Jumaat, 27 Mac 2009

Burning Calories While Spring Cleaning!



So you woke this morning craving an Egg McMuffin, but your diet side of your brain says NO WAY! Go ahead... treat yourself to an egg and cheese delight. But when you finish your fast food breakfast be sure to grab a mop and pail – you’re about to commence Spring Cleaning, Mr. Bad Food Style!

You can eat Egg McMuffins and other scrumptious, but diet-unfriendly foods if you balance them out with a bout of calorie-burning activities like mopping, dusting, washing and yard work! Your house-mopping session can burn off 300 calories -- the calories you gobbled through that McMuffin!

A few neat and tidy tricks to balance your diet budget:

* Before you mop those floors, try sweeping. An hour and half is all you need to cancel out that slice of Pizza Hut Cheesy Bites pizza with pepperoni that you had for lunch!

* Still hungry? Clean out four closets and you more than cleaned out those 530 calories you’ve get from a Subway 6” Chicken Bacon Ranch sandwich.

* We all have two hours or more of deep-clean vacuuming to get to. Save it for after you’ve feasted on a Chicken Caesar Cool Wrap from Chick-fil-A. You’ll have a 30-calorie deficit to bank on for later.

* No thorough spring cleaning can be done without moving a few pieces of furniture. Work up a sweat and within an hour you will have burned enough calories (420) to savor guilt-free snacking on a six-piece serving of Fiery Buffalo Wings from KFC.

*Take your Spring Cleaning outdoors and weed that garden patch. You can burn 315 calories in one hour – that’s more than enough to erase that 250-cal Chocolate Chip Clif Bar.

*Got a lawn to mow? Push that mower for an hour (no fair riding!) and you’ll mow down 385 calories – enough to balance out that Fandango Salad from Panera Bread.

The bottom line: you can enjoy your favorite foods if you stay active. Spring is a time of rebirth… for you and your body!

http://www.diet.com/dietblogs/read_blog.php?title=Burning+Calories+While+Spring+Cleaning%21&blid=7250

Tips Untuk Diet Yang Terbaik



Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:


1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

--------------------------------------------------------------------------------

Menu Seminggu Untuk Meningkatkan Berat Badan

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping tosai+dhal + 1 biji kuih apam + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji karipap + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan masak kari + 1/2 cawan kangkung goreng + 1 potong betik + air suam
Minum Petang: 2 biji pau kacang kukus + teh tarik
Makan Malam: 1 pinggan mee goreng + 1 biji epal
Snek: 1 gelas susu penuh krim

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti + 2 sudu jem/kaya & marjerin + milo susu
Minum Pagi: 2 biji tauhu sumbat + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 2 ketul rendang ayam + 1/2 cawan sayur campur + 1/2 biji jambu batu + air suam
Minum Petang: 1 biji jagung kukus + nescafe tarik
Makan Malam: 1 keping roti nan, 1 ketul ayam tandoori, 1 mangkuk dhal, 1 gelas air lobak susu
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah epal

Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk mee kari + 1 biji kuih keria + teh tarik
Minum Pagi: 2 keping kuih ketayap + air suam
Makan Tengahari: 3 potong pizza + 1 mangkuk salad + 1 gelas air sirap limau + 1 biji pisang emas
Minum Petang: 2 ketul vadai + teh o
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan kailan goreng + 1 gelas jus buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 biji buah oren

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 biji cucur badak + air suam
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi + 1 mangkuk sup tulang/ayam dan isinya + 1/2 cawan sayur hijau + 1 biji epal + air suam
Minum Petang: 2 ketul pulut panggang + teh O
Makan Malam: 1 ketul burger + 1/2 cawan kentang goreng + 1 biji limau + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 keping roti bakar

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 3 keping roti & 2 sudu marjerin + 1/2 cawan kacang panggang + 1 biji telur hancur + nescafe susu
Minum Pagi: 2 ketul kuih seri muka + air suam
Makan Tengahari: 1 cawan nasi briyani + 1 ketul ayam masak merah + 1/2 cawan sayur campur + 1 potong tembikai + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 mangkuk bubur kacang hijau + teh O
Makan Malam: 1 keping capati + 1 ketul ayam masak kari + 1/2 cawan kobis goreng + 1 gelas air suam
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1 ketul burger

Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 mangkuk lontong + 1 gelas jus oren
Minum Pagi: 3 keping biskut krim kraker + 1 gelas nescafe O
Makan Tengahari: 1 pinggan spagheti + 1 mangkuk salad + 1 biji pir + air suam
Minum Petang: 2 ketul puding roti + teh tarik
Makan Malam: 1 mangkuk nasi + 1 ekor ikan bakar + 1/2 cawan sup sayur + 1 gelas air buah
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 1/2 biji buah jambu batu

Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas susu penuh krim
Sarapan: 1 keping roti telur + kuah dhal + 1 gelas teh tarik
Minum Pagi: 1 cawan yoghurt buah-buahan
Makan Tengahari: 1 mangkuk nasi ayam+ 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad & timun + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 1 pinggan rojak buah + 1 mangkuk ABC
Makan Malam: 1 pinggan mee bandung + 1 gelas air buah + 1/2 biji mangga
Snek: 1 gelas susu penuh krim + 2 keping roti bakar

Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


RabuBangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

JumaatBangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


SabtuBangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


AhadBangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat
__________________

AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan2:
2 ekor ayam kecil

Bahan2 Kuah:
5 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
i inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
4 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit
700 ml santan
50 gm cili boh
air
gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak masak secukupnya

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai dan bahan kisar. biarkan selama 10 minit. masukkan cili boh.
2. Tuang santan dan daun kunyit. Masak sehingga naik minyak. Jika terlalu pekat, tuangkan sedikit air. Perasakan percik dengan garam, gula dan serbuk perasa.
3. Lumurkan ayam bersama garam dan serbuk perasa.
4. Panggang sehingga masak.
5. Curahkan kuah percik ke atas ayam dan hidangkan.

Ada sesetengah resepi, ayam akan direbus dahulu bersama garam dan perasa hingga empuk dankemudian dibakar dengan kuah percik. Apapun mengikut selera anda....

Untuk Kesihatan:
Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer dan methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti-kulat, anti-bakteria, menghangatkan tubuh, membersihkan darah, menambah nafsu makan, memudahkan pengeluaran angin daripada tubuh mengharumkan tubuh dan merangsang otot.


Selamat Mencuba

Khamis, 26 Mac 2009

MTEST KPLI DAN CONTOH SOALAN

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI)
SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB

tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009

http://apps.emoe.gov.my/kpli

PANDUAN PEPERIKASAAN MTEST(KPLI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat:

Telefon:

Faks:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 2 – 6, Blok E13
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 Putrajaya

03-8884 1233
03-8884 1235
03-8884 1243
03-8884 1245
03-8884 1252
03-8884 1260

03-8884 1320

A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:

Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
1 Kuantitatif 30 30
Bahasa Inggeris 25 30
2 INSAK 135 30
3 Analitikal 20 30
Verbal 25 30

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN

Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.

D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST

Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST:

i. Warganegara Malaysia
ii. Memiliki Ijazah yang diiktiraf
iii. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan setaraf dan lulus Ujian Lisan
iv. Mempunyai Pengesahan Nilai Taraf Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah
v. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun kemasukan.

Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada internet untuk menduduki MTeST.

E: BAYARAN UJIAN

Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST

Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

G: KEPUTUSAN MTeST

Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian:
www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Objektif

Komponen ujian ini bertujuan
• memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
• mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.

Format Soalan

Jumlah soalan: 135
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab
• secara spontan
• purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan
• mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
• mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
• membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
• Analogi – 15 soalan
• Melengkapkan Ayat – 5 soalan
• Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan
• analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
• melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong
• kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang
• Analitikal - 16 soalan
• Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan
• analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
• logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
• mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
• membuat perbandingan antara dua kuantiti;
• membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
• menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
• membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
• membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.

Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

• perbandingan kuantitatif - 15 soalan
• penyelesaian masalah &
mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan
• tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
• mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
• gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
• perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
• mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
• menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Format

Terdapat tiga jenis item:
 Error identification - 10 soalan
 Improving sentences - 10 soalan
 Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

• answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;
• read the instructions for each item carefully;
• choose/select the best answer from the four options given in each question.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2009

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan Pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

Dengan arahan

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

23 Mac 2009

Di sini saya nak bagi beberapa contoh soalan MTEST terutama sekali soalan Insak..bagi yang mengambil ujian mtest ujung mac ini..good luck and bagi yang tidak sempat mengisi KPLI ambilan JUN 2009, jangan susah sebab seperti biasa bulan APRIL akan keluar lagi pin no untuk KPLI punya...untuk ambilan JAN 2010...so good luck pada mereka2 yang berminat menjadi guru..moga jangan jadikan guru sebagai last choice sebab persaingan dalam mencari pekerjaan masa kini atau semata2 kerana GAJI..tapi tanamkan minda kita bahawa menjadi GURU adalah pekerjaan yang mulia dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Contoh soalan Insak :

1.Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut

2. Suka menerima pimpinan orang lain

3. Bercita2 menjadi pemimpin sesebuah kelab dan organisasi

4. Lebih baik biar orang lain ambil inisiatif memimpin

5. Oleh sebab ada banyak risiko, saya tidak ingin jadi pemimpin

6.Jika ada org yg layak menjadi ketua, saya akan sokongnya

7. Mahukan orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin

8.Saya lebih suka jika saya dilantik sbagai pemimpin...

9.Saya selalu ingin menjadi ketua dalam sesuatu permainan atau sukan

10. Berrcita-cita menjadi pemimpin sesbuah kelab dan organisasi

11.Dari segi pengurusan, saya perlu mengamalkan kepimpinan yg autokratik dalam organisai bagi menjamin kecemerlangan kerja

12.Suka jika saya terpilih untuk memegang jawatan yg mempunyai autoriti

13. Apabila bekerja dgn rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka

14.Pemimpin biasanya merebut lebih banyak faedah daripada yang dipmipin
sama2 lah kita mencari jawapan yang terbaik dan diterima umum untuk menjawab soalan2 diatas...

Contoh soalan Bahasa Inggeris

Terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Error Identification - 10 soalan

2. Improving Sentences - 10 soalan

3. Improving Paragraph - 5 soalan


Contoh Soalan Error Identification

Instruction : The following sentence may contain an error of grammer and / or vocabulary. Each sentence contains four options of which one is an error. Identify the option that is an error.

The Central Bank needs to (A) address a number of issues (B) with regards the current condition of economy and the (C) level of interest rate before (D) finalising its monetary policy.

(Jawapan : B)



Contoh Soalan Improving Sentences

Instruction: Read each of the sentences below, paying attention to the underlined portion. The portion may contain one or more errors in grammer or usage. Some sentences are correct. Consider the meaning of the original sentence, and choose the answer that best express its meaning.

If he was to decide to go to United Kingdom to study medicine, I, for one, would recommend him to go to local private college to complete his A level first.

A. If he was to decide to go to United Kingdom
B. If he were to decide to go to United Kingdom
C. Had he decided to go to United Kingdom.
D. In the event that he decides to go to United Kingdom.

(Jawapan : B)



Contoh soalan Improving Paragraph

The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts. Just look at the jewellery people are wearing.

Apparently, when the economy is poor, people comfort themselves with colourful stones and big, bold designs. When big money starts rolling in, people invest in something understated buat valuables, like diamonds.

Question : Which of the followings is the best way to combine sentences 1 and 2 in paragraph 1?

A. The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts but by looking at the jeweller people are wearing.

B. The state of the world’s economy can be gauged without getting immersed in complicated charts but just look at the jewellery people are wearing.

C. We may gauged the state of world’s economy by looking at the jewellery people are wearing without getting immersed in complicated charts.

D. No need for us to gauge the state of world’s economy by getting immersed in complicated charts but just look at the jewellery people are wearing.

(Jawapan : A)

Rabu, 25 Mac 2009

THIS IS THE WORLD’S FIRST GLOBAL ELECTION, BETWEEN EARTH AND GLOBAL WARMING.


On March 28 you can VOTE EARTH by switching off your lights for one hour.Or you can vote global warming by leaving your lights on.
The results of the election are being presented at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. We want one billion votes for Earth, to tell world leaders that we have to take action against global warming.


Isnin, 23 Mac 2009

ASEAN (versi BM)

Pengenalan


ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.


ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.




Negara-negara Pengasas ASEAN


Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.


Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan
Malaysia 8 Ogos 1967

Indonesia 8 Ogos 1967

Filipina 8 Ogos 1967

Singapura 8 Ogos 1967

Thailand 8 Ogos 1967

Brunei Darussalam 7 Januari 1984

Vietnam 28 Julai 1995

Laos 23 Julai 1997

Myanmar 23 Julai 1997

Kemboja 30 April 1999




Sejarah


ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura. Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto. Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN. Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.




Matlamat Penubuhan ASEAN


- Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
- Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
- Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
- Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
- Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.




Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan


Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:
- ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
- Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
- Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
- Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
- Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.




Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi


Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
Projek Industri ASEAN 1976.
Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.
Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah
Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
Sidang Kemuncak Kedua - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).
Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).
Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Jumaat, 20 Mac 2009

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Pengenalan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.


Sejarah

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.


Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak
akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia


Struktur Organisasi

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

- Perhimpunan Agung
- Majlis Keselamatan
- Majlis Ekonomi dan Sosial
- Majlis Peramanahan
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
- Sekretariat


Perhimpunan Agung

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.


Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.
Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.


Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.


Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.


Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.


Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

-Persidangan antarabangsa
-Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
-Kawalan dan pelucutan senjata
-Penjagaan keamanan
-Hak asasi manusia
-Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
-Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
-Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.
"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;
"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.
Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan
Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBBPBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.


Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.


Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.


Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.


Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]
Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang; Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).


Senarai Badan PBB

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)


petikan pmr.penerangan.gov.my

Kolej Komuniti Ledang dan Bandar Tangkak

Gunung Ledang dapat dilihat dari Bandar Ledang (Tangkak)

Peta ke Kolej Komuniti Ledang

Shopping splender

Kesibukan Bandar Ledang (Tangkak) pada waktu puncak

Ramai orang bertanya kepada saya,
"Tangkak tu di mana?"
"Kolej Komuniti ledang tu dalam kawasan bandar atau pedalaman?"
Jadi ini merupakan rentetan dari pertanyaan tersebut.
Daerah Ledang yang dulunya dikenali sebagai Tangkak merupakan salah sebuah daerah baru yang dibentuk di bawah negeri Johor. Perasmian Daerah Ledang adalah pada tahun 2008 lalu. Bermula dari itu, banyak pembangunan yang telah dilaksanakan dan juga sedang giat dirancang bagi menaik taraf Daerah Ledang.
Dahulu bandar Ledang dikenali sebagai syurga kain kerana di sepanjang jalan bandar dipenuhi dengan kedai kain. Kedudukan bandar ledang yang berhampiran dengan lebuhraya dan laluan utama Segamat dan Muar menjadikan bandar ledang sangat terkenal di Johor. Namun dalam pada itu, ada juga orang yang belum mengenali bandar Ledang.
Ledang juga sinonim dengan Gunung Ledang yang boleh dilihat jelas dari bandar ledang jika cuaca cerah. Gunung Ledang kaya dengan sejarahnya sebagai gunung bersemayam Puteri Gunung Ledang yang menjadi idaman Sultan Mahmud semasa pemerintahan Melaka dahulu.
Gunung Ledang kaya dengan khazanah flora dan fauna yang juga digezetkan sebagai hutan simpan Johor. Air terjun Gunung Ledang merupakan antara tempat perkelahan dan rekreasi utama negeri Johor.
Kolej Komuniti Ledang terletak berhampiran dengan bandar Ledang kira-kira 10 minit dari lebuhraya. Bersebelahan dengan Kolej Matrikulasi Johor dan SMK Sri Tangkak, juga tidak berjauhan dari kawasan tempat tinggal. Sekitarnya merupakan kawasan kampung iaitu Kampung Payamas dan kawasan perumahan.
Ledang juga kaya dengan tempat makan yang enak dan menyelerakan contohnya, mee bandung di stesen bas Ledang, asam pedas, pisang goreng, mee siput, kuih muih dan soto. Di tengah bandar ledang terdapat kedai mamak yang dibuka 24jam. Pendek kata kalau di Ledang, anda tak akan kelaparan.
So...selepas ni jangan risau kalau nak ke Ledang kerana di sini ada segalanya....

Musim mencari ikan sungai tiba lagi

Bulan Mac merupakan bulan peralihan angin monsun. Dalam peralihan ini, biasanya Malaysia akan mengalami taburan hujan yang agak banyak. Berbeza dengan tahun sebelumnya, hujan pada tahun ini saya rasa hujan agak banyak seperti musim tengkujuh. Air sungai naik hingga hampir ke paras jalan. Tapi ia bertahan di situ dan surut sedikit. Saya tahu pada musim begini lah para kaki pancing sibuk mencari lubuk-lubuk ikan.

Dulu ayah saya juga seorang kaki pancing. Bukan sahaja pancing, menjala pun merupakan aktiviti yang disukainya menjelang musim begini. Kalau dulu, setiap kali menjala, ayah akan membawa balik macam-macam jenis ikan yang kecil contohnya tembakang, ikan puyu, ikan sengat, ikan lais, sepat, haruan dan banyak lagi ikan putih yang saya tak berapa tahu namanya. Biasanya ikan kecil-kecil sedap digoreng.

Jika ikan besar seperti ikan Baung, Kaloi, Haruan, Keli dan macam-macam lagi sedap dimasak lemak cili api, masak asam dan disalai. Ikan sungai merupakan lauk dari kampung yang paling saya suka. Terutamanya ikan salai, kalau dimasak lamak cili api dengan terung....wow makan macam tak cukup pinggan.

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, dari segamat ke tangkak, saya melalui beberapa batang sungai. Air agak dalam dan ada sebuah tempat yang menjadi tumpuan para pencari ikan iaitu di batu 7, berhampiran bukit tunggal Segamat. Sebuah kereta datsun lama telah memberi isyarat signal untuk masuk ke kawasan itu. Dalam hati saya berbisik, "mesti nak cari ikan".

Walau apapun aktiviti memancing ni bukanlah tertumpu semasa musim begini sahaja, tapi sepanjang tahun. Banyak tempat serata Malaysia yang boleh dikunjungi peminat joran sebagai destinasi memancing. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat kerana di samping mendapat ikan untuk dijamu, kita juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan udara yangnyaman jauh dari hiruk pikuk kota. namun perlu diingat, dalam kita mencari kepuasan diri, kita juga perlu memikirkan hak umum. Jangan melakukan aktiviti mencari ikan dengan meracun atau menggunakan elektrik. Ia merupakan satu kesalahan undang-undang dan sikap begini juga mengundang bencana pada ekosistem dan alam sekitar. Lagipun memakan ikan hasil dari aktiviti meracun juga boleh memudaratkan kesihatan.

Rabu, 18 Mac 2009

Malaysia 60 Earth Hour Campaign

Calling for all Malaysian lets contribute for the malaysia 60 earth hour campaign!!

On >>

Saturday 28 March, 2009 : 8:30 PM

Swith off for one hour to show MALAYSIANS ARE UNITED !


Kempen ini adalah untuk memboikot pemanasan global ( to fight global warming around the world )... Jadi sama-sama kita menyokongnya....


thanks Ie3za...

Fakta Tentang Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
• Demam panas mengejut
• Sakit teruk pada sendi
• Ruam pada badan
• Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

• Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
• Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
• Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara
Sila rujuk kenyataan akhbar.

Sumber: www.moh.gov.my

Selasa, 17 Mac 2009

Permohonan ke Kolej Komuniti Ledang dibuka sekarang!


Permohonan ke Kolej Komuniti Ledang untuk Sesi Julai 2009 telah dibuka. Sila dapatkan nombor pin berharga RM 6 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), atau datang sendiri ke kaunter Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan wang pos RM 6.

Syarat minima permohonan adalah lulus Bahasa Melayu atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pinjaman Tabung KPTM akan disediakan kepada pelajar yang memohon.

Jangan lepaskan peluang berharga ini.....

Isnin, 16 Mac 2009

Pandangan Islam jika seseorang itu bersahabat atau meminta pertolongan jin

Ini merupakan rentetan dari post saya yang bertajuk Manusia Dan Bunian. Saya tidak membuat kajian yang lebih mendalam tentangnya kerana saya berpegang pada satu ayat yang saya pasti sumbernya dari islam iaitu "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia".....

Apakah pandangan Islam jika seseorang itu bersahabat atau meminta pertolongan jin?


i. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
ii. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik adalah haram.
iii. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
iv. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram

Sebagai seorang yang beragama islam, Allah SWT merupakan satu-satunya tempat kita meminta pertolongan dan tempat kita berserah. Tiada di antaranya kerana manusia juga merupakan ciptaan Allah SWT yang paling mulia. Jin dan Syaitan juga merupakan ciptaannya, tetapi selagi kita berpegang teguh pada Islam dan menjalankan segala perintah Allah SWT, makhluk-makhluk lain akan hormat pada kita.


Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus

1.Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2.Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
3.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
(tidak Islam).
4.Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)
5.Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6.Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca “Salaamun ‘ala Sulaiman, fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin??!! (terkena lagi?? hahaha..)
7.Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong…” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8.Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9.Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10.Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

rujukan :
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Akidah/SoalJawabAkidah.htm
http://soleh.net/2007/09/22/cerita-jin-oleh-ustaz-ismail-kamus/
http://www.imeem.com/people/tqUIZcm/music/67xSRpgp/ustaz-ismail-kamus-koleksi-dato-ismail-kamusust-dato-ismail/

Jumaat, 13 Mac 2009

Sejarah Perkembangan Komputer

Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad yang lalu..Sejarah perkembangan komputer ni boleh dibahagikan kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan
–>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan.
–>1600 - John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh bangsa eropah dan menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada tahun 1614.
–>1620 - Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding secara manual.
–>1642 - Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta kalkulator mekanikal digital , dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis. Walaupun mesin ini boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma beliau saja je boleh baiki.
–>1694 - Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari Pascaline…Walaupun pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin ni
–>1812 - Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di dalam sejarah komputer… Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different Engine] yang berkuasa wap, berfungsi outomatik dan diperintah oleh satu program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin ini untuk menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine].
–>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine].
–>1840 - Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan mestilah digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan sistem…
–>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer.
–>1890 - Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine] dengan menggunakan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk memproses data mesin ini digunakan untuk membanci bagi mengumpul maklumat untuk 1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah memulakan perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating Machine Company telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka telah menukarkan nama syarikat kepada International Business Machines Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini.
–>1906 - tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan.
–>1939 - Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer digit elektronik pertama.
–>1941 - Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama direka bagi menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini, dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai ganti sistem penduan kepda sistem perpuluhan..
Lepas tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi
Generasi Pertama [ 1942 - 1959 ]
Generasi Kedua [ 1959 - 1964 ]
Generasi Ketiga [ 1964 - 1970 ]
Generasi Keempat [ 1971 -1999 ]

Komponen Asas Komputer

Adakah anda kenal komponen asas komputer, selama anda menggunakan komputer?
Anda perlulah kenal akan komponen asas komputer, supaya anda tidak ketinggalan pada zaman teknologi yang semakin membangun…

Komponen-komponen Asas bagi komputer ada 4 bahagian

1.Input
ia ditugaskan menerima & memasukkan data atau maklumat daripada pengguna ke dalam komputer…Maklumat yang terima seperti teks, imej, bunyi atau grafik..Unit input seperti papan kekunci [keyboard], tetikus [mouse], pengimbas[scanner],mikrofon, trackball dan joystick…

2. Unit Sistem
mengawal keseluruhan operasi komputer..Ia juga menerima input data arahan yang dimasukkan oleh pengguna serta memproses data… .Apabila data siap diproses, ia kan menghantar data tersebut utk disimpan dalam unit storan…Unit sistem berada pada motherboard [papan induk]..Unit sistem seperti BIOS [Basic Input/Output System] , Slot Tambahan [Expansion Boards] , Papan Induk / Papan Litar Utama [Motherboard] , Talian Bas [Serial Bus] dan Unit Pemprosesan Pusat [CPU] ..
Unit Pemprosesan Pusat [CPU] terbahagi kepada 2 bahagian utama :
a. Unit Kawalan
b. Unit Arithmetik dan logik[ALU]

3. Unit Storan/Unit ingatan
menyimpan data atau arahan yang diproses…ia juga menyimpan arahan oleh pengguna dan menyimpan pemprosesan Unit Arithmetik dan logik[ALU]…Unit ni terbahgi kepada 2 storan
a. storan primer [ ROM (Read Only Memory), RAM (Random Access Memory) ] - ia disimpan hanya sementara & tidak kekal
b. storan sekunder [ hard disk, thumbdrive, disket, Cakera Optik ]

4. Unit Output
memaparkan maklumat yang sudah diproses akan ditukar kepada bentuk yang mudah dipahami…proses ni akan dilakukan oleh unit
Ouput….
peranti output ada 2 jenis :
a.softcopy [monitor, speaker]
b.hardcopy [printer]

Proxy Sekat Laman Web, Internet

Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online & sebagainya ] dipejabat ?..Ini disebabkan pejabat anda menggunakan Proxy Server atau firewall…Banyak tujuan sesetengah pejabat kerajaan, bukan kerajaan, universiti atau sebagainya meggunakan Proxy Server adalah tidak membenarkan kakitangan pejabat untuk melayari internet supaya data-data atau maklumat yang tidak diingini [ virus, spam, dan sebagainya ] masuk kedalam sistem komputer…Banyak cara untuk melepasi Proxy Server, tetapi anda kena paham maksud Apa itu Proxy Server ?..

Blog ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran..

“Proxy server is a computer that offers a computer network service to allow clients to make indirect network connections to other network services. A client connects to the proxy server, then requests a connection, file, or other resource available on a different server. The proxy provides the resource either by connecting to the specified server or by serving it from a cache. In some cases, the proxy may alter the client’s request or the server’s response for various purposes.” -From Wikipedia-

PROXY SERVER adalah sejenis penimbal ( buffer ) diantara komputer anda dengan sumber internet yang anda layari [ laman web, arkib FTP, dan sebagainya ]…Data atau maklumat yang anda minta dari internet akan melalui Proxy Server dahulu, kemudian Proxy Server akan menghantar data yang dipinta kepada anda selepas menerima data dari internet. .
Proxy Server juga adalah tempat menyimpan data yang pernah dipinta oleh anda….

For example:
Computer A ——> PROXY SERVER ——> Internet
Computer A <—— PROXY SERVER <—— Internet

http://www.azumass.com

Tahniah SPM 2008

Sempena demam keputusan SPM 2008 yang telah menular di seluruh Malaysia kini, saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan tahniah juga kepada yang kurang benasib baik. Namun tidak dilupakan kepada calon yang gagal, jangan putus asa dan cubalah menduduki peperiksaan tersebut sehingga berjaya.

Sementara umur masih muda dan segar ini, adalah lebih baik jika kita tidak mensia-siakan masa dan peluang yang ada demi untuk kebaikan masa depan kita juga. Gagal tak beerti kita perlu berhenti setakat itu sahaja, tetapi kegagalan itu merupakan satu daripada titik tolak ke arah kejayaan.

Apapun, semoga lebih berjaya pada masa akan datang, dan kejayaan itu tidak bermakna sekiranya orang lain tidak dapat merasakan kejayaan kita. Biarlah kita dapat menyumbangkan ilmu yang kita ada ke arah kebaikan bersama dan bukan untuk kejayaan kita seorang sahaja.

Buat semua, teruskan kejayaan dan teruskan usaha murni anda....

Pelancaran RazakSAT 21 April 2009

Selepas pelancarannya tertangguh beberapa kali sejak ia siap pada 2005, satelit mikro kedua negara, RazakSAT akhirnya bakal dilepaskan ke angkasa dari Bucholz Army Airfield, Kepulauan Kwajalein di Amerika Syarikat (AS) 21 April ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusoff berkata, pelancaran itu turut disertai dua satelit kecil, CubeSAT dan InnoSAT yang dibangunkan bersama Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB).

"Kesemua satelit itu akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat C-130 dari Pangkalan TUDM Subang pada 21 Mac ini,'' katanya selepas menyaksikan persiapan akhir satelit berkenaan di sini semalam.

RazakSAT akan dilancarkan ke angkasa lepas oleh Space Exploration Technology (SpaceX) Amerika Syarikat, syarikat yang ditauliahkan untuk melepaskan satelit itu menggunakan pelancar Falcon-1 milik SpaceX.

Satelit orbit hampir Khatulistiwa itu merupakan jenis pertama seumpamanya di dunia dengan keupayaan menghasilkan imej resolusi tinggi.

RazakSAT sepatutnya dilancarkan akhir 2007 tetapi ditunda berikutan masih tiada slot sesuai bagi pelancarannya.

- KOSMO!

Rabu, 11 Mac 2009

Foto cahaya sekitar bandar terkemuka dunia

Vienna


Singapore


Oakland


Washington


Moscow


Copenhagen


London


Los Angeles


Chicago


Las Vegas


Cleveland


Toronto


Niagara Falls


Paris


Petersburg


Denver


Brazil

Adakah air yang anda minum hidup atau mati???

Keajaiban air hidup serta sel-sel tubuh.

Adakah air yang anda minum “hidup”? atau “mati”?

Tahukah anda sel-sel tubuh memerlukan air yang hidup, bermineral, beroksigen dan melimpah dengan tenaga?

Maka yakinlah dengan doa, kerana ia mampu merubah struktur molekul, Atom serta DNA sekalipun.




- Molekul yang cantik ini terhasil dari air yang dibaca dengan bismillah
- Air yang di baca dengan surah-surah al-quran. lihatlah sudut enam yang terhasil, serta bulatan di tengah, fikirkanlah
- Molekul air berubah walaupun di letak di atas gambar ka'abah

You R Special : Kolej Komuniti Ledang



Perjalanan menaiki bas ke Port Dickson

Tekun....para peserta mendengar ceramah Dr. Lothfi

Bilik penginapan kami juga selesa

Apartmen 2 bilik di Ancasa All Suite

Dr. Lothfi dari pandangan meja saya

Pada 6,7 dan 8 Mac 2009 yang lalu, Kolej Komuniti Ledang telah menganjurkan satu kursus team building yang bertemakan You R Special. Kursus ini merupakan sebahagian dari program pembangunan dan latihan staff Kolej Komuniti Ledang. Ia merupakan acara wajib dalam takwim tahunan kolej dan perlaksanaannya adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan dan pengurusan kolej itu sendiri.

Kebiasaanya, apabila menyebut tentang kursus pembangunan staff, kita akan melaksanakannya pada akhir tahun. Tetapi pada tahun ini, Kolej Komuniti Ledang Ledang telah membuat satu kelainan yang mana kurusus seperti ini dilaksanakan pada awal tahun. Pada pendapat saya, ada kebaikannya bila kursus ini diadakan pada awal tahun, kerana ini dapat membantu kerjasama antara staf kolej dalam program tahunan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun tersebut. Segala panduan kursus ini boleh di implimenkan untuk kemajuan dan prestasi Kolej Komuniti Ledang.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kandungan kursus dan penceramah yang telah dijemput khas dari Pyracosmic iaitu Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Berikut adalah profail syarikat beliau :

PYRACOSMIC (001596863-K) telah ditubuh dan didaftarkan secara rasminya pada Januari 2006 oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Ia bernaung di bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

PyraCosmic memulakan operasi dengan matlamat memberi manfaat sepanjang hidup kepada pengguna produknya serta mereka yang menyertai segala Latihan dan Kursus anjuran Syarikat. Jadi, ia mempertingkatkan kehidupan anda dengan menyalurkan tenaga kosmik yang sediada melalui prinsip dan kuasa piramid, berasaskan amalan-amalan jasmani dan rohani. Olehsebab itulah, nama Syarikat ini berasal dari dua perkataan – “Pyra” sebagai singkatan bagi Piramid dan “Cosmic” yang melambangkan kuasa semesta.

Beroperasi sepenuh masa sebagai Ibu Pejabat di USJ Subang Jaya Selangor, kini PYRACOSMIC telah mempunyai rangkaian pusat jualan, ahli serta pelatih di seluruh pelusuk tanah air termasuk Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Produk-produk PyraCosmic kebanyakannya berasaskan tenaga kosmik dan kuasa piramid dan olehsebab itu, berbeza dari produk serupanya dari segi kesan keseluruhan, samada ia serta-merta atau kesan jangka panjang, tahap kepuasan dan jumlah manfaat yang menanti penggunanya.

Selain produk, amalan ilmu, jasmani dan rohaniah yang menyertai penggunaan setiap produk serta kaedah pernafasan dapat melipatgandakan kesan dan manfaat dari setiap produk dan latihan yang disediakan.

Bagi saya Dr. Lothfi, telah menyampaikan ceramah dan objektif kursus dengan baik sekali. Beliau menjadikan suasana kursus sangat ceri dan tidak membosankan. Setiap sesi dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mennyerlahkan potensi dan bakat semulajadi seseorang. Modul-modul yang disampaikan adalah untuk semua peringkat jawatan dan saya tidak pernah merasa dibezakan dalam kursus ini. Kami dilayan sama rata dan saya tidak pernah rasa suasana begini di situasi tempat kerja saya sekarang ini. Pada mulanya saya akui agak kekok untuk membiasakan diri dengan pegawai-pegawai yang lebih tinggi. Namun setelah tamatnya kursus ini, sebenarnya tiada apa yang perlu kita bimbang tentang perbezaan pangkat kerana semua orang adalah sama sahaja. Yang membezakan kita mungkin kedudukan tetapi jika kita mempunyai ilmu yang tinggi, kita tak akan rasa diketepikan. Segalanya tertakluk pada diri kita sendiri, bagaimana kita ingin orang lain melihat diri kita adalah daripada kita.

Adalah diharapkan agar semua rakan-rakan seperjuangan dapat mempraktikkan segala nilai-nilai positif yang ada dalam kursus ini untuk kebaikan bersama. Semoga hubungan silaturrahim dan kerjasama ini akan berpanjangan dan akan membentuk satu pasukan yang bersatu dan cemerlang untuk masa akan datang.

ps : Gambar akan diupload kemudian...

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...