada kebiasaannya kami sekeluarga akan meluangkan masa pergi bercuti...cuti-cuti Malaysia aje..

Lokasi seterusnya kali ini adalah Perak. Mulanya agak blur jugak dengan apa yang ada di negeri Perak...tapi selepas membuat beberapa observation. kami putuskan nak menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown Resort...Bukit Merah berdekatan dengan Taiping. Jadinya dalam satu masa kami dapat pergi kedua-dua tempat sekali.

Jujur saya katakan bahawa kawasan pantai barat memang jarang kami lawati berbanding pantai timur. Sampai nak naik highway pun kami kene tanya orang dan buat survey di internet. Tapi Alhamdulillah...sampai je...saja je suspen.

Bukit merah best dengan pemandangan yang indah tepi tasik..aktiviti kat sana tak banyak pun tapi sebab kedudukannya jauh dari bandar membuatkan saya rasa nyaman sangat. Anak-anak suka sebab dapat mandi kolam...jadi ikutkan kehendak dia jelah...berendam pagi ke petang pun dia tak kisah.

Lepas check out, kami bawa anak-anak tengok ecopark. Sebenarnya, tak pergi pun takpe...tapi alang-alang dah sampai tu, singgahlah. Nanti tak lah orang kata tak pernah pergi kan...hulur jelah duitnya...
Ada water pak kat sana, tapi kami baru je ke Tiara beach resort. Jadi tak apa lah kalau tak masuk. Pulau orang utan pun tak pegi...sebab air surut dan bot tak boleh ke sana...takpelah...Orang utan ada kat zoo.

Kampung air Bukit Merah

Zoo tertua di Malaysia....banyak binatang

Jeli kelapa, 3 Rm 10...sedap...sambil tunggu tram, makan ni le

Penjara pertama dibina

Destinasi seterusnya Taiping....
Taiping terkenal dengan jolokan Bandar Warisan. Memang banyak warisan kat sini.
1. Zoo Taiping, zoo pertama
2. Penjara Taiping, penjara pertama
3. Muzium Taiping, muzium pertama
4. Bangunan2 sekitar bandar, memang banyak bangunan lama. Tapi bagi saya tak secantik bangunan di Penang.
5. Taman tasik taiping, tempat yang paling nostalgic.
6. Mee udang mak teh...memang puas.
 Mee Udang yang sebenar...10 ekor udang dalam tu...

Selepas disantap

7. Kue Tiaw Doli, dua kali makan kat situ.
 Nasi ayam Doli untuk my baby...mmg sedap sangat

 Kue Tiaw Doli for me and hubby....awww

Kongsi-kongsi....sdap jugak

8. Popia basah pun sedap kat Larut Matang.
9. Bukit Larut....kalau tak bawa anak, rasanya saya naik bukit tu.

Taman Tasik Taiping dari atas Hotel Flemington dilatari Bukit Larut

Pohon-pohon rendang yang menghijau

My baby

Antara semua tempat2 ni, Taman Tasik Taiping adalah tempat jatuh cinta saya....Tak pernah melihat tasik secantik itu. Ala-ala kat Itally atau Perancis...Pokok-pokok dijaga rapi dan kebanyakannya sudah lebih seratus tahun usianya. Itulah yang menjadi daya penarik tasik ini. Kalau datang Taiping, bawa bekal banyak-banyak dan bentangkan tikar di atas rumput....pasti tak cukup sepinggan...sangat damai dan sejuk mata memandang.

Bandar Taiping tak besar...pusing-pusing kat situ je...tapi kalau tak pakai garmin, sesat juga asyik terpusing-pusing. Perkampungan sekitar boleh dikatakan masih jauh dari pembangunan. Kita boleh jumpa stesen minyak yang tak berjenama macam kat felda-felda. Tapi di sini benda tu biasa. Tak jumpa stesen Shell atau Petronas...walaupun Taiping duduk di dalam semenanjung bukan di pulau-pulau.

Stesen minyak kat sini rata2 macam ni lah

Kedai runcitnya masih macam kat kampung-kampung...ye lah kawasan kampung kot. Tapi saya tak jumpa lagi yang macam tu sekarang ni...Tapi yang paling best adalah makanan...memang Malaysia adalah syurga makanan...sangat menyelerakan...

 Limau madu yang memang manis...mmmmmm

Air Nira yang memang pure dari ladang...hehe dah nak abis baru sempat shoot

Masa saya pergi tu, musim buah limau ke? banyak jual limau madu. Limau tambun memang ada saja. Mangga jambu batu dan jambu air. Jadi berjamu buah-buahan je lah kami ni. Memang suka buah tempatan berbanding buah import.

Muzium tertua di Malaysia

Kesimpulan yang saya buat, terima kasih kepada majlis daerah Taiping kerana telah memelihara warisan ini untuk tontonan kami semua. Semoga segalanya dapat dikekalkan. Pada semua..jom cuti-cuti...





Khamis, 17 Mei 2012

KELLY CLARKSON - STRONGER LYRICS

KELLY CLARKSON - STRONGER LYRICS




About this lyrics
Originally known as "What Doesn't Kill You," is a song by American pop rock singer Kelly Clarkson. "Stronger" was written by Jorgen Elofsson, Ali Tamposi, David Gamson, Greg Kurstin and produced by Read more »
Kelly Clarkson
Stronger lyrics
Send "Stronger" Ringtone to your Cell
You know the bed feels warmer
Sleeping here alone
You know I dream in color
And do the things I want

You think you've got the best of me
Think you've had enough the last laugh
Bet you think that everything good is gone
Think you left me broken down
Think that I'd come running back
Baby, you don't know me, 'cause you're dead wrong

Chorus:
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes you fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over 'cause you're gone

Bridge:
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kelly_clarkson/stronger.html ]
You heard that I was starting over with someone new
They told you I was moving on, over you
You didn't think that I'd come back
I'd come back swinging
You tried to break me, but you see

Chorus:
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes you fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over 'cause you're gone

Bridge:
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

Thanks to you I got a new thing started
Thanks to you I'm not the broken-hearted
Thanks to you I'm finally thinking 'bout me
You know in the end the day you left is just my beginning
In the end

[Repeat chorus]
[Repeat bridge x2]

I'm not alone

Isnin, 14 Mei 2012

My wish list

Hari ni topik sangat santai...huhu...
asyik memikirkan perkara-perkara yang memberatkan kepala, apa kata hari ni kita berangan...

Salah ke berangan? Kalau tak suka, jangan baca tapi impian tu jadi nyata kerana adanya impian...
Jom tengok my wish list......

1. Saya nak the new ipad.... Wah itu sudah pasti....sangat kagum dengan gajet....ipad senang dibawa kesana sini dan luas mata memandang...tak lah sakit mata kalau nak melayari internet....ada gaya, mutu, keunggulan...

2. Saya nak Mac book air...awww ni adik beradik dgn ipad...nak melengkapkan gaya hidup apple...apa salahnye kan?

3. Saya nak melancong ke new zealand....nak sangat....nak tgk gunung-gunung di sana...sangat cantik dalam filem lord of the ring.

4. Saya nak kereta honda stream...besar sedikit untuk family. Tapi part yang paling saya suka adalah penjimatan petrolnya....

5. Saya nak tv led sony...paling terbaru bravia..untuk tontonan astro hd sudah pasti.

6. Saya nak shoping kat ikea dengan kredit card....nak beli semua yang saya nak dan mestilah ada orang yang akan bayarkan....

7. Last but not least...dah tentu sebentuk cincin diamond dgn sebiji batu...ni boleh kumpul duit sendiri ni....

Malu ke share wish list ni semua? Tak lah, ni antara impian....doakan agar jadi kenyataan ya!

Rabu, 9 Mei 2012

Mystery Case File


U all tau tak pasal game penyiasatan? Macam Mystery Case File....ada banyak siri...macam 13th skull, Ravenhearst, Madame fate....and so on. Tu antara yang saya pernah main...

Masa dulu, game ni hanya terhad sekadar mencari barang dan beberapa puzzle yang perlu diselesaikan tapi kini game ni dah advance....sampaikan rasa maca detective betul-betul pulak...


Kadang-kadang juga rasa buntu memikirkan apa yang dia nak suruk sangat...tapi bila case tu dapat diselesaikan, rasanya sangat puas walaupun tak dapat payment malah kene keluar duit lagi ada sebab nak main full version.

Dulu masa zaman kanak-kanak, dah biasa sangat dengan buku-buku penyiasatan jadi terbawa-bawa sampai jadi mak budak ni. Anak saya pun pelik kenapa ibu dia suka sangat main game cari barang ni.

Apapun, enjoy apa yang u buat. Nikmati hidup ini dengan apa yang kita ada disekeliling....dan bersyukur...semoga semuanya berpanjangan....

Ahad, 6 Mei 2012

Siapa usaha pasti berjaya

Selamat datang lagi!!!
Sekarang ni akak tengok ramai antara adik-adik tengah sibuk buat persediaan untuk peperiksaan atco dan asst atco...banyak emel yang akak terima dalam mailbox akak...ada yang sempat akak balas malah ada yang akak tak dapat nak reply....minta maaf sebab inbox akak memang banyak sangat emel yang masuk...hampir setiap minit adaje emel masuk...so yang akak dapat reply tu sharekan lah dengan rakan2 yang lain ye...
Ok macam ni, kalau tentang ebook tu, akak minta maaf sebab akak dah terhilangkannya...tapi guest what? Haritu masa akak pegi ke pesta buku di pwtc...ada satu publisher yang keluarkan buku2 yang sewaktu dengan nya. Tak silap akak PTS publications....so sape yang pegi tu mungkin ada perasan.
Apapun sebenarnya banyak tips tersebut akak ada kongsi dalam post akak sebelum ni...jadi adik-adik search dan baca k. Ada banyak lagi masa untuk study terutamanya bacalah tentang perkembangan industri penerbangan negara...baca juga tentang pengetahuan am Malaysia. Jangan lupa buat latihan tentang ujian iq. Masa pesta buku yng lepas juga, ada akak tengok satu buku tentang ujian iq. Ujian tu lah yang keluar...memang sebiji...so cari soalan tu eh.
Lagi satu ada satu blog dari kawan2 yang pernah komen di blog ni tentang soalan2 yang keluar dalam exam atco a41. Akak tabik kat adik tu boleh ingat soalan tu satu- satu....so cari eh.
Pendek kata....blog ni dah macam one stop center kepada semua persoalan yang u all cari tentang exam tu. Jadinya akak nasihatkan, cari dan bacalah....kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya dik.....
Tak cukup dengan tu, ada sorang candidate yang dulu macam u all jugak tapi dak berjaya memasuki skim tersebut di klia sekarang. Dia pun sudi berkongsi dengan adik- adik sume...dia pun ada komen di post-post akak....
So apa lagi....masa itu emas...yang akak harapkan, adik-adik semua terus berkongsi makumat di sini, dan jadikan semua rakan di sini sebagai rakan anda daam menenpuh kejayaan.
Akhir kata....good luck!

Jumaat, 20 April 2012

Finally sampai jua di Asia

Is Korea second-tier market for Apple?

People stand in a long queue to buy the new iPad in front of an Apple outlet in Myeong-dong, central Seoul, Friday. Korea Times photo by Kim Dong-ho

By Cho Mu-hyun

Apple’s new iPad was finally released in Korea on Friday. But the much-awaited item seems to be generating as much resentment as excitement due to its late arrival.

The device made its debut last month in 10 countries, including the United States, Australia, Canada, France, Hong Kong, Japan, Singapore and the United Kingdom.

Included in the 12 nations for the latest round of launches are Brunei, Croatia, Cyprus, Guatemala, Malaysia, Panama, Uruguay and Venezuela on top of Korea.

``Yes, I have looked forward to having the new iPad. But I am offended that Korea was included in the second group. After learning that, my first response was that Korea is a second-tier market for Apple,’’ said an office worker in Seoul, who asked not to be named.

``I don’t intend to disparage any countries. But I don’t think that Korea is on a par with Brunei, Cyprus and Panama in terms of technology while lagging behind Hong Kong and Singapore.’’

When contacted, Apple Korea refused to comment on the issue, claiming it has no idea what criteria its head office used in deciding to release the new iPad here this month, not last month.

Experts guess that Korea may be one of Apple’s top 10 markets but the company’s affiliate here did not release the specific figures, citing the company’s inside policies.

Without regard to Apple’s stance, the country’s top two mobile operators of KT and SK Telecom are competing to sell as many new iPads as possible now that they are available.

The two companies are trying to topple the other in sales by offering different services, prices and marketing for customers who stood in long queues in front of retail stores from Thursday night.

KT’s head of customer services, Pyo Hyun-myung, personally greeted the first customer with a bouquet and 500,000 won worth of accessories at Olleh Square in Gwanghwamun, downtown Seoul, at 8 a.m., where a promotional event was held.

“I am happy to greet the first subscriber of the new iPad provided by KT,” said Pyo. “KT, as a leading enterprise for the iPhone and iPad, will provide the greatest satisfaction for customers of the new iPad based on our service experience, efficient network and affordable fees.”

Pyo doled out various prizes for 30 new customers while stressing the company’s “best network infrastructure” encompassing 82 cities, and highlighted its “superior” apps service, a possible jibe against its rival.

SK Telecom also held a launch event moments after KT, unrelenting in the promotions battle, greeting its first customer as well as its ”second customer.”

“Demand for wireless data transfer is rising with the spread of tablet PCs and smartphones,” said senior Vice President Cho Woo-hyun of SK Telecom’s customer marketing office, who attended the launch in Gangnam, southern Seoul. “As the No. 1 mobile carrier in the country, we provide the fastest network and the best service for our customers.”

The two customers each received 300,000 won worth of keyboards, earphones and various computer accessories, and SK boasted its high quality 3G services as “best of the mobile carriers.” The new iPad will be available in all the 900-plus retail stores owned by SK.

KT released two versions of the iPad: a WiFi exclusive model and another that runs on mobile networks as well. SK Telecom plans to release only the model that works on wireless networks.

Since long-term evolution (LTE) technology will be unavailable in models offered both by KT and SK because of the difference in radio spectrums between here and overseas, the two companies’ main slogan in their promotional campaigns are centering on fast 3G networks. Both are to provide quick Web browsing using their high speed packet access.

LG Uplus, the third mobile carrier in Korea, has no plans to sell the new iPad as of yet. 
impale@koreatimes.co.kr

Isnin, 19 Mac 2012

Demam The New iPad


Inilah ketakutan yang paaling besar selepas memiliki iPad2...kemunculan makhluk yang lebih up to date dan dipertingkat dari ipad2..takut trade in iPad2 untuk memiliki Tha New iPad pula...

Tak dinafikan, memang i gila gadjet...tapi harap-harapnya tak lah sampai membazir...

Sepanjang pengalaman memiliki iPad2, memang tak pernah menyesal...tak pernah merungut dengan prestasi...malah tak pernah bosan...tapi kemunculan insan baru ini memang benar-benar menguji kesabaranku...

Apa yang boleh disimpulkan dari pengalaman menggunakan peranti Apple ini, ia memang lain dari yang biasa...kalau kita biasa dengan perisian windows dan android......saya sarankan anda mencuba Apple. Pengalaman yang lain dari yang lain dan setiap hari, i jatuh cinta dengan iPad...Mungkin selepas ini jika diberikan rezeki, i nak try mc book pula...doakanlah agar ia tercapai...tapi mcm mana ek? mmmm



Apapun, iPad memang membuatkan i ingin mengalirkan air mata....sangat kagum beb!

Bagi kawa-kawan yang nak memiliki iPad...saya harap dapat survey dulu...mungkn ia bagus, tapi i tak tahulah jugak, sebab selepas kematian pengasas iPad itu sebenarnya saya agak sangsi dengan prestasi Apple...tapi tunggu dan lihat...yang penting buatlah kajian yang teliti k..

Sabtu, 17 Mac 2012

looser!!!



Hi semua...lama menyepi dan kembali lagi....

Dalam perjalanan hidup ini, ada banyak benda yang kita tempuhi...kadang-kadang terfikir, apakah maksud semuanya ini?

Semasa usia remaja dulu banyak perkara yang membahagiakan kita tempuhi...masa tu, tak kenal musuh...bagi ku semuanya teman yang melengkapkan kehidupan. Tak ada pergaduhan kecuali gurauan manja-manja...maksudnya bergaduh dan baik semula. Tak ambil kesempatan atas kelemahan orang lain...tiada tindas menindas...tiada politik...tapi bila usia mencecah kedewasaan...dengan suami dan anak-anak yang perlu dijaga...keadaan seolah-olah berubah...kadangkala terfikir...apa akan jadi pada hidup ini akhirnya...

Pada usia ini, aku mengenali bagaimana rasa dikhianati, rasa kecewa, rasa sedih ditipu, ditindas...dan macam-macam jenis manusia aku kenal. Semua ini membuatkan aku rasa sangat menghargai apa yang aku ada. Mak ayah, suami dan anak-anak...banyak memberi kekuatan sebenarnya. Aku amat menghargai semua ini yang ada pada aku, dan aku tak dapat bayangkan kalau Allah swt ambil mereka dari aku. Munkin aku sebenarnya masih bernasib baik.

Kawan-kawan ditempat kerja juga banyak membantu....walaupun bukan semua...tapi mereka amat aku hargai....biarpun orang yang menyakitkan hati itu adalah dikalangan orang ofis jugak, tapi tak pe sebab dalam soal ofis aku sangat profesional. Bos jugak seorang yang baik dan sedia mendidik aku. Sebenarnya orang yang menyakitkan hati tu adalah sedikit sangat....tapi aku sangat kesal, mengapa mereka semua hadir dalam hidup aku.

Sekarang ni, aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada....cuma aku berfikir, apakah kesudahan hidup ini...selepas ini, adakah aku akan bertemu lagi dengan orang-orang yang busuk hati dan pendengki? Adakah aku hanya perlu berserah dan jadi jujur seperti ini atau menyertai taktik-taktik kotor yang mereka mainkan?dengan lain perkataan menjadi seperti mereka...politik dan hipokrit?

Kadang-kadang aku meletakkan kesalahan atas diri sendiri kerana terlalu naif...atau aku yang menjadi punca segalanya? aku yng sebenarnya menyakitkan hati? Tapi aku yakin, aku dipihak yang benar....jadi siapa pulak yang salah? haruskah kita menyalahkan sesiapa?

Persoalan-persoalan ini, aku rasa takde sapa pun boleh menjawab dengan tepat...Allah swt Maha tahu segalanya...aku mohon diberikan petunjuk dan dibimbing ke jalan yang benar...penyelesaiannya adalah kembali kepada fitrah...

Kadang-kadang bila menulis di blog, membuatkan aku terfikir...sekali gus memuhasabah diri sendiri. Banyak kelemahan diri dan aku tak sempurna...Ya Allah...ampunkan segala dosaku...Amin....

Isnin, 23 Januari 2012

Tahun 2012 satu permulaan yang mencabar

Awal tahun aku dah diuji...namun aku dapat menghadapinya dengan jaya. Tapi kalau ia masih belum selesai, aku sedia menghadapi..
Tahun ini mungkin satu lembaran baru bagiku terutama dalam bidang kerjaya. Mungkin juga satu rezeki atau peluang meningkatkan diri. Aku amat berharap agar dapat memikul segala tanggungjawab yang diberikan dengan tabah dan berjaya. Yang paling penting, aku tak akan sia-siakan kepercayaan yang orang berikan kepada aku...kita tunggu dan lihat saja hasilnya nanti.
Aku dah mencuba bisnes, dan pelbagai bisnes...tapi kejayaannya tak lah besar sangat...mungkin aku tak ada bakat berniaga.
Selepas ini, aku kene lebih berhati-hati memilih kawan dan orang yang aku percaya. Memang tak dinafikan dalam dunia ni, berbaga-bagai jenis manusia yang kita boleh jumpa. Baik dan jahat...semuanya...jadi berhati-hati lah ye.
Apa guna dendam dan dengki...Allah swt kan ada...dia mendengar doa orang yang teraniaya. Kalau kita menghianati orang lain pun, bukanlah hidup kita selamat sangat.
Kepada kawan-kawan sekelian, selamat menempuhi cabaran dunia dan kerjaya. Semoga kita akan mendapat kejayaan dari hasil penat lelah sekarang ini. Adios!!!

Sabtu, 14 Januari 2012

Sebab-sebab Mengapa Apple Masih Boleh Bersaing




Spekulasi semasa tentang pemerintahan berterusan Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif 
Apple, menekankan betapa rapatnya pertalian produk Apple dengan pengasas itu. Tiada siapa yang tahu dengan tepat apa yang tidak kena dengan Steve Jobs tetapi ia mesti sesuatu yang serius. Beliau telah mengambil cuti selama enam bulan atas alasan sakit perut. Saya pasti kita semua mahukan supaya Steve sembuh dan kembali berkhidmat. Jika Steve bukan Ketua Pegawai Eksekutif, terdapat banyak sebab mengapa Apple pasti terus berkembang selepas era beliau.
1. Tiada siapa yang hidup selama-lamanya
Adakah 
Disney terkubur selepas Walt meninggal dunia? Apple akan terus beroperasi tanpa Jobs kerana ia kekal beroperasi tanpa beliau sebelum ini (1985). Semua institusi yang hebat biasanya menunjukkan prestasi yang baik walaupun tanpa pengasas mereka. Kebanyakan syarikat menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas pemimpin mereka meninggalkan syarikat. Sebagaimana kata-kata pekerja Disney “Walt berada di taman pada setiap masa sekarang!” Steve Jobs tidak akan hidup selama-lamanya dan ia tidak mengubah hakikat bahawa Applemempunyai cerita pertumbuhan asas yang terbaik di dunia. Berapa ramai pada hari ini memiliki komputer Applesendiri? Berapa ramai yang mempunyai alat pemain muzik Appleatau telefon perniagaan?
2. Jobs akan menjadi sebahagian daripada pengurusan
Steve boleh bersara tetapi tidak akan terus meninggalkan 
Apple.Steve akan menjadi sebahagian daripada keputusan strategik seperti yang terbukti dari e-mel beliau kepada rakan-rakannya. Jobs danApple mempunyai rancangan untuk menyediakan plan kesinambungan pihak pengurusan syarikat. Adalah menjadi tangungjawab Jobs dan pengurusan yang sedia ada untuk melaksanakan rancangan tersebut. Jobs masih akan berkhidmat walaupun tidak aktif seperti sekarang.
3. Apple telah membangunkan budaya
Organisasi ini menekankan budaya yang sangat kuat. Dalam budaya korporat, semua orang tahu apa yang mereka harus lakukan walaupun tidak ada peraturan yang perlu diikuti untuk menyelesaikan keadaan tertentu. 
Apple telah membangunkan satu budaya yang akan kekal walaupun selepas ketiadaan Jobs.
4. Jurutera dan pengaturcara
Di 
Apple, Steve Jobs tidak mencipta aturcara sendiri. Beliau mengumpul jurutera dan pengaturcara yang cemerlang untuk menghasilkan ciptaan dan inovasi yang bagus. Beliau tidak menghasilkan semuanya berseorangan. Jobs sudah pasti memberi kesan enigmanya kepada orang di sekelilingnya.
5. Apple telah berkembang menjadi suatu kultus
Perkara yang unik tentang 
Apple adalah perkembangannya menjadi suatu kultus dan rakyat memilih Apple semata-mata kerana ia adalahApple. Majoriti tidak akan menukar penggunaan jenama Applekepada jenama lain.
6. Wawasan oleh Tim Cook
Tim Cook, lelaki yang menggantikan Steve Jobs, mempunyai wawasan tersendiri. Beliau telah menjaga operasi harian syarikat sejak dahulu. Dia mesti menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa birokrat dan bekerjasama dengan pasukan pencipta untuk kejayaan yang berterusan, seperti yang dilakukan oleh Setve Jobs.
7. Apple mempunyai produk teras
Kejayaan sebuah syarikat bergantung kepada produk terasnya dan
Apple mempunyai 3 produk utama yang berjaya iaitu Mac, iPhonedan aplikasi iTunes atas talian. Nampaknya mereka akan mendahului orang lain dan mempunyai masa depan yang cukup baik sehingga suatu jangka masa yang agak lama.
8. Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif selalunya dinilai terlalu tinggi. Mereka kebanyakannya akan mendapat kredit yang lebih untuk sesuatu kejayaan atau terlalu disalahkan untuk sesuatu kegagalan. Sesebuah syarikat yang dikendalikan oleh beratus-ratus jurutera, pengurus dan lain-lain yang mempunyai minda yang pintar. Ya, Ketua Pegawai Eksekutif mungkin adalah pembuat keputusan muktamad tetapi penggantian Ketua Pegawai Eksekutif tidak seharusnya menjejaskan syarikat.
9. Kesilapan Jobs
Banyak yang telah diperkatakan tentang kejayaan Steve Jobs dan ide-ide kreatif dan bernasnya di 
Apple. Walau bagaimanapun, beliau juga pernah membuat kesilapan yang tidak dijangka. Sebagai contoh pelancaran iPhone pertama dengan pelan harga yang tidak bagus. Selain iPod, tiada produk lain menembusi pasaran dengan kadar yang munasabah.
10. Sejarah PixarPixar, pencipta filem animasi cemerlang seperti Toy Story, The Incredibles dan Wall-E. Steve Jobs merupakan pengerusi Pixar untuk tempoh yang agak lama. Tetapi atas sebab-sebab yang jelas Steve tidak menghabiskan banyak masa bekerja untuk Pixar. Dalam tempoh itu seluruh Pixar menghasilkan filem-filem animasi yang menakjubkan. Itu adalah bukti yang cukup bahawa kumpulan lain yang bekerja di Pixar juga mempunyai minda yang imaginatif dan kreatif.

Sabtu, 7 Januari 2012

kenapa aku mesti besedih?

Kenapa aku mesti bersedih?
sedang segala-galanya di atur Allah SWT.
Sifat Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tak kan Dia nak menganiaya hambanya.
Dia tiada sifat seperti manusia...
yang minta balasan bila memberi...
manusia yang benci bila dikhianati...
rasa dengki bila membenci...
Allah Maha Esa...tiada yang dapat menandinginya...
Buka kan luas telapak tangan
Panjatkan doa keHadratNya
Dekatkan diri kepadaNya
Moga Alah sentiasa di hati
tiada gusar yang akan menimpa
Kenapa harus bersedih?
Sedang semua isi alam milikNya
Tiada satu pun akan kekal
tetapkan pendirian mengingatiNya
moga hati cekal menerima cubaanNya
Kenapa aku mesti bersedih?
Sedang Alah mendengar rintihan hambanya
asal hati mengingatinya
kala susah atau senang
tetapkanlah solat
tiang agama
hanya itu yang akan dihisabNya
teguh tiang teguh rumanya


Provided by All Famous Quotes

Follow my post