Selepas pelancarannya tertangguh beberapa kali sejak ia siap pada 2005, satelit mikro kedua negara, RazakSAT akhirnya bakal dilepaskan ke angkasa dari Bucholz Army Airfield, Kepulauan Kwajalein di Amerika Syarikat (AS) 21 April ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusoff berkata, pelancaran itu turut disertai dua satelit kecil, CubeSAT dan InnoSAT yang dibangunkan bersama Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB).
"Kesemua satelit itu akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat C-130 dari Pangkalan TUDM Subang pada 21 Mac ini,'' katanya selepas menyaksikan persiapan akhir satelit berkenaan di sini semalam.
RazakSAT akan dilancarkan ke angkasa lepas oleh Space Exploration Technology (SpaceX) Amerika Syarikat, syarikat yang ditauliahkan untuk melepaskan satelit itu menggunakan pelancar Falcon-1 milik SpaceX.
Satelit orbit hampir Khatulistiwa itu merupakan jenis pertama seumpamanya di dunia dengan keupayaan menghasilkan imej resolusi tinggi.
RazakSAT sepatutnya dilancarkan akhir 2007 tetapi ditunda berikutan masih tiada slot sesuai bagi pelancarannya.
- KOSMO!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Our Blues drama review -malay version
Barisan pelakon-pelakon. Rating saya 8/10. Saya baru sahaja habis menonton 20 episod drama ini. Saya bukan nak bagi 'spoiler' kepa...
-
Hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita tiada kawan pada saat-saat kita sangat memerlukan kawan. Tapi kita ada diri kita sendiri, ...
-
Terima kasih kepada Siti yang bertanyakan soalan tentang tips2 peperiksaan Pen. Pegawai Kawalan Tarafik Udara A29. Nampaknya siti memang be...
-
Untuk makluman semua, dalam minggu ini telah berlansung temuduga jawata Pen. Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 di DCA seluruh Malaysia. Jika ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan