Rabu, 30 Mei 2012

Cuti-cuti di Taiping Perak 2012

Sepanjang jalan, ada banyak pasangan pengantin mengabadikan foto perkahwinan di sini....memang sgt cantik

Assalamualaikum...
Sekarang ni budak sekolah tengah cuti...jadi pada kebiasaannya kami sekeluarga akan meluangkan masa pergi bercuti...cuti-cuti Malaysia aje..

Lokasi seterusnya kali ini adalah Perak. Mulanya agak blur jugak dengan apa yang ada di negeri Perak...tapi selepas membuat beberapa observation. kami putuskan nak menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown Resort...Bukit Merah berdekatan dengan Taiping. Jadinya dalam satu masa kami dapat pergi kedua-dua tempat sekali.

Jujur saya katakan bahawa kawasan pantai barat memang jarang kami lawati berbanding pantai timur. Sampai nak naik highway pun kami kene tanya orang dan buat survey di internet. Tapi Alhamdulillah...sampai je...saja je suspen.

Bukit merah best dengan pemandangan yang indah tepi tasik..aktiviti kat sana tak banyak pun tapi sebab kedudukannya jauh dari bandar membuatkan saya rasa nyaman sangat. Anak-anak suka sebab dapat mandi kolam...jadi ikutkan kehendak dia jelah...berendam pagi ke petang pun dia tak kisah.

Lepas check out, kami bawa anak-anak tengok ecopark. Sebenarnya, tak pergi pun takpe...tapi alang-alang dah sampai tu, singgahlah. Nanti tak lah orang kata tak pernah pergi kan...hulur jelah duitnya...
Ada water pak kat sana, tapi kami baru je ke Tiara beach resort. Jadi tak apa lah kalau tak masuk. Pulau orang utan pun tak pegi...sebab air surut dan bot tak boleh ke sana...takpelah...Orang utan ada kat zoo.

Kampung air Bukit Merah

Zoo tertua di Malaysia....banyak binatang

Jeli kelapa, 3 Rm 10...sedap...sambil tunggu tram, makan ni le

Penjara pertama dibina

Destinasi seterusnya Taiping....
Taiping terkenal dengan jolokan Bandar Warisan. Memang banyak warisan kat sini.
1. Zoo Taiping, zoo pertama
2. Penjara Taiping, penjara pertama
3. Muzium Taiping, muzium pertama
4. Bangunan2 sekitar bandar, memang banyak bangunan lama. Tapi bagi saya tak secantik bangunan di Penang.
5. Taman tasik taiping, tempat yang paling nostalgic.
6. Mee udang mak teh...memang puas.
 Mee Udang yang sebenar...10 ekor udang dalam tu...

Selepas disantap

7. Kue Tiaw Doli, dua kali makan kat situ.
 Nasi ayam Doli untuk my baby...mmg sedap sangat

 Kue Tiaw Doli for me and hubby....awww

Kongsi-kongsi....sdap jugak

8. Popia basah pun sedap kat Larut Matang.
9. Bukit Larut....kalau tak bawa anak, rasanya saya naik bukit tu.

Taman Tasik Taiping dari atas Hotel Flemington dilatari Bukit Larut

Pohon-pohon rendang yang menghijau

My baby

Antara semua tempat2 ni, Taman Tasik Taiping adalah tempat jatuh cinta saya....Tak pernah melihat tasik secantik itu. Ala-ala kat Itally atau Perancis...Pokok-pokok dijaga rapi dan kebanyakannya sudah lebih seratus tahun usianya. Itulah yang menjadi daya penarik tasik ini. Kalau datang Taiping, bawa bekal banyak-banyak dan bentangkan tikar di atas rumput....pasti tak cukup sepinggan...sangat damai dan sejuk mata memandang.

Bandar Taiping tak besar...pusing-pusing kat situ je...tapi kalau tak pakai garmin, sesat juga asyik terpusing-pusing. Perkampungan sekitar boleh dikatakan masih jauh dari pembangunan. Kita boleh jumpa stesen minyak yang tak berjenama macam kat felda-felda. Tapi di sini benda tu biasa. Tak jumpa stesen Shell atau Petronas...walaupun Taiping duduk di dalam semenanjung bukan di pulau-pulau.

Stesen minyak kat sini rata2 macam ni lah

Kedai runcitnya masih macam kat kampung-kampung...ye lah kawasan kampung kot. Tapi saya tak jumpa lagi yang macam tu sekarang ni...Tapi yang paling best adalah makanan...memang Malaysia adalah syurga makanan...sangat menyelerakan...

 Limau madu yang memang manis...mmmmmm

Air Nira yang memang pure dari ladang...hehe dah nak abis baru sempat shoot

Masa saya pergi tu, musim buah limau ke? banyak jual limau madu. Limau tambun memang ada saja. Mangga jambu batu dan jambu air. Jadi berjamu buah-buahan je lah kami ni. Memang suka buah tempatan berbanding buah import.

Muzium tertua di Malaysia

Kesimpulan yang saya buat, terima kasih kepada majlis daerah Taiping kerana telah memelihara warisan ini untuk tontonan kami semua. Semoga segalanya dapat dikekalkan. Pada semua..jom cuti-cuti...





2 ulasan:

ketikketok berkata...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Norazlin Nordin berkata...

tanah tempat tumpah darah saya. banyak lagi benda yg menarik kt taiping


Provided by All Famous Quotes

Follow my post