Jumaat, 10 Jun 2011

Nora Elena

Drama Nora Elena yang dipaparkan oleh TV3 kini sedang menjadi topik terhangat. Tak kiralah budak sekolah, golongan bekerja, lelaki dan perempuan semuanya menonton drama ini. Drama ini dijangka akan habis pada 19 Jun 2011 kerana pada 20 Jun satu drama baru akan muncul. Drama ini adalah adaptasi dari novel Kasih Yang Suci (anda boleh baca di link kat bawah). Maaflah, kalau nak novel yang penuh, kene lah beli novelnya ya. tapi kalau setakat utk tahu ceritanya anda bole baca singkatan novel ini.
Apa yang menarik perhatian adalah kesabaran Seth dalam menghadapi Elena, yang langsung tidak menyintainya. Namun akhirnya dengan kesabaran itulah Elena jatuh hati pada Seth. Tapi anasir orang ketiga Yvone, memburukkan hubungan mereka. nak tahu sejauh mana ceritanya. Ikuti la kisah romantis ini sampai tamat k.

Melaka Maju 2010

Baru2 ni cik kiah ada pegi ke Melaka....hehe...nama baru i ke...Sempena cuti sekolah haritu...Bawa anak2 berjalan melihat bandar bersejarah itu.
Singgah makan di satu corner dibawah rimbunan pohon sawit...disitu disediakan makanan nasi arab, nasi ayam dan macam-macam lagi. Jangan lupa tengok ikan kat kolam tu...besar giller macam orang. Jangan biarkan anak main2 sendirian kat situ. ikan tu dah lah besar....kang jeng jeng jeng.....



Sampai di bandar melaka, berhajat nak naik sungai melaka cruise... Actually, pemandangan sungai ni lebih indah bila menjelang malam. so sementara menunggu waktu maghrib, boleh la try fish spa kat tepi tu je....geli-geli tapi best, terasa bersih kaki i...huhu.
Bila malam tiba, then melompat kedalam bot dan jom ronda....
Malam ni kita singgah ke kedai asam pedas power di bukit china. lokasinya bersebelahan tokong. So sapa2 yang ke melaka, lepas maghrib, jgn lupa makan asam pedas kat sana. terangkat la. ok, tu je setakat ni.
So enjoy ke Melaka...bukan setakat nak berseronok, tapi hayati sejarah dan keindahan bandarnya. Alangkah best kalau idea pembangunan melaka ini di implementasikan ke negeri2 lain.


Provided by All Famous Quotes

Follow my post