Isnin, 2 Mac 2009

Kursus Di Kolej Komuniti Ledang



Kolej Komuniti Ledang ditubuhkan sebagai satu laluan alternatif kepada lepasan menengah. Selain dari itu ia menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan. Aktiviti seperti ini merupakan satu rangkaian strategik bagi mengukuhkan aktiviti sosioekonomi dikalangan masyarakat setempat dan pihak berkepentingan.

Selaras dengan itu, Kolej Komuniti Ledang menyediakan banyak kursus pendek bagi memenuhi keperluan masyarakat dan pelajar. Antara kursus yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini adalah, Kursus Gunting Rambut, Kursus Ternakan Ccing, Kursus Asas Pembuatan Roti, Kursus Adopephotoshop dan Kursus Asas Komputer. Semua kursus ini dibuka kepada semua peringkat umur dengan bayaran yuran seminima RM10++ (bergantung kepada bahan kursus).

Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Kolej Komuniti Ledang di talian 06-9789295/069789834 dengan memberikan nama dan nombor telefon untuk dihubungi. Anda akan dihubungi kemudian untuk kehadiran anda.

Tiada ulasan:

Our Blues drama review -malay version

  Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...