Rabu, 30 September 2009

Pemakanan Ibu Semasa Mengandung



Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?

Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?

  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.

  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

    Untuk melengkapkan pemakanan harian untuk ibu mengandung, saya menyarankan agar ibu mengandung mengambil rangkaian makanan kesihatan CNI. CNI Royal Jelly mengandungi vitamin dan segala khasiat lengkap untuk ibu mengandung. Anak yang lahir juga lebih sihat dan kulitnya cantik..... Cubalah....

Selasa, 29 September 2009

Menjelang setahun laman CCT

Laman Citra cinta terindah menjelang setahun penerbitannya. Dalam masa setahun itu pelbagai cerita yang saya kongsikan dengan pembaca sekelian. Sesuai dengan tajuk blog ini yang mana saya menghimpunkan kisah-kisah kehidupan yang boleh dikongsi bersama-sama. Kadang-kadang kisah itu meliputi segala ruang hidup yang kadang-kadang kita sendiri tak pernah terfikir untuk mengetahuinya.

Laman ini juga diwujudkan untuk menghimpunkan artikel bacaan saya dan penulisan saya tentang isu-isu semasa dan rentak kehidupan dari kaca mata saya sendiri tanpa melibatkan kepentingan mana-mana pihak. Selain dari itu saya berkongsi maklumat dengan pembaca tentang kerjaya yang menjadi impian namun kurang maklumat atau penulisan yang boleh dirujuk. Maka saya himpunkan segalanya di bawah satu bumbung agar menjadi 'one stop' utama untuk pembaca.

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika blog ini juga boleh dijadikan ruang untuk mencari kawan baru dalam dunia maya dan meluaskan komunikasi demi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan perkongsian maklumat. Menghubungkan ukhwah antara insan adalah antara usaha yang mulia dan mudah-mudahan mendapat pahala.

Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan Illahi dan semoga laman ini akan menempuh satu dimensi penerbitan yang baru demi nanti meningkatkan kualiti penyampaian dan jaringan maklumat. Sokongan anda amat saya hargai bagi menyertai jaringan maklumat ini. Jenguk-jenguklah kami di sini sekiranya anda dahagakan satu infomasi yang baru. Saya menerima sebarang komen dari anda dan ruang ini sentiasa terbuka untuk anda.

Sekian, IKHLAS dari saya.....


Customer Service Officer&Takaful Consultant
012-2936597

Isnin, 28 September 2009

Melajukan capaian internet anda

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Ops Sikap 20

Ops sikap 20 telah selamat melabuhkan tirainya semalam. Seperti biasa media sejak malam tadi telah memaparkan berita tentang ulasan kadar kemalangan dan komen tentang kempen jalan raya yang telah berjalan sempena hari raya ini. namun seperti biasa, sikap pemandu tetap menjadi kesalahan utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya yang sentiasa meningkat. Ironinya kemalangan maut ini turut melibatkan pengguna jalan raya yang tidak berdosa malah menjadi mangsa dek kelalaian orang lain. Tapi persoalannya, benarkah jika hanya pemandu sahaja yang patut dipersalahkan jika keadaan sebegini berlaku?

"Sikap pemandu di malaysia merupakan faktor utama kemalangan jalan raya"

Saya berasa sangat sensitif dengan kenyataan ini, walhal kita tahu apakah sebenarnya yang membentuk sikap manusia?

Mengikut pemerhatian saya dan dari pembacaan, sikap manusia terbentuk dari genetik dan persekitaran (asuhan). Daripada faktor tersebut, persekitaran merupakan faktor terbesar dalam pembentukan sikap manusia. Persekitaran dalam konteks jalan raya adalah meliputi keluarga, undang-undang yang dikuatkuasakan, fizikal jalan raya, cuaca dan kesesakan trafik. Namun dalam semua pengaruh persekitaran ini, undang-undang merupakan satu faktor yang ditakuti dan paling mempengaruhi sikap seseorang di jalan raya.

Saya amat mengakui bahawa sikap buruk pemandu kebanyakannya menyebabkan kemalangan dan pelanggaran undang-undang jalan raya, tetapi ini bukan 100% dari faktor tersebut. Undang-undang merupakan perkara pokok yang boleh membentuk tabiat pemandu jala raya.

Seperti di sesetengah negara maju yang lain, pemasangan kamera merupakan perkara penting di setiap kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. Selain dari itu terdapat kamera di setiap lampu trafik dan sesetengah lebuh raya yang mempunyai kecenderungan memecut oleh pemandu-pemandu jalanraya. Namun yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya yang mana saman dikeluarkan bagi pemandu yang melanggar peraturan. Saman ini dikeluarkan dengan matlamat agar pemandu mematuhi undang-undang. Tetapi malangnya, pemandu tidak hirau langsung tentang saman yang dikeluarkan. Mereka hanya membayar saman tersebut dalam keadaan marah kerana mereka di saman dan langsung tidak wujud perasaan insaf dalam diri mereka. Walaupun begitu, saya pasti yang saman tersebut hanya dikeluarkan di tempat-tempat tertentu sahaja sedangkan ramai lagi pesalah lalu lintas di seluruh Malaysia ini. Berkesankan metodologi tersebut?

Sepanjang penelahan saya semasa memandu pulang ke kampung, masih ramai pemandu memandu dengan kurang sopan terutamanya memandu di laluan kecemasan semasa kesesakan lalulintas. Nampaknya ini tidak langsung mendatangkan kesan.

Jelas lah di sini, bahawa pihak berkuasa perlu meningkatkan lagi pemantauan di jalan raya sepanjang waktu puncak penggunaan. Jika tidak mempunyai kakitangan mencukupi, pemasangan kamera boleh dipertimbangkan. Proses pengeluaran saman juga perlu selaras kerana selain dari polis trafik, kita juga mempunyai JPJ. Namun sepanjang perayaan ini saya cuma nampak kakitangan polis trafik sahaja yang banyak di jalan raya. Kemana perginya pegawai JPJ?

Selain dari itu, saya melihat pemandu dari Singapura nampaknya juga memandu dengan laju di Malaysia dan tidak menghiraukan undang-undang di sini sedangkan mereka tidak berbuat begitu di republik mereka.

Maka fikir-fikirkanlah...... 

Khamis, 17 September 2009

Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara ( Asst. ATCO) - sambungan

Tahniah kepada yang telah berjaya lulus temuduga Asst. ATCO yang lepas. Bagi yang kurang berjaya tahniah diucapkan kerana anda juga telah melepasi temuduga ini.  Cuma tidak berjaya sahaja. Namun ini bukanlah benchmark yang sebenar bagi kejayaan atau kegagalan seseorang. Cuma ada masanya kita berada di bawah, dan satu masa nanti kita akan naik ke atas. Macam roda.....

Saya dimaklumkan, ada temuduga yang akan dianjurkan oleh pihak SPA sebelum seseorang itu layak memasuki perkhidmatan ini. Ramai di kalangan calon yang telah berjaya meminta tips dan maklumat yang boleh dijadikan rujukan untuk interview ini. Memandangkan tiada sumber formal atau tidak formal yang menulis tentang jawatan ini, maka saya harap apa yang saya akan kongsikan ini akan menjadi panduan sedikit sebanyak dalam membantu  para calon untuk menduduki tahap selanjutnya dalam pemilihan jawatan ini. Pesanan saya, tips-tips ini hanyalah panduan semata-mata dan bukanya rujukan khusus. Ia hanya menunjukan jalan kepada para calon untuk menduduki situasi yang sebenar.

Seperti sesi temuduga kerajaan yang lain, saya yakin sesi kali ini juga tidak banyak bezanya kerana SPA ingin melihat tahap displin, akauntabiliti, profesionalisme, personaliti dan pengetahuan calon.

1. Displin
Dalam apa jua kerjaya, nilai murni ini amat dititikberatkan. Terutamanya penjawat awam, nilai ini sangat penting bagi menjaga nama dan kepercayaan rakyat terhadap kakitangan awam. Pendek kata, tunjuk kanlah tahap displin anda yang tinggi semasa temuduga.

2. Akauntabiliti dan integriti
Ini adalah istilah dalam sektor kerajaan yang anda mesti tahu dan fahami. Akauntabiliti adalah kebolehtanggungjawaban atau kebolehpercayaan. Integriti pula bermaksud amanah, jujur dan adil dalam perkhidmatan. sekiranya ingin memahami secara lanjut, boleh lah melayari google untuk huraian yang lebih lanjut.

3. Profesionalisme
Bagi menjadi pegawai kerajaan, perlulah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Penjawat awam merupakan pelaksana dasar kerajaan. Tambahan pula jawatan ini telah dinaiktaraf, agar menjadi lebih baik dan efektif sejak mantan PM yang lalu.

4. Personaliti
Personaliti adalah yang positif sahaja. Bukan berlakon, tetapi cubalah sembunyikan kelemahan anda, hanya untuk sesi temuduga ini sahaja. Selepas itu, terpulang lah kepada anda. Tetapi personaliti positif adalah perkara penting bagi membentuk suasana pekerjaan yang harmoni dan sejahtera.

5. Pengetahuan
Sudah tentu mereka akan tanya tentang latarbelakang jawatan ini dalam kementerian. Siapa menteri terlibat, tempat bertugas dan sebagainya.



Selebihnya, anda digalakkan untuk membaca ebook Kerja Kerajaan iaitu "Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan".  Jika anda tidak tahu dimana untuk mendapatkannya, maka perlu meminta kepada sesiapa yang ada. Saya ada membeli ebook ini, dan sudah tentu saya dilarang untuk menjualnya atau mengubahsuai kandungannya. Namun anda boleh meminjamnya dari saya sebagai bahan rujukan penting untuk temuduga ini.

Sila emelkan :

Nama anda &
Alamat emel

Saya akan emelkan kepada anda untuk manfaat bersama. Jika rasa ragu anda boleh membelinya dipasaran. Sila layari http://kerja-kerajaan.com/

IKHLAS dari saya
SELAMAT MAJU JAYA!

Selasa, 15 September 2009

Pengertian Hari Raya Usia Ini


Hari Raya pada zaman kanak-kanak  adalah yang paling meriah pada zahir mata kasar kita. Berpuasa, main bunga api, tolong mak memasak, cabut bulu ayam untuk juadah hari raya. Ayam tu ayam kampung yang di pelihara sendiri. Masak rendang, ketupat dan siapkan langsir, baju raya serta segalanya. Tiba hari raya boleh pakai cantik-cantik di pagi raya dan makan besar bersama keluarga. Pergi solat sunat hari raya dan selepas itu beraya ke rumah jiran dan rakan-rakan. Meriahkan masa tu....

Hari silih berganti, semua itu semakin jauh kita tinggalkan. Ia hanya menjadi ingatan kerana semenjak kedewasaan menjelang kini, hari raya disambut meriah dari perspektif yang berbeza mengikut kemahuan dan kehendak kita sendiri. Kita boleh mengekalkan tradisi yang telah diamalkan dulu, namun banyak perkara yang membataskan kita dan sikap kita. Malah ada sesetengah orang menyifatkan hari raya, langsung tidak memberi banyak perbezaan kecuali rancangan yang menarik di televisyen dan makanan. Sebenarnya, hari raya pada usia ini meliputi skop yang lebih besar, yang hanya sesetengah orang sahaja yang dapat menhayatinya.

Mengapa saya katakan begitu?

Hari raya aidilfitri, adalah hari untuk meraikan kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa. Di samping itu kita menyucikan diri kita dari dosa dengan ibadah puasa dan kebesaran bulan ramadhan. Zakat fitrah dan sedekah juga adalah proses penyucian jiwa dari dosa. Memang jelaslah bahawa hari itu adalah untuk manusia kembali kepada fitrah kita. Dengan kesucian jiwa, maka barulah kita dapat mengecapi kemeriahan hari raya.

Maka dengan itulah kita dianjurkan untuk menghabiskan Ramadhan dengan segala ibadah sebanyak mungkin. Kemudian menjelang hari raya, amalan yang sinonim adalah bermaaf-maafan sesama manusia. Selain dari itu jenguklah rakan-rakan yang didalam kesusahan, rumah anak-anak yatim, dan ibu-ibu tunggal. Dengan ini, bukan sahaja hari raya ini meriah untuk kita. malah ia menjadi meriah kepada semua orang disekeliling kita.

Inilah fitrah Hari Raya yang sebenar dalam usia dewasa ini. Tiada lain yang lebih indah selain melihat kebahagian orang lain. Keceriaan anak-anak dengan baju raya dan bermain bunga api dengan rakan-rakan.

Oleh itu, sambutlah Aidilfitri ini seadanya dengan kemeriahan di hati. Berdoa agar di panjangkan umur dalam kesihatan, semoga kita dapat berjumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma dapat kita nikmati bersama.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelma ini, saya memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang perkenalan kita ini, ada yang tersilap dan ketelanjuran. Semoga ikatan persaudaraan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.  
"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

IKHLAS dari saya,

Syamilah Mohd Shah
012-2936597

Duit Raya untuk 860,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan

Alhamdulillah, ada rezeki duit raya dari Kerajaan Malaysia untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan di Malaysia. Walaupun jumlahnya bukan lah besar tapi ia sangat bermakna buat kami yang terdiri dari kumpulan ini.

Buat pengetahuan semua, kumpulan sokongan adalah terdiri dari kakitangan kerajaan dari gred 1 hingga 40. Kumpulan sokongan terbahagi kepada dua iaitu sokongan I dan II.

Sememangnya inilah keistimewaan skim perkhidmatan awam yang mana terdapat pelbagai istilah dan peringkat lantikan yang pelbagai. Sewaktu mula-mula saya memasuki perkhidmatan awam ini, saya agak terkejut dengan sistem dan banyak istilah yang digunakan. namun, semakin hari bekerja, kita semakin belajar perkara yang baru.

Terima kasih atas pemberian duit raya ini, dan kepada semua kakitangan awam di Malaysia, semoga kita dapat bekerja dan berkhidmat kepada negara dengan penuh taat setia dan dedikasi. Kalau ada rezeki lagi, siapa tahu kalau ada bonus pula. Namun ada atau tiada, kita tetap akan terus berkhidmat demi negara tercinta....

Isnin, 14 September 2009

"Pengalaman diperlukan"

Sekiranya anda adalah seorang graduan yang sedang mencari kerja, pernyataan “Pengalaman Diperlukan” seringkali melemahkan semangat anda untuk memohon jawatan pekerjaan. Lalu, anda menyalahkan industri (syarikat) kerana tidak memberi peluang kepada graduan baru.
Bagaimana untuk meruntuhkan tembok penghalang tersebut?
Sebenarnya graduan baru boleh memiliki pengalaman yang dikehendaki oleh industri walau pun tidak pernah berkerja. Ambil perhatian juga, kerja-kerja part-time yang tiada kaitan dengan bidang adalah tidak dikira sebagai pengalaman. Jadi, tidak relevan kalau dimasukkan di dalam resume anda.
Persoalannya, bagaimana nak dapatkan pengalaman jika tidak berkerja?
Jawapannya ialah anda perlu cipta real project anda sendiri.
Real Project bermaksud:
  • Satu projek yang anda cipta sendiri, yang berfungsi, yang wujud, yang boleh di’showcase’, yang boleh diguna-pakai
  • Anda buat sendiri projek ini - libatkan diri secara 100%, walau pun buat dalam team
  • Anda tahu selok-belok teknologi dan proses pembikinan projek tersebut
  • Anda boleh ‘cerita’ dan ‘tunjuk’ tentang projek ini semasa proses temuduga
Contoh projek yang boleh dibuat:
  • pereka DTP: reka dan print - poster, brochure, cover design…
  • pereka web: buat personal blog, reka satu laman web prototaipyang menggunakan teknologi web terkini
  • programmer: buat satu sistem atau perisian prototaip atau yang berfungsi penuh atau yang unik di pasaran menggunakan teknologi programming terkini
  • pereka multimedia: buat produk multimedia interaktif samada di laman web atau di dalam CD seperti profail syarikat interaktif
Projek-projek ini boleh dibuat semasa di dalam pengajian atau selepas pengajian (sementara menunggu keputusan semester akhir).
Projek yang anda laksanakan ini akan memberikan anda pengalaman yang anda perlukan. Dengan syarat, anda melibatkan diri di dalam melaksanakan projek ini. Janganlah pula upah orang lain untuk sediakan portfolio anda. Apabila anda membuat projek ini, anda boleh menjelaskan kepada penemuduga tentang perjalanan keseluruhan projek tersebut. Seolah-olah anda telah ‘pernah’ berkerja di syarikat lain sebelum ini. Kerana sekiranya anda benar-benar pernah berkerja sebelum ini, penemuduga berminat nak tahu penglibatan anda di dalam projek-projek syarikat. Jadi, secara dasarnya sama sahaja.
"Syarikat akan lebih berminat kepada calon temuduga yang pernah melibatkan diri dengan sesuatu task yang sebenar."
Sekiranya anda melakukan yang terbaik, usaha dan pengalaman anda menyiapkan projek tersebut akan nampak pada hasilnya.
Jadi, pernyataan “pengalaman diperlukan” bukanlah satu tembok penghalang dan bukanlah alasan untuk mengatakan susah nak dapatkan kerja. Fikir dan usaha lebih sikit untuk diri sendiri.
"Ilmu teori sahaja tidak menjamin bahawa seseorang itu mampu melakukan sesuatu kerja. Ilmu yang dipraktikkan adalah lebih memberi manfaat."
Mulakan projek / produk / portfolio anda sendiri SEKARANG!

Selamat berjaya!

sifoo.com

Homemade Facial Scrubs




Baking Soda Facial Scrub:
Apply baking soda on wet face using circular motions and you'll be amazed how soft your skin is going to be afterwards!


Strawberry Facial Scrub:
Make a mixture of 1 tsp brown sugar and 2 mashed strawberries. Brown sugar will remove dead cells and strawberries are going
to make your skin baby-soft.

Sea-salt and Olive Oil Facial Scrub:
1 tsp olive oil ( cold pressed ) and 1/2 tsp sea salt applied gently to a wet face will not only remove dead cells, but it will also improve micro-circulation. Olive oil is going to nourish the skin, leaving it incredibly soft.

Cucumber Facial Scrub:
Blend 1 tsp honey with ¼ medium peeled cucumber. Mix the ingredients in a blender until smooth and add a small amount of water if needed. Strain the mixture and remove the vegetable and honey mixture into a small bowl. Add the following mixed meals to the liquid: 1 teaspoon almond meal, 1 teaspoon ground oatmeal, 1 teaspoon sunflower seed meal, 1 teaspoon wheat germ.

Honey Cleansing Scrub:

Mix 1 tablespoon honey with 1/2 teaspoon lemon juice and 2 tsp ground almonds. Rub gently onto face. Rinse off with warm water.

Walnut Powder Softening Scrub:
Make a mixture of 1 tsp walnut powder,1/2 tsp honey, 1 tsp lemon juice and scrub your face with it. Rinse well.

Papaya Facial Scrub:
Mash a piece of papaya, then add 1/2 tsp brown sugar and rub your face with it. Leave it on for 20 minutes and rinse well. Your skin will be fresh and glowing. Feel the difference!

Orange Facial Scrub:
Mix 3 tsp orange juice with 3 tsp turmeric powder, apply to face and neck. Leave on 20 minutes and rinse off with warm water.

Oatmeal Scrub:
Put 3 tbsp of oatmeal into a muslin bag (or cheesecloth) . Dampen the oatmeal bag in warm water and rub over your face for 2 minutes. Then take a little of wet oatmeal and apply it directly to your face. Leave it on for 5 minutes. Wash off with warm water and enjoy smooth, radiant skin!


ps : Dari kita berhabis duit membeli produk kecantikan yang kita tidak tahu kesan atau bahan-bahannya, baik kita amalkan petua ni. Lagi pun bahan-bahan ini bebas dari bahan kimia yang merbahaya dan dah tentunya jimat kos, sebab bahan-bahan ni kadang-kadang kita bole dapat kat rumah je. So, selamat mencuba.......

Isnin, 7 September 2009

Apalah nasib kanak-kanak ini....

KUALA LUMPUR: "Emak selalu sibuk, kadangkala tak balik rumah sampai
empat hari. Nasib baik ada orang lain tolong jaga kami," kata Nuraida,
10, yang bersusah-payah membawa tiga adiknya berjalan kaki sejauh dua
kilometer untuk menikmati juadah berbuka puasa percuma pada setiap
Selasa dan Rabu.

Lokasi tujuan mereka ialah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Chow Kit, dekat sini, yang menjaga kebajikan kanak-kanak, kebanyakannya anak pelacur, pelayan pelanggan (GRO) atau penagih dadah di sekitar kawasan itu.

Penyelaras PAKK, Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latiff, 48, berkata pusat yang diusahakannya secara sukarela itu kini menjaga kebajikan kira-kira 40 kanak-kanak berusia empat hingga 16 tahun.

Hampir semua mereka datang daripada keluarga bermasalah berikutan ibu atau bapa masing-masing terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, katanya yang membuka PAKK sejak enam tahun lalu.

Ketika ditemui Metro Ahad, Rabu lalu, Nuraida datang ke PAKK bersama bersama tiga adiknya berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun.

Kata Nuraida, dia anak sulung daripada enam beradik. Seorang lagi adiknya berusia tiga tahun (kembar) ditinggalkan di rumah mereka di Kampung Baru dan dijaga saudara mara ibunya yang tinggal berhampiran.

Seorang lagi adik saya yang bongsu emak serahkan pada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Saya marah dan sedih dengan sikap emak. Saya tak tahu kenapa emak sanggup beri adik kepada orang lain.

Ayah dengan emak sudah bercerai dan kami jarang berjumpa. Bila besar nanti, saya nak ambil balik adik dan mahu cari ayah. Hari raya ni tak berseri kerana saya tak dapat beraya dengan adik bongsu dan ayah,
katanya.

Difahamkan, Nuraida bersama adik kedua dan ketiga adalah satu bapa manakala adik beradik lain, berlainan bapa. Ketika ditanya adakah dia tahu siapa bapa adik-beradiknya lain, gadis comel itu hanya menggelengkan kepala.

Melihatkan wajah Nuraida, riak mukanya menunjukkan dia seakan-akan dapat menerima nasib dan kehidupannya yang malang disebabkan sikap ibu yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah pekerjaan ibunya, kanak-kanak itu bijak berhelah dan cuba menyembunyikan hakikat sebenar, biarpun dia mengetahuinya.

"Emak kerja "housekeeping" (pengemas bilik) di sebuah hotel. Ada masanya tak balik rumah dua hingga empat hari. Nasib baik mak cik ada dan dia tolong jaga kami tetapi bila emak ada, dia akan uruskan
semuanya,"katanya.

Menurut Nuraida, biarpun sering ditinggalkan dan diabaikan ibunya, makan minum serta urusan persekolahan dia serta adiknya terpelihara kerana tugas menjaga mereka diambil alih oleh saudara mara yang tinggal
berhampiran.

"Kalau emak tak ada, mak cik akan tolong jaga, sekolah dan makan. Kalau emak ada, emak uruskan kami seperti beri wang belanja sekolah dan memasak lauk sedap seperti ayam dan ikan," katanya.

Mengenai persiapan raya, Nuraida berkata, dia belum ada baju raya dan seperti kebiasaan saudara mara akan membelikannya termasuk untuk adik menjelang hari raya.

"Biasanya saudara mara akan belikan baju, tetapi ada juga yang emak beli. Hari raya sama seperti hari lain kerana kampung saya di sini (Kampung Baru) dan kami adik-beradik beraya di sini. Selepas sembahyang, saya beraya ke rumah kawan," katanya.

Sementara itu, adik keduanya yang hanya dikenali sebagai Sarah, 9, berkata untuk persiapan hari raya tahun ini dia ada sehelai baju raya yang dibeli ibu saudaranya.

Katanya, meskipun tahun ini dia mendapat pakaian baru, ia masih tidak menggembirakan kerana adik disayangi beraya bersama orang lain.

"Saya sayang dia, tetapi dia dah diberikan kepada orang lain. Bila besar nanti, saya nak ajak dia balik rumah," katanya.

Sebagai anak sulung, Nuraida menggalas tanggungjawab berat untuk menjaga adiknya. Ketika berkunjung ke PAKK untuk berbuka puasa, kematangannya jelas kelihatan apabila dia sibuk menguruskan adiknya,
beratur untuk mengambil makanan serta memastikan mereka duduk bersama.

Hampir waktu berbuka, dia yang bersekolah darjah empat membuka bungkusan makanan untuk adiknya dan selepas doa berbuka puasa, Nuraida memberi makanan kepada adik kecilnya yang berusia tiga tahun.

Setiap Selasa dan Rabu sepanjang Ramadan ini, Nuraida dan adiknya akan ke PAKK kerana ada disediakan jamuan berbuka puasa percuma yang biasanya ditaja oleh organisasi swasta atau orang perseorangan.

Untuk ke PAKK, mereka empat beradik perlu melintasi jalan raya yang sesak dengan kenderaan selain berselisih dengan orang ramai. Dari Kampung Baru, mereka melintasi Jalan Raja Alang sebelum ke Lorong Haji Taib, Chow Kit.

Raja Azizan berkata, PAKK berusaha membantu Nuraida dan adik-beradik melalui kemudahan yang ada antaranya melalui kelas komputer, seni, Bahasa Inggeris dan bimbingan agama.

Katanya, sebagai institusi bantuan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PAKK menjadi tempat perlindungan selain memberi bantuan kepada kanak-kanak tidak bernasib baik di sekitar Chow
Kit.

Ia bertujuan mengelak mereka terjerumus dalam aktiviti tidak sihat. Ini kerana ada antara kanak-kanak itu anak yatim, anak penagih, anak luar nikah dan juga anak pekerja seks.

"ita berusaha memberi ilmu supaya mereka tahu yang mana baik dan buruk. Kami akan memantau perkembangan mereka. Yang mana tidak bersekolah, kita usahakan supaya mereka tidak terus tercicir," katanya.

Metro 2007



Sedang melayari internet tentang Chow Kit, saya terbaca banyak post dan tidak kurang juga komen-komen pembaca tentang kanak-kanak terbiar di jalan Chow Kit. Dalam kesibukan bandar metropolitan Kuala Lumpur itu, pasti ada ceruk-ceruk yang kita sebagai manusia terlepas pandang dan terleka. Saya sangat tersentuh dengan masalah yang melanda masyarakat terutamanya kanak-kanak yang sepatutnya minda mereka hanya tertumpu pada ilmu dan kasih sayang, tetapi terpaksa mengharungi hidup demi sesuap nasi dan kelansungan hidup.

Pada bulan Ramadhan ini kita leka membuat persiapan untuk keluarga berhari raya. tetapi di sudut lain pula, kanak-kanak ini tidak kisah tentang itu kerana apa yang lebih penting adalah perut mereka terisi. Kita sibuk membeli baju raya, tetapi terfikirkah kita tentang insan lain yang mungkin tidak mampu untuk membeli baju raya.

Setelah membaca hingga akhir, rasa lega sedikit kerana adanya PAKK yang sudi mengambil tahu hal kanak-kanak ini. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan kemudahan. Semoga ada lagi insan yang akan membantu dan menyumbang kepada usaha ini agar anak-anak ini akan menjadi manusia yang bahagia pada masa akan datang.

Jumaat, 4 September 2009

Some Tips for Making Money

Here's a short checklist of things you can do to increase readership, traffic, and overall visibilty on the internet. These things are all must haves if you expect to make money!

* Write well and write often
* Write what you know and what you like writing about
* Stay with your general topic, and be informative
* Answer comments kindly and promptly
* Never make lame excuses for not updating
* Keep your site neat and orderly
* Your site should be easy on the eyes and easy to read
* Toss out the trash regularly by deleting and blocking spam comments
* Use social bookmarking icon links for Reddit, deli.cio.us and Furl and many others
* Use Technorati tags on keywords in your posts
* Make sure your readers can reach you by email or web form
* Don't have more than 2 or 3 posts showing on the front (index) page
* Make sure your site loads quickly with no major errors
* Frequently check your site in all major browsers for appearance and readability
* Leave relevant comments with your return link at other sites
* Good content is most important
* Don't distract from content with excessive buttons and blinkie ads in sidebar
* Use relevant images in posts, don't over do it

Those are the most important ones I can think of at the moment but I'll probably add more in the future.

Rabu, 2 September 2009

Petua-petua Kecantikan Wanita

Terdapat banyak produk kecantikan yang berada di pasaran. Namun sebagai pengguna, kita berhak memilih produk yang selamat dan berkesan serta berbaloi dengan nilai wang anda. Bagi saya, pilihan semulajadi adalah yang terbaik. Jadi disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang petua semulajadi yang mungkin kita boleh amalkan. selain murah, mungkin juga dapat memenuhi hasrat kecantikan yang anda impikan. Nasihat saya, amalkan lah petua ini secara sederhana dan jika terdapat kesan sampingan yang negatif, anda disarankan supaya berhenti dan mendapat nasihat profesional.

Selamat mencuba.......

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

* Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
* Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut
1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
* Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
* Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
* Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur
1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut
1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

* Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
* Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
* Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
* Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut
1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki
1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Orang Perempuan Kalau Bawa Kereta

Video ni memang nampak lucu, tapi sambil kita gelak ketawa, cuba kita fikirkan apakah maksud disebalik video ini. Saya akui memang tak semua wanita mahir dalam memandu kenderaan. Tetapi ramai juga wanita yang mahir dan profesional dalam pemanduan. Kadang kala ada juga golongan lelaki yang menyusahkan wanita di atas jalan raya. Ini cuma segelintir episod kehidupan yang saya ingin kongsi dengan anda semua.

video


Provided by All Famous Quotes

Follow my post