Rabu, 4 Mac 2009

SAKIT PERUT -SUATU TEKANAN JIWA DI KALANGAN KANAK -KANAK

Keluhan seseorang kanak -kanak itu membayangkan sesuatu yang tidak sempurna dari segi fizikal atau emosinya. Gangguan emosi boleh berlaku akibat persekitaran atau pengalaman yang kurang menyenangkan. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun mungkin tidak mempunyai selera makan akibat sebab -sebab tertentu. Kanak -kanak yang menghidap demam virus , sakit kerongkong atau penyakit lembam paru -paru umpamanya akan kehilangan selera makan. Jika dia ditinggalkan di bawah jagaan orang lain atau pengasuh baru , dia mungkin akan kehilangan selera makan kerana belum benar -benar mesra dengan penjaganya. Jika dia memasuki tadika , suasana baru yang asing mungkin mencemaskan nya dan menyebabkan dia berasa sugul dan kurang selera makan. Seseorang kanak -kanak juga mungkin akan hilang selera makannya kerana kesedihan akibat kehilangan orang yang disayangi seperti ibu , bapa atau adik -beradiknya .

Keluhan -keluhan seperti kurang selera makan , sakit perut , sakit dada kurang bermaya , sakit kepala , masalah tidur malam dan sebagainya bukan sahaja boleh disebabkan oleh ganguan fizikal malah juga gangguan emosi kanak -kanak itu. Walaupun keluhan -keluhan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu jenis penyakit , ia boleh menjadi lebih teruk lagi jika si anak terlalu cemas dan fikirannya berkecamuk. Satu contoh ialah seseorang kanak -kanak yang menghidap penyakit lelah. Apabila dia melihat ibu bapanya terlalu cemas , perasaan takutnya semakin hebat dan penyakit lelahnya menjadi lebih teruk. Sebaik sahaja dia dibawa ke hospital dan ditenteramkan oleh doktor , penyakitnya seolah -olah reda sedikit walaupun ubat belum diberikan.



Penyakit di kalangan kanak -kanak memerlukan penilaian yang menyeluruh bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga dari aspek latar belakang mereka. Persekitaran rumah , keluarga , riwayat penyakit dalam keluarga dan pesonaliti kanak -kanak itu perlu dikaji untuk membantu proses pendiagnosan serta untuk memahami reaksi kanak -kanak tersebut apabila menghidap sesuatu penyakit.

Disini , dibentangkan satu contoh riwayat untuk memberi gambaran bagaimana penilaian yang terperinci terhadap keluhan seseorang kanak -kanak dari segi fizikal , emosi dan sosial boleh menghasilkan program rawatan yang lebih berkesan.

KES ;

Ismail yang berusi enam tahun dan bersekolah dalam darjah satu dibawa oleh bapanya ke klinik kerana sering mengadu sakit perut sejak beberapa bulan yang lalu. Akibatnya , Ismail sering tidak dapat hadir ke sekolah dan dalam tempoh sebulan yang lalu , dia telah hadir sebanyak sepuluh hari.

Ayahnya mengatakan bahawa sebelum ini , Ismail memang jarang jatuh sakit ; sebaliknya dia sangat aktif dan cerdik. Dia memang gemar berkawan dan mudah mesra dengan anak -anak jiran yang sebaya. Di sekolah , gurunya menyifatkan Ismail sebagai seorang murid yang cerdik dan suka bergaul mesra dengan murid -murid lain tetapi sejak empat bulan yang lalu beliau mendapati ismail seolah -olah suka bersendirian dan kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Ismail anak tunggal dan memang rapat dengan ibu bapanya. Ayahnya seorang jurutera dan sering bertugas di luar kota manakala ibunya seorang suri rumah. Sejak beberapa tahun tahun yang lalu, Ismail dijaga oleh seorang pembantu rumah apabila ibu bapanya tiada di rumah. Hubungan ismail dengan pembantu rumah tersebut juga dikatakan mesra.Ismail telah dibawa berjumpa beberapa doktor tetapi sakit perutnya masih juga tidak sembuh. Ayahnya memberitahu bahawa seorang doktor yang ditemui berpendapat ismail mungkin menghidap penyakit gastrik dan telah memberinya ubat tetapi tidak mendatangkan apa -apa kesan. Seorang doktor lain pula berpendapat bahawa ismail tidak menghidap apa -apa penyakit dan mengatakan keluhan ini akan reda dengan sendirinya. Beliau telah membekalkan ubat cacing tetapi ini juga tidak mendatangkan apa -apa kesan. Keluhan sakit perut ismail datang tidak tentu masa.

Adakalanya , ia menyerang pada siang hari sehingga berjam -jam lamanya. Dia akan mengeluh dan menangis tetapi tidak muntah -muntah atau cirit.Adakalanya dia mengeluh sakit pada waktu malam. Dalam tempoh satu minggu yang lalu , dia pernah mengeluh kesakitan sebanyak empat kali.Pada hari yang ditetapkan , Ismail dan ayahnya hadir di klinik. Apabila saya bertanya tentang ibunya , ayahnya memberitahu dia kurang sihat dan tidakdapat bersama -sama menemani Ismail ke klinik. Apabila saya meninjau riwayat Ismail , ayahnya memberikan latar belakang penyakit anaknya dan menerangkan dengan panjang lebar bagaimana keadaan itu boleh berlaku . Bermacam -macam ubat telah diberikan untuk melegakan sakit perut tersebut tetapi tidak berkesan. Ayahnya ismail telah menerangkan kepada saya bahawa keluhan sakit perut anaknya itu tidak berterusan. Adakalanya, Ismail mengeluh sehingga dua jam lamanya. Selepas itu , dia akan meneruskan aktiviti -aktivitinya seperti biasa. Adakalanya pula , dia mengeluh pada waktu malam dan selepas perutnya disapukan minyak, barulah dia dapat tidur nyenyak. Saya tertarik pada cerita ayah Ismail yang seolah -olah memberi gambaran bahawa ibu ismail kurang berupaya memberikan perhatian terhadap ismail. Siayah menyatakan bahawa sejak empat bulan yang lalu , Ibu ismail kurang sihat dan sering ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila di soal dengan lebih mendalam, dia menyatakan bahawa isterinya yang berusia 30 tahun itu telah disahkan menghidap sejenis barah ginjal ( hodgkin's Lymphoma ) yang menyebabkan dia kerap terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan suntikkan ubat dan juga rawatan radioterapi. Terlintas di fikiran saya bahawa keadaan ini mungkin ada kaitan dengan keluhan sakit perut ismail. walau bagaimanapun, saya terus berbual -bual dengan ismail untuk mendengar darinya sendiri tentang penyakit yang dihadapinya. Ismail sungguh mesra berbual -bual dengan saya dan menunjukkan ke arah pusatnya sambil berkata, ''Saya selalu sakit di sini , doktor ". Dia tidak pernah terjumpa cacing di dalam najisnya. Apabila disoal tentang suasana di sekolahnya , dia memberikan gambaran seolah -olah dia tidak berasa loya dan tidak cirit -birit atau sakit semasa kencing. Najisnya biasa sahaja dan tidak berwarna hitam atau berdarah. Dia tidak pernah terjumpa cacing dalam najisnya. Apabila disoal tentang suasana di sekolahnya , dia memberikan gambaran seolah -olah dia tidak mengalami apa -apa masalah. Dia hanya menyatakan dia kurang berminat untuk mengikuti pelajaran dan tidak berminat untuk bermain -main dengan kawan -kawannya seperti biasa.

Setelah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Ismail , jelas bahawa wajah kanak -kanak ini tidak membayangkan keriangan. Walau bagaimanapun, dia tidak pula kelihatan pucat dan suhu badannya normal. Tubuhnya seperti biasa sahaja dan tiada menampakkan tanda -tanda susut. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan juga tidak menunjukkan apa -apa kelaianan. Pemeriksaan di bahagian abdomennya juga tidak menunjukan sebarang ketumbuhan atau bengkak. Pokoknya, tidak ada sebarang tanda yang boleh saya kaitkan dengan sesuatu penyakit organik. Oleh itu, saya berpendapat Ismail tidak perlu menjalani ujian-ujian yang lebih khusus pada ketika itu. Saya telah menerangkan pada Ismail bahawa dia tidak menghidap apa-apa penyakit yang boleh dikaitkan denagn sesuatu kerosakan dalam tubuhnya. Ayahnya pula mendesak ingin tahu mengapa anaknya mengeluh sakit perut. Pada ketika itu, saya berfikir bahawa saya perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perasaan kanak-kanak itu dari dia sendiri. Dalam keadaan seperti ini, seseorang doktor mungkin menyarankan supaya dijalankan beberpa jenis ujian seperti ujian darah, ujian air kencing, X-ray perut dan sebagainya. Tetapi, menjalankan ujian-ujian tersebut tanpa mempunyai sesuatu working clinical diagnosis yang bukan sahaja membazir tetapi juga akan menyebabkan Ismail beras bahawa dirinya mengidap sesuatu penyakit. Oleh kerana saya yakin bahawa pemeriksaan fizikal keatas Ismail tidak menunjukkan apa-apa kelainan yang boleh dikaitkan dengan sesuatu penyakit organik, Saya telah menyatakan padanya bahawa dari segi fizikalnya dia memang sihat. Pemeriksaan air kencing dan najis keatas Ismail juga didapati normal. Oleh itu, punca-punca lain yang menyebabkan dia mengeluh sakit perut sedemikian perlu dicari. Perbualan, kami seterusnya berkisar tentang persekolahan, pergaulan, aspirasi masa depan dan sebagainya. Akhir sekali, saya meninjau keadaan keluarganya, khususnya hubungan dia dengan ibu bapanya. Dia menyatakan bahawa dalam tempoh empat bulan kebelakangan itu, Dia berasa sungguh cemas memikirkan perihal ibunya yang sering terpaksa pergi kehospital untuk mendapatkan rawatan. Dia melihat perubahan wajah ibunya dari sehari kesehari- rambutnya banyak gugur akibat rawatan radioterapi. Dia khuatir penyakit barah yang dihadapi oleh ibunya boleh membawa maut. Dia takut kehilangan ibu yang dikasihinya. Dia sangat-sanat memerlukan perhatian ayahnya tetapi ayahnya sering sibuk dengan pekerjaan dan kerap terpaksa berkhidmat diluar kota. Ibunya tidak lagi berupaya memberikan perhatian seperti dahulu kerana sering keletihan.

Air mata Ismail mengalir deras sewaktu dia menceritakan tentang ibunya. Jelas pada saya bahawa Ismail amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya tetapi penyakit yang dialami oleh ibunya sejak empat bulan lalu merupakan sesuatu keadaan yang tidak diduganya dan amat menekan emosinya. Perasaan hiba juga tergambar dari wajah ayahnya. Keluarga ini sebenarnya sedang melalui satu pengalaman yang pahit dan mereka perlu mencari penyelesaian yang wajar.

Dari kes ismail , jelaslah bahawa rawatan menggunakan ubat -ubatan sahaja tidak akan berkesan jika punca keluhan seseorang kanak -kanak itu hanya dinilai dari segi fizikal sahaja. Jika seseorang kanak -kanak seperti mendapatkan rawatan di klinik yang terlalu sibuk dan doktor yang merawat hanya sempat meluangkan beberapa minit sahaja berjumpa dengan kanak -kanak itu , sudah pastilah punca keluhan itu tidak akan dapat diketahui. Akibatnya , keluhan ini akan berterusan dan akan menyebabkan setiap anggota keluarga resah. Tugas doktor adalah untuk mengenal pasti punca keluhan seseorang kanak -kanak itu dan memeberi rawatan sewajarnya.

Keadaan seperti yang dialami oleh ismail juga memerlukan program rawatan yang dinamakan psychotherapy. Ubat -ubatan tertentu mungkin boleh digunakan untuk sementara waktu bagi mengurangkan perasaan cemas yang dialami oleh kanak -kanak itu hingga menganggu tidur dan aktiviti hariannya. Apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan keterangan lebih lanjut dari doktor yang merawat ibunya tentang jenis penyakit yang dialami , cara rawatan dan prognosis , iaitu kemungkinan si ibu sembuh dari penyakitnya. Alhamdulilah , penyakit barah yang di alami ibu ismail dapat dirawat dengan memuaskan. Ismail dan ibu bapanya menjalani family therapy yang banyak memberikan setiap ahli keluarga itu peluang mengenali diri dan peranan masing -masing dan memberikan mereka bimbingan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang dialami. Andainya penyakit si ibu teruk dan tidak dapat dirawat dengan memuaskan , ismail dan ayahnya perlulah menerima hakikat itu dan merancang masa depan tabah.

Kesimpulan

Kes Ismail menunjukkan beberapa ciri yang menarik. Keluhan yang dialaminya itu bermula hampir sama masanya dengan penyakit ibunya. Ini biasa berlaku di kalangan kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi berlaku akibat sesuatu peristiwa yang menyedihkan , menakutkan atau menghibakan perasaan. Pemeriksaan fizikal sering tidak menunjukkan apa -apa kelainan. Jika keadaan ini ditemui , doktor perlulah menilai keluhan si anak itu dengan mengambil kira aspek emosi dan sosial untuk mengetahui atau memahami asas timbulnya penyakit tersebut.

http://home.hamidarshat.com

Tiada ulasan:


Provided by All Famous Quotes

Follow my post